Facebook Twitter
    Trending
    • Apa punca manusia tersedu?
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa punca manusia tersedu?

      August 6, 2026

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kadar pengangguran sepenuhnya pulih, kembali ke tahap sebelum pandemik

    Kadar pengangguran sepenuhnya pulih, kembali ke tahap sebelum pandemik

    By KU SYAFIQ KU FOZIJanuary 10, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PENGANGGURAN dalam sektor pembinaan antara yang mencatatkan penurunan pada November. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    KADAR pengangguran pada November 2023 turun kepada 3.3 peratus, sekali gus mencatatkan kadar yang setara dengan tahap sebelum pandemik.

    Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, prestasi tenaga buruh negara menunjukkan peningkatan pada bulan tersebut, mengisyaratkan pertumbuhan positif ekonomi semasa dengan pertambahan berterusan dalam bilangan penduduk bekerja.

    Kata beliau, bilangan tenaga buruh terus mencatatkan peningkatan pada November, naik sebanyak 0.2 peratus bulan ke bulan kepada 17.0 juta orang, berbanding 16.97 juta pada Oktober.

    Kadar penyertaan tenaga buruh pula kekal pada 70.1 peratus.

    “Bilangan penduduk bekerja pada November terus meningkat dengan pertambahan sebanyak 0.2 peratus bulan ke bulan, mencecah seramai 16.43 juta orang berbanding bulan sebelumnya.

    “Sebaliknya, bilangan penganggur terus menunjukkan penurunan dengan pengurangan sebanyak 0.3 peratus kepada kira-kira 569,200 orang.

    “Kadar pengangguran pada bulan tersebut turun kepada paras prapandemik, iaitu 3.3 peratus berbanding 3.4 peratus pada bulan sebelumnya,” katanya dalam kenyataan pada 10 Januari.

    Penduduk bekerja sendiri terus meningkat

    Dari segi guna tenaga, jelas Mohd. Uzir, 75.3 peratus daripada jumlah bilangan penduduk bekerja pada November 2023 berada dalam kategori pekerja.

    Kata beliau, kategori tersebut mencatatkan sedikit peningkatan, iaitu sebanyak 0.1 peratus kepada 12.37 juta orang. 

    Pada masa sama, kategori penduduk bekerja sendiri berada dalam trend menaik, meningkat sebanyak 0.3 peratus kepada 2.99 juta orang.

    “Mengikut sektor ekonomi, bilangan penduduk bekerja dalam sektor perkhidmatan terus meningkat, terutamanya dalam aktiviti maklumat dan komunikasi; perkhidmatan makanan dan minuman serta pengangkutan dan penyimpanan.

    “Begitu juga, sektor pembuatan; pembinaan serta perlombongan dan pengkuarian turut menunjukkan peningkatan dalam bilangan penduduk bekerja pada November 2023.

    “Manakala, sektor pertanian merekodkan penurunan dalam bilangan penduduk bekerja pada bulan sama,” jelasnya.

    Makin ramai penganggur tidak aktif

    Tambah Mohd. Uzir, dalam kalangan penganggur, mereka yang bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan – atau penganggur aktif – merangkumi 79.9 peratus. Kategori itu turun sebanyak 0.6 peratus kepada kira-kira 454,500 orang.

    Kata beliau lagi, mengikut tempoh pengangguran bagi penganggur aktif, 61.8 peratus adalah mereka yang menganggur kurang daripada tiga bulan, sementara 6.3 peratus merupakan mereka yang berada dalam pengangguran jangka panjang melebihi setahun.

    “Penganggur tidak aktif atau mereka yang percaya bahawa tiada pekerjaan tersedia meningkat sebanyak 0.8 peratus kepada kira-kira 114,700 orang,” katanya.

    Penggangur belia berkurang

    Berkenaan pengangguran dalam kalangan belia berumur 15 hingga 24 tahun, Mohd. Uzir menyatakan bahawa kadarnya berkurang sebanyak 0.1 mata kepada 10.6 peratus pada November, mencatatkan kira-kira 308,500 orang.

    Kata beliau, kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 30 tahun juga turun sebanyak 0.1 mata kepada 6.5 peratus, dengan bilangan penganggur belia seramai kira-kira 432,000 orang.

    “Bagi kumpulan tidak aktif, bilangan luar tenaga buruh pada bulan tersebut berada dalam trend penurunan, dengan sedikit pengurangan sebanyak 0.03 peratus, merekodkan 7.24 juta orang.

    “Kerja rumah atau tanggungjawab keluarga merupakan komposisi utama luar tenaga buruh (42.6 peratus) manakala kategori bersekolah atau latihan berada di kedudukan kedua dengan 41.1 peratus,” katanya. – RELEVAN

    Previous ArticlePomodoro: Teknik untuk belajar dan bekerja dengan lebih fokus
    Next Article Laluan pendidikan dalam bidang Game Development

    Artikel berkaitan

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.