Facebook Twitter
    Trending
    • 10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi
    • Cara terbaik pujuk anak kenal minat mereka
    • Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?
    • Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini
    • 5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan
    • Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan
    • 10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa
    • Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

      February 19, 2026

      7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

      February 19, 2026

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026

      Elak makanan ini jika sedang haus

      February 13, 2026

      Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

      February 13, 2026
    • Kewangan

      Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?

      February 25, 2026

      5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

      February 23, 2026

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026
    • Pendidikan

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026

      Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

      February 23, 2026

      10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

      February 20, 2026

      Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

      February 20, 2026

      Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

      February 18, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

    5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

    By Umi FatehahNovember 21, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama. - GAMBAR HIASAN CAN TAY MEDIA/UNSPLASH

    MENDAPATKAN kerja pertama menjadi ujian besar kepada graduan baharu. Dunia kerja tidak sama seperti universiti. Ramai yang panik apabila permohonan mereka tidak dibalas.

    Kebanyakan kesilapan yang dilakukan bukanlah kerana tidak berkebolehan tetapi mereka tidak diberi pendedahan cara sebenar memasuki pasaran kerja. Menurut Jobstreet, berikut antara kesilapan paling kerap berlaku di kalangan graduan.

    1. Menggunakan satu resume untuk semua permohonan

    Kesilapan pertama dan paling lazim ialah menghantar resume yang sama ke semua syarikat tanpa penyesuaian. 

    Graduan sering beranggapan resume mereka bersifat general dan boleh dipakai untuk semua kerja. Realitinya, resume yang disesuaikan dengan jawatan mempunyai potensi lebih tinggi.

    Contohnya, jika memohon jawatan dalam bidang komunikasi, kemahiran penulisan, pengalaman mengurus media sosial atau projek editorial perlu ditonjolkan. 

    Namun ramai graduan baru membiarkan semua pengalaman bercampur tanpa fokus. Resume seperti ini membuatkan majikan tidak dapat mengesan kekuatan sebenar calon, lalu terus disisihkan.

    1. Tak tahu menonjolkan nilai diri dalam cara yang meyakinkan

    Satu lagi masalah besar ialah kecenderungan mengisi resume dan borang permohonan dengan ayat klise seperti rajin atau boleh bekerja dalam tekanan. Ayat-ayat begini terlalu umum. 

    Majikan tidak berminat dengan sifat yang ditulis semata-mata. Mereka lebih mahu tahu contoh sebenar bagaimana sifat itu terbukti dalam pengalaman.

    Ramai graduan pemula sebenarnya ada pengalaman berharga seperti mengetuai kumpulan, mengurus program di universiti, menjadi bendahari kelab atau bekerja sambilan semasa cuti semester. Tetapi mereka tidak menukarnya menjadi bukti kekuatan. Inilah yang membezakan calon yang dilihat matang dengan calon yang nampak mentah.

    1. Datang temuduga tanpa persediaan

    Graduan sering berdepan kerugian besar apabila mereka hadir temuduga tanpa kajian mendalam tentang syarikat. Ada yang sekadar tengok laman web lima minit sebelum dipanggil masuk, dan akhirnya memberikan jawapan umum yang boleh diulang kepada mana-mana syarikat lain.

    Majikan boleh mengesan sama ada calon betul-betul ambil tahu — atau sekadar datang kerana terdesak. Dengan sedikit usaha untuk memahami produk syarikat, budaya kerja, pasaran sasaran atau pencapaian terkini, calon boleh menunjukkan minat yang lebih jelas dan matang.

    Ini bukan soal menghafal fakta, tetapi menunjukkan kesungguhan. Majikan lebih cenderung memilih seseorang yang menunjukkan inisiatif berbanding calon yang hadir dengan tangan kosong.

    1. Terlalu memilih atau terlalu terdesak

    Kedua-dua perkara ini sama-sama merugikan. Ada graduan baharu yang terlalu memilih. Hanya mahu bekerja dekat dengan rumah, gaji sekian jumlah, kerja yang tak stres, waktu kerja fleksibel dan persekitaran pejabat yang sempurna. Tanpa pengalaman, permintaan sebegitu menjadikan mereka menolak banyak peluang yang boleh membina kemahiran asas.

    Sebaliknya, ada pula yang terdesak dan menerima apa sahaja tanpa meneliti reputasi syarikat, struktur kontrak atau skop kerja sebenar. Mereka akhirnya terjebak dalam skim komisen tidak telus, syarikat tidak stabil atau beban kerja melampau. Kesilapan ini boleh menjejaskan motivasi dan perjalanan kerjaya jangka panjang.

    1. Tidak membina rangkaian dari awal

    Walaupun tidak diajar secara formal di universiti, rangkaian (networking) adalah antara strategi paling berkesan untuk mendapatkan kerja pertama. Namun, ramai fresh grad menganggap rangkaian hanya untuk peringkat senior. Sedangkan, hubungan dengan pensyarah, alumni universiti, rakan latihan industri dan komuniti profesional di LinkedIn sebenarnya sangat penting.

    Banyak peluang kerja tidak muncul di portal cari kerja tetapi datang melalui rangkaian. Satu mesej ringkas bertanya tentang peluang internship sambungan atau projek sementara pun boleh membuka pintu rezeki.

    Graduan yang tidak membina rangkaian cenderung bergantung 100 peratus pada portal kerja – tempat yang paling tinggi persaingannya.

    Peluang untuk mendapat pekerjaan yang sempurna itu tipis. Kerja pertama bukan tentang mendapat jawatan idaman tetapi membina asas, memahami realiti industri dan memperkukuh kemahiran diri. 

    Graduan baharu yang tidak melakukan kesilapan di atas bukan sahaja akan lebih menonjol tetapi juga lebih matang untuk bertahan dalam dunia kerjaya sebenar. – RELEVAN

    Previous ArticleAdakah kewangan anda stabil?
    Next Article Red flag awal serangan jantung

    Artikel berkaitan

    Cara terbaik pujuk anak kenal minat mereka

    February 25, 2026

    Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?

    February 25, 2026

    Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

    February 24, 2026

    5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

    February 23, 2026

    Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

    February 23, 2026

    10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

    February 20, 2026
    Artikel Terkini

    10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

    February 25, 2026

    Cara terbaik pujuk anak kenal minat mereka

    February 25, 2026

    Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?

    February 25, 2026

    Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

    February 24, 2026

    5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

    February 23, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.