Facebook Twitter
    Trending
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 1 daripada 3 rakyat Malaysia tidak celik kewangan

    1 daripada 3 rakyat Malaysia tidak celik kewangan

    By November 22, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KERJASAMA di antara Akademi Jopez dan Little Tauke bertujuan untuk menyediakan pendidikan kewangan yang komprehensif kepada golongan muda dan keluarga mereka.

    CELIK kewangan adalah isu besar di Malaysia. Bukan sahaja 71 peratus (%) rakyat Malaysia menyimpan kurang daripada RM500 sebulan, malah kebankrapan belia berada pada 13.5% pada 2022.

    Menurut Strategi Celik Kewangan Kebangsaan 2019-2023, satu daripada tiga rakyat Malaysia menilai diri mereka sebagai rendah dalam pengetahuan kewangan.

    Berdasarkan dapatan tersebut, jelas sekali kita memerlukan dorongan besar dalam hal berkaitan celik kewangan.

    Justeru, Akademi Jopez dan Little Tauke iaitu dua platform celik kewangan terkemuka di Malaysia dan Singapura melangkah masuk untuk membantu Masyarakat memahami lebih lanjut mengenai kewangan.

    Kerjasama di antara Akademi Jopez dan Little Tauke itu bertujuan untuk menyediakan pendidikan kewangan yang komprehensif kepada golongan muda dan keluarga mereka.

    Perkongsian itu termasuk kem anjuran bersama, bengkel dan tawaran berpakej yang membolehkan keluarga menggabungkan kelas bersama kedua-dua organisasi tersebut dengan pendekatan yang lebih komprehensif terhadap celik kewangan.

    Merintis pendidikan kewangan keluarga Asia sejak September 2011, Akademi Jopez mengutamakan pengajaran berkonsep ‘kewangan keibubapaan’.

    Pengasas Akademi Jopez, Ernest Tan berkata, akademi itu membimbing remaja dan orang dewasa mendepani krisis kewangan, membentuk semula pendekatan kewangan dan meningkatkan komunikasi.

    “Kami percaya bahawa celik kewangan adalah kemahiran asas yang melangkaui generasi.

    “Perjalanan peribadi saya dari kesusahan kewangan kepada kejayaan memberi inspirasi kepada saya untuk berkongsi pengalaman dengan remaja dan orang dewasa.

    “Kini, menerusi kerjasama dengan Little Tauke, kami mahu merapatkan jurang pengetahuan kewangan dalam kalangan semua ahli keluarga supaya orang ramai dari semua generasi boleh menjadi lebih bijak kewangan,” ujarnya.

    Sementara itu, Little Tauke pula memainkan peranan mereka melalui kepakarannya dalam mengajar celik kewangan kepada kanak-kanak di peringkat asas.

    Pada tahun 2020, Little Tauke merangkul Anugerah Pilihan Pembaca yang berprestij untuk Celik Kewangan Kanak-kanak Terbaik

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 cara terbaik selesaikan bayaran hutang

    “Kami memahami kepentingan pendidikan kewangan yang komprehensif untuk individu dari semua peringkat umur dan sentiasa memberi tumpuan untuk mewujudkan celik kewangan sejak kecil.

    “Melalui kerjasama kami dengan Akademi Jopez, kami mahu berganding bahu bersama-sama untuk menangani pelbagai keperluan ibu bapa, remaja dan kanak-kanak dengan memastikan semua orang boleh membuat keputusan kewangan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Little Tauke, Ng Pui Yee.

    Oleh itu, dengan kerjasama ini Akademi Jopez dan Little Tauke dapat memberi perkhidmatan kepada kanak-kanak, remaja dan orang dewasa dengan pengetahuan celik kewangan yang jelas, mudah diakses dan praktikal.

    Sebagai sebahagian daripada usaha bersama untuk menangani celik kewangan merentas semua peringkat umur, inisiatif baharu telah diperkenalkan.

    ARTIKEL BERKAITAN: Kehendak vs keperluan, setiap orang tidak sama

    Bagi golongan muda, mereka boleh mengikuti Kem Pahlawan Belia iaitu bengkel tiga hari dua malam yang memfokuskan kepada remaja berumur 12 hingga 17 tahun.

    Akademi Jopez dan Little Tauke mempunyai perancangan besar untuk pengembangan mereka dengan tumpuan kepada pertumbuhan di Asia Tenggara pada 2024.

    Di samping itu, kedua-dua akademi tersebut juga sedang meneroka kerjasama yang berterusan dan akan datang dengan institusi pendidikan serta inisiatif celik kewangan yang lain.- RELEVAN

    bankrap celik featured kewangan Malaysia
    Artikel Terkini

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.