Facebook Twitter
    Trending
    • Beli dulu baru menyesal kemudian
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Tarikh penting buat rakyat Malaysia
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    • Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca
    • 7 makanan mesra usus
    • Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik
    • 7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025
    • Kewangan

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025
    • Pendidikan

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

    Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

    By Umi FatehahNovember 17, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Waktu terbaik berhenti makan waktu malam? - GAMBAR HIASAN RON LACH/PEXELS

    RAMAI antara kita yang suka makan lewat malam. Walaupun dianggap tidak “berdosa” ramai tidak mengetahui kesan kepada badan apabila kita tidak berhenti makan.

    Beberapa pakar kesihatan menasihatkan orang ramai supaya berhenti makan sebelum jam tujuh malam. Ada pula yang menegaskan kepentingan kalori seimbang. Jadi yang mana benar?

    Bila waktu ideal untuk berhenti makan malam?

    Menurut Healthline, ramai yang bimbang peningkatan berat badan sekiranya makan lewat malam. Secara asasnya, makan berlebihan memang boleh menyebabkan kenaikan berat badan terutama pengambilan snek pada lewat malam.

    Kajian sejak beberapa tahun lalu mendapati waktu makan juga memberi kesan kepada badan dan bukan hanya apa yang dimakan.

    Namun, tiada garis masa rasmi atau standard mengenai masa seseorang perlu berhenti makan. Sebaliknya, ada beberapa pendekatan yang boleh membantu anda mencari waktu paling sesuai.

    Peranan ritma sirkadian (circadian rhythm)

    Tubuh manusia berfungsi mengikut jam biologi 24 jam yang dikenali sebagai ritma sirkadian. Jam dalaman ini mempengaruhi rasa lapar, penyerapan nutrisi, sensitiviti insulin dan metabolisme.

    Kajian menunjukkan badan memproses kalori dengan lebih efisien pada waktu siang berbanding malam. Oleh itu, ramai pakar mencadangkan kita menetapkan waktu makan antara lapan hingga 12 jam sehari dan sebaiknya pada waktu siang.

    Selain itu, ada beberapa perkara lain yang perlu diberi perhatian.

    • Makan di luar waktu sirkadian boleh menyebabkan badan menyimpan lebih banyak kalori sebagai lemak.
    • Makan lebih daripada 12 jam sehari dikaitkan dengan risiko lebih tinggi untuk obesiti, diabetes dan penyakit jantung.
    • Individu pradiabetes yang makan dari jam 8 pagi hingga 2 petang menunjukkan peningkatan paras gula, tekanan darah dan selera.
    • Kajian lain menunjukkan paras gula lebih rendah apabila makan pada waktu 8 AM hingga 5 PM berbanding 12 PM hingga 9 PM.

    Bagi pekerja syif yang makan pada waktu tidak tetap, risiko menghadapi penyakit kronik dilihat lebih tinggi. Faktor lain seperti tidur tidak mencukupi dan rutin harian yang tidak menentu turut menyumbang kepada risiko ini.

    Kesan makan waktu malam

    1. Risiko peningkatan berat badan

    Tubuh kita memproses makanan dengan lebih cekap pada waktu siang. Apabila makanan diambil pada lewat malam, kalori mungkin tidak dibakar dengan efisien sama. 

    Makan lewat malam sering menambah jumlah kalori harian kerana ia biasanya datang sebagai snek tambahan, bukan pengganti makanan ruji.

    1. Risiko sindrom metabolik

    Sindrom metabolik ialah sekumpulan penyakit yang merangkumi obesiti, paras gula tinggi, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi. 

    Kajian menunjukkan individu yang makan lewat malam – contohnya selepas jam 9 PM, mempunyai paras gula yang lebih tinggi keesokan harinya. Badan juga membakar lemak lebih rendah berbanding mereka yang makan lebih awal seperti jam 6 PM. 

    Lama-kelamaan, ia boleh menyumbang kepada kenaikan berat badan dan masalah kesihatan jangka panjang.

    1. Risiko refluks asid

    Apabila makanan belum sempat dihadam dan terus berbaring untuk tidur, asid perut boleh mengalir ke esofagus yang menyebabkan rasa pedih dan ketidakselesaan. 

    Kajian membuktikan bahawa makan lebih awal pada waktu malam dapat mengurangkan simptom ini.

    1. Pilihan makanan kurang sihat

    Ada yang cenderung memilih makanan mudah, cepat dan kurang berkhasiat seperti manisan, kerepek atau ais krim. Selain itu, jika kurang makan atau berlapar pada waktu siang, ia akan menyebabkan rasa lapar berlebihan pada waktu malam sekali gus mendorong pengambilan makanan secara berlebihan.

    Kesemua faktor ini menunjukkan bahawa makan lewat malam bukan sekadar isu berat badan tetapi turut mempengaruhi risiko penyakit, kualiti tidur dan tabiat pemakanan secara keseluruhan. 

    Dengan memahami kesan-kesan ini, anda boleh mula mengatur jadual makan yang lebih sihat dan selaras dengan keperluan badan. – RELEVAN

    Previous ArticleTiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan
    Next Article 8 hidangan brunch sihat dan mudah

    Artikel berkaitan

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026
    Artikel Terkini

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.