Facebook Twitter
    Trending
    • 10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal
    • 7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya
    • Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai
    • Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?
    • Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO
    • Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…
    • Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama
    • Jangan simpan ini dalam kereta!
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

      February 10, 2026

      Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…

      February 10, 2026

      Kubis goreng boleh mengundang kanser?

      February 5, 2026

      5 tabiat pagi yang merosakkan otak

      February 4, 2026

      4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

      February 4, 2026
    • Kewangan

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026
    • Pendidikan

      Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

      February 11, 2026

      Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

      February 10, 2026

      Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama

      February 9, 2026

      Jangan simpan ini dalam kereta!

      February 9, 2026

      SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli

      February 9, 2026
    • Kerjaya

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Global Sumud Flotilla: Solidariti dunia rentas lautan demi Gaza

    Global Sumud Flotilla: Solidariti dunia rentas lautan demi Gaza

    By AMAL HAYATI FAUZISeptember 11, 2025Updated:September 11, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    GSF belayar, tanda dunia belum bisu terhadap derita Palestin. GAMBAR HIASAN SUMUD NUSANTARA OFFICIAL/FACEBOOK

    PELAYARAN misi Global Sumud Flotilla (GSF) merentasi lautan menuju Gaza kini mendapat perhatian dunia sebagai usaha kemanusiaan terbesar abad ini. Lebih 1,000 peserta dari 44 negara menggalas misi membawa bantuan asas termasuk makanan dan ubat-ubatan kepada lebih dua juta rakyat Palestin yang terperangkap dalam kepungan Israel sejak 2007. Dengan lebih 67,000 kematian, sebahagian besar wanita dan kanak-kanak, dunia kini menyaksikan genosid yang tidak pernah disaksikan dunia sejak puluhan tahun lalu.

    Makna ‘Sumud Flotilla’

    Sumud berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud ketabahan, keteguhan dan tidak tunduk kepada penindasan. Nama ini dipilih sebagai simbol keberanian rakyat Palestin dan solidariti dunia untuk bersama mereka ketika menempuh tempoh paling sukar ini.

    Flotilla pula perkataan bahasa Sepanyol yang bermaksud sekumpulan kapal yang belayar bersama-sama untuk misi tertentu.

    Mengenai Global Sumud Flotilla (GSF)

    GSF ialah misi pelayaran kemanusiaan terbesar ke Gaza yang menghimpunkan aktivis dari 44 negara dengan matlamat:

    • Memecahkan sekatan haram Israel sejak 2007 yang menjadikan Gaza sebagai ‘penjara terbuka’ terbesar dunia.
    • Menghantar bantuan keperluan asas seperti makanan, minuman dan ubat-ubatan untuk kelangsungan hidup rakyat Palestin.
    • Menyeru masyarakat antarabangsa agar tidak berdiam diri terhadap ‘genosid’ yang berlaku di Gaza.

    Bagaimana misi GSF bermula?

    Misi GSF bermula melalui empat gabungan utama berikut:

    1. Maghreb Sumud Flotilla : Satu badan bukan kerajaan kemanusiaan (NGO) dari Afrika Utara.
    2. Global Movement to Gaza (GMTG) : Dahulunya dikenali sebagai Global March to Gaza. 
    3. Freedom Flotilla Coalition (FFC) : Sebuah gabungan NGO antarabangsa dengan penyertaan tunggal dari Asia iaitu Humanitarian Care Malaysia.
    4. Sumud Nusantara : Gabungan lapan buah negara Asia Tenggara yang diketuai oleh Malaysia serta diikuti oleh Indonesia, Thailand, Filipina, Sri Lanka, Maldives, Bangladesh dan Pakistan.

    Gabungan utama ini juga dilindungi undang-undang antarabangsa iaitu:

    • The United Nations Convention on the Law of the Sea (UNCLOS) of 1982 : Akta yang menjamin kebebasan pelayaran di laut.
    • Konvensyen Geneva Keempat : Akta ini memastikan keperluan asas yang dibawa menerusi misi GSF sampai kepada orang awam.
    • Statut Rom (Artikel 8) : Kebuluran dialami oleh rakyat Palestin dianggap sebagai ‘senjata perang’ yang meletakkannya dalam kategori jenayah antarabangsa.

    Siapa yang menyertai GSF ke Gaza?

    Lebih 1,000 peserta dari 44 negara terlibat dalam misi kemanusiaan GSF. Antaranya aktivis kemanusiaan, pakar perubatan, selebriti tempatan dan antarabangsa.

    Penyertaan Malaysia dalam GSF

    • Malaysia menghantar kira-kira 15 wakil awal melalui gabungan Sumud Nusantara.
    • NGO yang terlibat: Cinta Gaza Malaysia (CGM), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Cinta Salam Malaysia (CSM), selain Gagasan MyAqsa Defender.
    • Delegasi ini bukan sahaja membawa bantuan asas tetapi mesej solidariti antarabangsa dari rakyat Malaysia.

    Mengapa misi ini penting?

    • Gaza kini berdepan krisis kebuluran terburuk, dengan angka lebih 500,000 orang berada dalam kritikal menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
    • Sejak 7 Oktober 2023, lebih 61,000 rakyat Palestin terbunuh dalam peperangan yang sudah menghampiri usia dua tahun yang mana hampir separuh daripadanya adalah wanita dan kanak-kanak.
    • Susulan kegagalan pemimpin dan institusi antarabangsa menamatkan sekatan, memaksa masyarakat sivil dunia mengambil langkah sendiri bagi menyelamatkan penduduk Gaza.

    Misi kemanusiaan GSF adalah simbol harapan bahawa masih ramai yang peka terhadap kesengsaraan yang dihadapi oleh rakyat Palestin. Nilai kemanusiaan dan keadilan kian terhapus di Gaza dan dunia tidak boleh hanya duduk dan melihat tanpa melakukan sesuatu selain daripada doa. -RELEVAN

    Previous ArticleRiben kuning jadi ingatan, bendung cubaan bunuh diri
    Next Article ‘Demam’ kumpul patung Labubu, apa kata Islam?

    Artikel berkaitan

    10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

    February 12, 2026

    7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

    February 12, 2026

    Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

    February 11, 2026

    Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

    February 11, 2026

    Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

    February 10, 2026

    Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…

    February 10, 2026
    Artikel Terkini

    10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

    February 12, 2026

    7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

    February 12, 2026

    Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

    February 11, 2026

    Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

    February 11, 2026

    Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

    February 10, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.