Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Azam 2025: Banyakkan menyimpan, kurangkan berbelanja

    Azam 2025: Banyakkan menyimpan, kurangkan berbelanja

    By Umi FatehahDecember 27, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Azam 2025: Banyakkan menyimpan, kurangkan berbelanja. - GAMBAR HIASAN MICHEILE HENDERSON/UNSPLASH

    PEJAM celik, pejam celik, tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum kita melangkah ke tahun baharu. Tahun ini banyak perkara yang berlaku. Ada indah, ada gundah. Namun, semua yang berlaku meninggalkan pelbagai pesanan.

    Cuba anda muhasabah diri sendiri dan lihat semula tabiat kewangan sepanjang tahun ini. Bagaimana? Azam kewangan tahun lepas tercapai atau tidak?

    Sekiranya anda berjaya merealisasikan azam kewangan tahun sebelumnya, tahniah. Ini membuktikan bahawa anda disiplin untuk merealisasikan matlamat. 

    Sekiranya azam tahun sebelumnya tidak tercapai, tidak mengapa. Cuba lagi tahun ini. Namun, pastikan azam tahun ini disusun dengan lebih realistik agar anda lebih bermotivasi untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

    Berikut merupakan beberapa panduan untuk anda merangka azam 2025 dari sudut kewangan.

    1. Tetapkan sasaran simpanan

    Setiap orang mempunyai sasaran, gaya hidup dan pendapatan yang berbeza. Untuk menetapkan sasaran simpanan yang realistik, telitikan berapakah jumlah pendapatan dan komitmen setiap bulan.

    Kemudian, berapakah jumlah wang yang berbaki untuk anda simpan? Beberapa pakar mengesyorkan untuk mengasingkan sekurang-kurangnya 10 hingga 20 peratus daripada pendapatan untuk disimpan.

    Contohnya, pendapatan bulanan anda ialah RM3,000. Jika mahu menyimpan 20 peratus daripada pendapatan, anda perlu asingkan kira-kira RM600 sahaja setiap bulan. Jadi, tetapkan sasaran simpanan kira-kira RM10,000 untuk tahun 2025.

    Tetapi, sebenarnya kita mampu sahaja untuk menyimpan lebih daripada itu. Kita cuma perlu kesanggupan untuk berkorban dan berdisiplin sahaja. Korban di sini bukan bermaksud anda tidak perlu makan tetapi kurangkan perbelanjaan yang tidak penting.

    1. Pantau perbelanjaan harian dengan ketat

    Untuk memantau setiap perbelanjaan dengan teliti, anda boleh menggunakan aplikasi yang tersedia di Google Play Store atau App Store bagi pengguna iOS.

    Mula-mula, rekodkan dahulu berapa pendapatan anda pada bulan tersebut. Kemudian, tolakkan jumlah untuk membayar komitmen seperti sewa rumah, bayaran bulanan kereta, bil telefon dan sebagainya. 

    Berdasarkan jumlah baki wang yang tinggal, manfaatkan setiap sen dengan baik. Dalam perjalanan ke pejabat, anda singgah sebentar di pam minyak dan mengisi RM50 minyak kereta. Kemudian, anda singgah pula ke dalam kedai serbaneka untuk membeli roti dan kopi panas. 

    Jumlah yang dibelanjakan di pam minyak itu ialah RM67.50. Rekodkan jumlah tersebut dan perincikan apa yang dibeli.

    Cuba berdisiplin dan rekodkan setiap perbelanjaan harian. Dengan cara ini, anda akan lebih cakna dengan tabiat berbelanja. Untuk bulan hadapan, telitikan semula dan cuba untuk kurangkan jumlah perbelanjaan daripada bulan sebelumnya.

    1. Cabaran 30 hari tanpa beli-belah

    Cabaran 30 hari tanpa beli-belah ialah inisiatif terbaik untuk kurangkan tabiat berbelanja. Dalam cabaran ini, anda tidak dibenarkan untuk membeli apa-apa kehendak melainkan ia sudah menjadi keperluan.

    Perlu diingatkan bahawa cabaran ini dilakukan untuk membantu membendung tabiat berbelanja berlebih-lebihan. Jadi, tapis betul-betul dan pastikan barangan yang disenaraikan itu dalam kategori keperluan sahaja.

    Berikut ialah contoh-contoh perkara yang dilarang untuk dibeli:

    • Makanan segera, makan di restoran mewah, kopi harian
    • Pakaian baharu
    • Hiasan dan kelengkapan rumah
    • Hiburan seperti menonton filem, konsert, buku, perkhidmatan penstriman (Netflix, Disney+ dan sebagainya)

    ARTIKEL BERKAITAN: Cabaran 30 hari tanpa beli-belah: kurangkan belanja, tingkatkan simpanan

    1. Elak berhutang (yang tidak perlu)

    Hutang boleh menjadi halangan besar dalam usaha untuk meningkatkan simpanan dan mengurangkan perbelanjaan. 

    Pengurusan hutang yang tidak bijak bukan sahaja menjejaskan kestabilan kewangan anda tetapi juga boleh menyebabkan tekanan emosi. Oleh itu, adalah penting untuk mengelakkan hutang yang tidak perlu dan menguruskan hutang sedia ada dengan baik.

    • Kurangkan penggunaan kad kredit

    Kad kredit memang memudahkan perbelanjaan tetapi ia juga boleh menjadi perangkap kewangan jika digunakan secara berlebihan.

    • Hindari pembelian secara ansuran tanpa faedah

    Ansuran tanpa faedah kelihatan seperti pilihan yang baik, tetapi ia masih menambah komitmen kewangan bulanan anda. Walaupun tiada faedah dikenakan, anda tetap perlu berhati-hati.

    • Langsaikan hutang sedia ada

    Sekiranya anda mempunyai hutang sedia ada, jadikan ia keutamaan untuk dilangsaikan. Perlu diingatkan juga bahawa anda dilarang sama sekali untuk mengambil pinjaman baharu hanya untuk melangsaikan hutang lama. Amalan ini boleh menyebabkan anda terperangkap dalam kitaran hutang yang tidak berkesudahan.

    1. Bina dana kecemasan yang kukuh

    Dana kecemasan adalah elemen penting dalam perancangan kewangan kerana ia berfungsi sebagai jaring keselamatan apabila berdepan situasi luar jangka. Situasi seperti kerosakan kereta secara tiba-tiba, kecemasan perubatan atau kehilangan pekerjaan boleh berlaku tanpa amaran.

    Dalam keadaan ini, dana kecemasan akan menjadi penyelamat dan menghalang anda daripada perlu berhutang untuk menampung kos-kos yang tidak dijangka ini.

    Namun, anda perlu jelas bahawa dana kecemasan dan simpanan adalah dua tabung yang berbeza. 

    Sasaran ideal bagi dana kecemasan adalah menyimpan sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan jumlah pendapatan bulanan anda. Sebagai contoh, jika pendapatan bulanan anda ialah RM3,000, sasaran dana kecemasan anda adalah antara RM9,000 hingga RM18,000.

    Jumlah ini mungkin berbeza bergantung kepada komitmen bulanan, bilangan tanggungan dan stabiliti pekerjaan.

    Jadi, berapakah jumlah simpanan yang anda ingin capai untuk azam 2025? – RELEVAN

    Previous ArticleSenarai cuti umum 2025
    Next Article Selamat Tahun Baharu: Menyulam harapan dan keazaman

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.