Facebook Twitter
    Trending
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Malas belajar hari ini, menyesal kemudian hari

    Malas belajar hari ini, menyesal kemudian hari

    By Umi FatehahApril 23, 20252 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Malas belajar hari ini, menyesal kemudian hari

    SETIAP pelajar pasti pernah rasa malas untuk belajar. Kadang-kadang, buku belum dibuka tetapi sudah rasa penat macam baru selesai acara larian 4×100 meter.

    Tetapi, kalau rasa malas ini dibiarkan berlarutan, kesannya bukan sekadar pada markah peperiksaan tetapi akan menjejaskan masa hadapan.

    Tabiat atau sifat malas belajar akan menyebabkan kita tertinggal dalam pelajaran. Mungkin pada awalnya hanya ketinggalan satu atau dua topik tetapi lama-lama, jurang pengetahuan jadi semakin besar.

    Apabila guru sedang mengajar di dalam kelas, kita mula sukar untuk memahami apa yang disampaikan lalu perlahan-lahan hilang minat sepenuhnya. Akibatnya, kita semakin jauh daripada potensi dan prestasi sebenar yang mampu dicapai.

    Selain itu, sikap malas juga boleh menghakis keyakinan diri. Bila keputusan peperiksaan tidak memuaskan, kita mula rasa rendah diri dan malu dengan kawan-kawan lain.

    Sehinggakan ada pelajar yang hilang motivasi untuk ke sekolah kerana tidak tahan dengan teguran berulang kali atau tertekan apabila sering dibandingkan dengan orang lain.

    Lebih membimbangkan, malas belajar boleh membentuk tabiat buruk yang berpanjangan. Apabila sudah biasa menangguh kerja sekolah, tidak membuat ulang kaji atau mengabaikan tugasan, sikap itu boleh terbawa-bawa hingga ke alam dewasa sama ada di universiti mahupun di tempat kerja nanti.

    Namun begitu, malas belajar bukan masalah yang tiada jalan keluar. Ia boleh diatasi dengan disiplin, pengurusan masa dan persekitaran belajar yang positif. Belajar tidak semestinya perlu duduk berjam-jam menghadap buku. Apa yang lebih penting ialah konsisten dan bijak susun strategi pembelajaran.

    Ingat, belajar bukan semata-mata untuk mendapat skor A tetapi untuk bina masa hadapan yang lebih cerah. Kalau kita tanam usaha dari sekarang, kesenangan itu akan datang kemudian. Jangan biar perasaan malas merompak peluang dan masa hadapan anda. – RELEVAN

    featured malas belajar pendidikan
    Artikel Terkini

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.