Facebook Twitter
    Trending
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Financial Faiz guna media sosial didik rakyat Malaysia tentang kewangan

    Financial Faiz guna media sosial didik rakyat Malaysia tentang kewangan

    By Umi FatehahDecember 29, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    FINANCIAL Faiz guna media sosial didik rakyat Malaysia tentang kewangan

    KETIKA anda sedang menatap FYP di TikTok, pernahkah anda terserempak dengan video-video pendidikan kewangan yang dikongsi oleh individu ini?

    Pasti ramai antara kita yang sudah tidak asing lagi dengan wajah ini. Faiz Azmi, atau lebih dikenali sebagai Financial Faiz sering membuat perkongsian tentang kewangan di TikTok. Tidak dinafikan, video-videonya banyak membantu rakyat Malaysia membuat keputusan kewangan dengan lebih bijak.

    FAIZ Azmi sering membuat perkongsian berkaitan ilmu kewangan di TikTok dan YouTube. – GAMBAR OLEH IQBAL ROSLI/UTUSAN

    Ketika ditemubual, Pengasas Financial Faiz dan Let’s Jom Studios ini berkata beliau mula mengorak langkah dalam bidang penciptaan kandungan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan dek wabak Covid-19. 

    Sebelum PKP, beliau yang bekerja sebagai perunding unit amanah, ejen insurans dan takaful giat keluar berjumpa klien untuk urusan jual beli unit amanah dan sebagainya. Tetapi, disebabkan PKP, segala urusan perlu dilakukan secara dalam talian.

    Kongsi beliau, agak susah sebenarnya untuk berunding secara dalam talian. Sebagai penjual, ia kurang efektif kerana mereka perlu meneliti ekspresi dan bahasa tubuh untuk mengetahui sama ada komunikasi berkesan atau tidak.

    “Ia juga kurang praktikal kerana saya perlu bercakap tentang benda yang sama kepada klien yang berlainan dalam persekitaran yang sama. Kalau sebelum PKP, saya boleh keluar dan jumpa mereka di restoran atau kafe yang berlainan.

    “Jadi, saya membuat keputusan untuk menghasilkan dan memuat naik video saya di YouTube,” ujarnya.

    Perjalanan beliau sebagai pencipta kandungan bermula di YouTube, kemudian baru TikTok. 

    SALURAN TikTok Faiz Azmi yang telah mencapai 2.8 juta sukaan

    “Pada asalnya, saya menghasilkan video di YouTube dengan tujuan untuk menjual Pembiayaan Amanah Saham Berhad (ASB). Tetapi, selepas saya meneliti maklum balas di ruangan komen, ramai yang berterima kasih atas perkongsian ilmu kewangan yang saya lakukan.

    “Selepas dari itu, saya tukar konsep saya daripada menjual semata-mata kepada perkongsian ilmu. Saya dapat meningkatkan jualan di samping mendidik rakyat Malaysia tentang kewangan,” tambahnya lagi. 

    Adakah rakyat Malaysia celik kewangan?

    Saat ditanyakan soalan ini, penasihat kewangan yang berpengalaman selama 15 tahun itu mengeluh sebelum memberi jawapannya.

    Berdasarkan pemerhatian beliau, rata-rata orang kita kurang celik dalam ilmu kewangan. Berdasarkan komen yang diterima di TikTok dan YouTube, beliau dapat katakan bahawa kebiasaannya, orang tahu isu kewangan. Tetapi mereka tidak tahu secara menyeluruh. 

    “Saya senang dengan individu yang tidak segan untuk bertanyakan soalan kerana ia menunjukkan mereka berminat untuk tahu lebih lanjut tentang apa-apa isu kewangan. Tetapi, saya risaukan mereka yang tidak bertanya dan tidak berminat langsung untuk ambil tahu tentang kewangan.

    “Ada individu yang tidak ada usaha pun untuk menonton video kewangan apatah lagi membaca buku atau artikel kewangan. Tidak ada usaha langsung untuk menimba ilmu kewangan,” katanya lagi. 

    Menurutnya, ada banyak benda yang perlu dilakukan untuk melahirkan masyarakat celik kewangan. Dan ia mungkin akan mengambil masa yang lama bagi memastikan semua orang betul-betul faham tentang kewangan. 

    Ada dua perkara utama yang perlu dilakukan untuk kita merealisasikan impian melahirkan masyarakat celik kewangan, kata Faiz Azmi.

    Satu, bagi sesiapa yang mempunyai pengetahuan dan kelayakan, ajak dan didik orang ramai dengan menghasilkan kandungan yang menarik dan tidak membosankan. Tidak kiralah sama ada ia dalam bentuk visual atau teks asalkan dapat menyampaikan informasi.

    Kedua, orang ramai sendiri perlu ada minat untuk menambah ilmu. Bagaimana ilmu yang dikongsikan oleh pendidik lain nak sampai kepada masyarakat kalau masyarakat sendiri tidak tercetus minat untuk belajar tentang kewangan?

    Kedua-dua akses kepada ilmu dan minat untuk belajar perlu ada baru boleh pupuk masyarakat yang cerdik kewangan.

    Azam kewangan untuk tahun baharu

    “Tanamlah azam untuk jadi lebih baik daripada tahun sebelumnya. Untuk jadi lebih baik, perlu ada kesedaran terhadap kedudukan kewangan diri sendiri.

    “Ada orang takut untuk menerima kenyataan dan mengelak daripada memantau penyata bank, jumlah hutang dan jumlah komitmen yang lain. Tidak boleh begitu sebenarnya. Kita kena terima kenyataan dan kekurangan diri sendiri,” tegasnya.

    Faiz Azmi juga menegaskan bahawa penting untuk ada kesedaran dalam diri sendiri. Contohnya, sudah mencapai umur 30 tahun tetapi masih belum ada simpanan. Jadi, mulakan dengan membina simpanan.

    “Bila sudah ada kesedaran, buat perubahan. Setiap orang berbeza. Gaya hidup, pendapatan dan sebagainya. Bila tak tahu kita punya kedudukan kewangan, kita akan selalu buat langkah yang salah,” jelas beliau lagi.

    Tepuk dada, tanya selera. Apakah tabiat kewangan yang perlu dibuang dan tabiat yang perlu diamalkan? Nantikan artikel selanjutnya. – RELEVAN

    featured financial faiz kewangan
    Artikel Terkini

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.