Facebook Twitter
    Trending
    • Balik kampung jauh? Ini cara elak keletihan ketika memandu 
    • Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?
    • Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya
    • 7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya
    • 5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya
    • Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama
    • Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja
    • Petanda badan ‘overdose’ garam
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

      March 14, 2026

      Petanda badan ‘overdose’ garam

      March 11, 2026

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026
    • Kewangan

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026
    • Pendidikan

      Balik kampung jauh? Ini cara elak keletihan ketika memandu 

      March 17, 2026

      Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?

      March 16, 2026

      7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

      March 13, 2026

      5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

      March 12, 2026

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Jangan diam kalau dibuli

    Jangan diam kalau dibuli

    By Umi FatehahSeptember 10, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Jangan diam kalau dibuli. - GAMBAR HIASAN AMIR KHALID

    SETIAP pelajar tentu mahukan suasana sekolah yang menyeronokkan, selamat dan penuh dengan semangat persahabatan. Namun, kita tidak boleh nafikan bahawa ada juga pelajar yang berdepan dengan masalah buli. 

    Buli boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. Bermula dengan diejek kerana rupa atau pakaian, dipulaukan oleh kawan-kawan, diugut untuk memberikan barang malah ada yang sampai ditolak atau dipukul. Semua ini adalah perbuatan yang menyakitkan hati dan menakutkan.

    Masalahnya, ramai yang masih memilih untuk berdiam diri apabila dibuli. Ada yang takut dibalas dendam oleh pembuli, malu untuk bercerita dan ada juga berfikiran mereka membuat salah hingga perkara itu terjadi. 

    Hakikatnya, kita tidak bersalah kalau dibuli, yang salah adalah pembuli itu sendiri. Sebagai pelajar, penting untuk anda tahu apa yang boleh dilakukan sekiranya mengalami situasi ini. Jangan biarkan diri terus menderita dalam diam.

    Jenis buli

    Buli bukan sekadar bergaduh kecil atau usik-usik biasa. Ia adalah perbuatan menyakiti orang lain dengan sengaja, sama ada secara fizikal, emosi atau sosial. Contohnya:

    • Buli fizikal – Menolak, menampar, menendang atau merampas barang.
    • Buli lisan – Mengejek, menghina, memanggil nama yang tidak baik.
    • Buli sosial – Memulaukan kawan, menyebarkan fitnah, menjatuhkan maruah di hadapan orang lain.
    • Buli siber – Menghantar mesej jahat, menyebarkan gambar atau video untuk memalukan seseorang melalui media sosial.

    Dengan memahami jenis-jenis buli ini, lebih mudah untuk mengenal pasti sama ada anda sedang dibuli atau tidak. Jangan sekali-kali anggap ia perkara kecil. Kalau dibiarkan, ia boleh menjejaskan keyakinan diri, prestasi pelajaran malah kesihatan mental.

    Jangan takut, anda tidak salah

    Perkara pertama yang perlu ditanam dalam diri ialah anda tidak bersalah sekiranya menjadi mangsa buli. Ramai pelajar memilih untuk diam sebab rasa diri mereka lemah atau tidak berguna. Sebenarnya, pembuli itulah yang bermasalah kerana mereka memilih untuk menyakiti orang lain.

    Jangan biarkan rasa takut menutup suara untuk anda membela diri. Berdiam diri hanya akan buat pembuli rasa semakin berani. Ingat, bersuara bukan tanda lemah tetapi berani kerana melindungi diri sendiri.

    Apa perlu dibuat kalau dibuli?

    1. Ceritakan kepada orang yang dipercayai

    Langkah paling penting ialah jangan simpan seorang diri. Ceritakan kepada ibu bapa, guru, kaunselor sekolah atau kawan baik yang boleh dipercayai. Mereka boleh membantu anda mencari jalan penyelesaian dan memberi sokongan emosi.

    1. Kumpul bukti

    Kalau kamu dibuli berulang kali, cuba catat bila dan bagaimana ia berlaku. Kalau buli siber, simpan mesej atau tangkap layar (screenshot). Bukti ini boleh membantu guru atau pihak sekolah mengambil tindakan yang lebih tepat.

    1. Elak bertindak balas dengan keganasan

    Walaupun anda rasa marah, elakkan membalas dengan memukul atau menghina balik. Ia hanya akan jadikan keadaan lebih buruk dan mungkin anda pula yang dikenakan tindakan. Sebaliknya, cuba jauhkan diri dan segera dapatkan bantuan.

    1. Berani katakan ‘tidak’

    Kadang-kadang pembuli akan cuba mengugut supaya kita ikut kehendak mereka. Latih diri untuk berkata dengan tegas, “Saya tak nak” atau “Berhenti ganggu saya”. Walaupun nampak kecil, keberanian melawan dengan kata-kata boleh membuat pembuli terkejut.

    1. Gunakan saluran rasmi sekolah

    Setiap sekolah ada guru disiplin atau kaunselor. Jangan takut untuk melaporkan apa yang berlaku. Mereka dilatih untuk membantu pelajar menghadapi situasi seperti ini. Ingat, melapor bukan bermakna anda suka mengadu tetapi itu cara terbaik untuk hentikan pembulian.

    Kalau anda ternampak kawan lain sedang dibuli, jangan biarkan dia keseorangan. Kadang-kadang hanya dengan berdiri di sisi dan tunjuk sokongan sudah cukup membuatkan pembuli berundur. Anda juga boleh membantu dengan melaporkan bersama-sama kepada guru.

    Buli bukan perkara remeh. Ia boleh meninggalkan kesan jangka panjang terhadap emosi, pelajaran dan kehidupan seseorang. Kalau anda dibuli, jangan sesekali salahkan diri sendiri. 

    Ingat, dengan berani bersuara dan mencari bantuan, anda sebenarnya sedang melindungi diri sendiri dan juga membantu orang lain yang mungkin melalui perkara sama. Jangan diam kalau dibuli. Bertindak dengan bijak dan yakin bahawa anda berhak berada di sekolah yang selamat serta dihormati. – RELEVAN

    Previous Article5 matlamat kewangan selepas umur 30
    Next Article Rajin bekerja sahaja tidak cukup, perlu tahu cara menjual kelebihan diri

    Artikel berkaitan

    Balik kampung jauh? Ini cara elak keletihan ketika memandu 

    March 17, 2026

    Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?

    March 16, 2026

    Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

    March 14, 2026

    7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

    March 13, 2026

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026
    Artikel Terkini

    Balik kampung jauh? Ini cara elak keletihan ketika memandu 

    March 17, 2026

    Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?

    March 16, 2026

    Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

    March 14, 2026

    7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

    March 13, 2026

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.