Facebook Twitter
    Trending
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tidur cukup 8 jam tapi masih penat? Ini antara puncanya

    Tidur cukup 8 jam tapi masih penat? Ini antara puncanya

    By Umi FatehahMay 12, 20262 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Tidur cukup 8 jam tapi masih penat? Ini antara puncanya. - GAMBAR HIASAN AM83/PEXELS

    RAMAI menganggap tidur selama lapan jam sudah mencukupi untuk memastikan badan kembali segar dan bertenaga keesokan harinya.

    Namun, ada juga yang tetap berasa letih, lesu dan mengantuk walaupun sudah tidur awal dan mencukupkan waktu rehat.

    Keadaan itu sebenarnya boleh berlaku disebabkan beberapa faktor lain yang sering dipandang remeh.

    Berikut antara punca mengapa seseorang masih berasa penat walaupun tidur sudah mencukupi.

    1. Tidur tidak berkualiti

    Tidur yang lama tidak semestinya berkualiti. Individu yang kerap terjaga pada waktu malam atau sering bermimpi boleh menyebabkan badan tidak mendapat rehat yang benar-benar mencukupi.

    Akibatnya, tubuh tetap berasa letih walaupun tempoh tidur panjang.

    1. Bermain telefon sebelum tidur

    Pendedahan kepada cahaya skrin telefon sebelum tidur boleh mengganggu penghasilan hormon melatonin yang membantu tubuh untuk tidur dengan lebih lena.

    Ia juga menyebabkan otak kekal aktif sehingga tidur menjadi kurang berkualiti.

    1. Stres dan terlalu banyak berfikir

    Tekanan kerja, masalah kewangan atau emosi boleh menyebabkan otak sukar benar-benar berehat ketika tidur.

    Walaupun mata tertutup sepanjang malam, badan sebenarnya masih berada dalam keadaan tegang dan tidak tenang.

    1. Kurang bergerak atau bersenam

    Gaya hidup terlalu pasif juga boleh menyebabkan badan mudah lesu dan tidak bertenaga.

    Aktiviti fizikal membantu meningkatkan kualiti tidur serta melancarkan peredaran darah dalam badan.

    1. Pengambilan kafein terlalu banyak

    Minuman berkafein seperti kopi, teh atau minuman tenaga pada lewat petang dan malam boleh mengganggu kitaran tidur.

    Ada individu yang mudah tidur selepas minum kopi tetapi tidur mereka sebenarnya kurang nyenyak.

    1. Badan mungkin kekurangan vitamin atau nutrien tertentu

    Kekurangan zat besi, vitamin D atau vitamin B12 juga boleh menyebabkan seseorang mudah penat walaupun mendapat tidur yang cukup.

    Jika keadaan berlarutan, pemeriksaan kesihatan mungkin diperlukan untuk mengenal pasti punca sebenar.

    1. Tidur terlalu lama

    Tidur berlebihan juga boleh menyebabkan badan terasa lebih lemah dan tidak segar apabila bangun.

    Bagi kebanyakan orang dewasa, tempoh tidur sekitar tujuh hingga sembilan jam sehari sudah memadai.

    Jika rasa penat berlaku secara berterusan sehingga mengganggu aktiviti harian, dapatkan nasihat doktor kerana ia mungkin berkaitan masalah kesihatan tertentu seperti gangguan tidur atau tekanan emosi. – RELEVAN

    Previous ArticleTabiat 20 saat ini bantu anda cegah penyakit berbahaya
    Next Article 10 menara tertinggi di dunia, Malaysia di tangga kedua

    Artikel berkaitan

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.