Facebook Twitter
    Trending
    • Apa punca manusia tersedu?
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa punca manusia tersedu?

      August 6, 2026

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Sedang rancang nama anak? Semak dulu sebelum JPN tak luluskan

    Sedang rancang nama anak? Semak dulu sebelum JPN tak luluskan

    By Umi FatehahMay 7, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Sedang rancang nama anak? Semak dulu sebelum JPN tak luluskan. - GAMBAR HIASAN OMAR LOPEZ/UNSPLASH

    JABATAN Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang menerusi satu hantaran di Threads memaklumkan bahawa penggunaan singkatan ‘Mohd’ tidak lagi dibenarkan bagi pendaftaran nama anak baharu. Sebaliknya, nama tersebut perlu ditulis secara penuh seperti Muhammad, Mohamad atau Muhamad bagi memastikan ketepatan ejaan pada dokumen rasmi.

    Perkongsian itu menarik perhatian ramai, terutama individu yang menggunakan singkatan tersebut pada kad pengenalan mereka sejak sekian lama.

    Situasi ini sekali lagi membuka perbincangan mengenai garis panduan penamaan anak di Malaysia. Ramai sebenarnya tidak sedar bahawa bukan semua nama boleh didaftarkan secara automatik kerana terdapat beberapa syarat dan peraturan yang ditetapkan ketika proses pendaftaran kelahiran dilakukan.

    Bukan semua nama boleh diluluskan

    Di Malaysia, pendaftaran kelahiran tertakluk kepada beberapa undang-undang utama, antaranya:

    • Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299)
    • Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian Sabah
    • Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian Sarawak

    Melalui peruntukan ini, JPN mempunyai kuasa untuk menolak nama yang dianggap tidak sesuai, tidak menyenangkan atau boleh memudaratkan kanak-kanak pada masa depan.

    Ramai menyangka tugas JPN hanya merekodkan nama yang dipilih ibu bapa. Hakikatnya, pihak pendaftar juga bertanggungjawab memastikan nama tersebut sesuai digunakan sebagai identiti rasmi seseorang.

    Nama pelik atau keterlaluan boleh ditolak

    Antara kategori nama yang sering menjadi perhatian JPN ialah nama yang dianggap terlalu pelik, mengelirukan atau tidak sesuai dijadikan identiti individu.

    Contohnya termasuk:

    • Nama menggunakan nombor atau simbol
    • Singkatan keterlaluan
    • Nama objek atau barangan
    • Nama haiwan
    • Nama makanan, buah atau sayur tertentu
    • Nama yang boleh mengundang ejekan

    Walaupun niat ibu bapa mungkin mahu tampil unik atau moden, nama sebegini dikhuatiri boleh menyebabkan anak menjadi bahan gurauan, sukar berurusan secara rasmi atau berdepan tekanan emosi apabila meningkat dewasa.

    Nama berunsur lucah atau hina tak dibenarkan

    Selain itu, nama yang membawa maksud buruk, lucah, menghina atau mempunyai unsur negatif juga boleh ditolak.

    JPN mengambil kira faktor psikologi dan kesejahteraan kanak-kanak. Nama yang kedengaran keterlaluan atau mempunyai maksud memalukan boleh memberi kesan terhadap keyakinan diri anak pada masa depan.

    Sebab itu, pemilihan nama bukan hanya soal kreativiti, tetapi juga tanggungjawab ibu bapa terhadap kehidupan anak dalam jangka panjang.

    Gelaran keturunan tak boleh digunakan sesuka hati

    Ada juga ibu bapa yang mahu meletakkan gelaran tertentu pada nama anak walaupun tidak mempunyai keturunan berkaitan. 

    Gelaran seperti Tengku, Engku, Syed, Sharifah, Nik dan Megat mempunyai syarat penggunaannya sendiri dan biasanya diwarisi melalui keturunan bapa dalam perkahwinan yang sah.

    Jika digunakan tanpa kelayakan, nama tersebut berisiko ditolak ketika proses pendaftaran dilakukan.

    Boleh tukar nama anak selepas daftar?

    Boleh tetapi prosesnya bergantung kepada umur anak.

    Bagi kanak-kanak berusia bawah setahun, pembetulan nama masih boleh dibuat pada rekod kelahiran sekiranya terdapat kesilapan atau nama didapati tidak sesuai.

    Namun, jika usia anak melebihi setahun, perubahan nama biasanya hanya boleh dibuat ketika permohonan MyKad atau selepas memiliki MyKad.

    Apa yang ramai tidak tahu, perubahan tersebut lazimnya hanya dipaparkan pada MyKad dan bukannya sijil kelahiran asal.

    Pilih nama yang baik untuk jangka panjang

    Kadangkala nama yang terlalu mahu nampak unik boleh menyusahkan anak sendiri apabila dewasa nanti.

    Sebelum daftar nama anak, fikirkan juga bagaimana nama itu akan disebut di sekolah, di tempat kerja dan dalam urusan rasmi suatu hari nanti. – RELEVAN

    Previous ArticleIbu sentiasa bersama kita, walau sudah tiada – kajian
    Next Article Fakta menarik tentang makanan yang anda mungkin tidak tahu

    Artikel berkaitan

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.