Facebook Twitter
    Trending
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    • Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?
    • Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam
    • Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya
    • 5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027
    • 7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi
    • Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon
    • 7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026

      Bukan cerewet biasa, memahami realiti OCD dalam kehidupan seharian

      June 16, 2026
    • Kewangan

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026
    • Pendidikan

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026

      Meneroka peranan media sosial dalam bidang pendidikan

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

    Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

    By Umi FatehahOctober 30, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’. - GAMBAR HIASAN KOSMO

    DUNIA tidak berputar mengikut kehendak kita. Dalam hidup, termasuk di tempat kerja, akan ada perkara yang disukai atau dibenci. Tugasan yang membosankan, keputusan yang tidak dipersetujui atau rakan sekerja yang menjengkelkan.

    Namun, tidak semua perkara boleh diurus dengan kejujuran sepenuhnya. Ada masa, kita perlu “berpura-pura” tenang walaupun tertekan.

    Ada mengatakan ia sikap hipokrit tetapi keupayaan untuk mengurus atau ‘seni’ berpura-pura mungkin jalan terbaik dalam menangani sesuatu isu.

    1. Garis halus antara hipokrit dan profesional

    Ramai yang menganggap berpura-pura sama dengan hipokrit, sedangkan keduanya tidak semestinya serupa. 

    Hipokrit ialah apabila seseorang menipu atau bermuka dua demi kepentingan diri. Tetapi berpura-pura dalam konteks profesional bermaksud tahu menyesuaikan reaksi tenang, sopan dan rasional walaupun tidak dipersetujui di dalam hati.

    Menurut Forbes, menguasai kawalan emosi membantu seseorang menyalurkan perasaan ke arah yang lebih membina. 

    Contohnya, daripada membiarkan diri dikuasai kemarahan ketika perbincangan yang tegang, seseorang boleh menukar tenaga itu untuk berhujah dengan lebih bijak tanpa menjatuhkan orang lain. Perkara sama apabila berdepan tekanan. Daripada panik, tenaga tersebut boleh disalurkan sebagai pemangkin untuk menyelesaikan masalah.

    Dalam dunia kerja, kita tidak dibayar untuk ‘sukakan’ semua orang. Kita dibayar untuk memastikan kerja dilakukan sebaik mungkin, berkomunikasi dengan baik dan menyiapkan tugasan tanpa perlu “berdrama”. 

    Individu yang tahu menapis reaksi, senyum bila perlu dan tidak menunjukkan marah secara terbuka bukan hipokrit tetapi matang.

    1. Pura-pura ramah tapi tahu batasnya

    Menurut Indeed, kita tidak perlu menjadi kawan rapat kepada semua orang tetapi penting untuk kekal bersikap mesra dan menghormati orang lain supaya hubungan profesional dapat dijaga dengan baik. 

    Ramah itu bagus tetapi biarlah beralas hormat, bukan sampai menimbulkan salah faham atau mengundang gosip.

    Menjaga jarak sosial yang sihat di tempat kerja membantu mengelakkan tekanan sosial dan konflik tidak perlu. Kadang-kadang, diam itu lebih manis daripada sepuluh ayat yang diucapkan dengan nada salah.

    Dalam sesetengah budaya pejabat, pekerja yang pendiam sering dilabel sombong dan akhirnya dipulaukan. Dalam situasi begitu, berpura-pura ramah bukan bermakna tidak jujur tetapi strategi bijak untuk mengekalkan keharmonian dan melindungi diri daripada politik pejabat.

    1. Tidak perlu tahu segalanya

    Dalam dunia kerja, tidak semua perkara perlu kita ulas atau campur tangan. Ada masa, lebih baik kita diam – bukan kerana tidak peduli tapi kerana menutup mulut itu lebih bijak.

    Menurut Engage Employee, apabila terlalu bergantung kepada seorang pekerja berprestasi tinggi, staf lain cenderung untuk tidak terlibat sepenuhnya. 

    Apabila hanya seorang individu menanggung beban kerja lebih daripada sepatutnya, ia mencipta ketidakseimbangan berbahaya dan akhirnya menimbulkan rasa tidak puas hati.

    Dalam keadaan begini, berpura-pura tidak tahu atau memilih untuk tidak masuk campur bukan tanda malas tetapi cara melindungi diri daripada terjebak dalam beban kerja berlebihan atau drama yang remeh.

    Orang yang terlalu ‘serba tahu’ atau ‘terpaling rajin’ akhirnya mudah burn out dan hilang semangat kerja.

    Berpura-pura tidak tahu, dalam konteks ini, ialah satu bentuk kebijaksanaan. Tahu bila patut membantu dan bila perlu undur diri demi keseimbangan pasukan dan kesihatan mental sendiri.

    Jadi, berpura-pura bukan tanda lemah tapi cara halus untuk terus hidup dalam sistem yang tak selamanya akan adil. Kadang-kadang, berpura-pura itu bukan topeng atau talam dua muka tapi perisai agar mampu terus bertahan bekerja tanpa kontroversi. – RELEVAN

    Previous ArticleGaji pertama hilang sekelip mata
    Next Article Bahana bangun tidur lambat

    Artikel berkaitan

    Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

    June 23, 2026

    Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

    June 22, 2026

    Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

    June 22, 2026

    Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

    June 22, 2026

    5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

    June 19, 2026

    7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

    June 19, 2026
    Artikel Terkini

    Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

    June 23, 2026

    Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

    June 22, 2026

    Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

    June 22, 2026

    Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

    June 22, 2026

    5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

    June 19, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.