Facebook Twitter
    Trending
    • Makan durian sambil beringat
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 langkah atasi masalah milia

    5 langkah atasi masalah milia

    By Umi FatehahNovember 9, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Berikut ialah cara untuk menghilangkan milia. - GAMBAR HIASAN GOOGLE

    ADAKAH anda mempunyai biji putih degil di muka yang enggan hilang? Benjolan biji minyak (oil seed) tersebut sering disalah anggap sebagai whiteheads. Namun, ia adalah keadaan kulit biasa yang dipanggil milia. 

    Milia boleh muncul pada kulit tidak kira umur dan jantina, termasuklah bayi baru lahir. Dalam sesetengah kes, milia berlaku disebabkan oleh genetik. 

    Akan tetapi, punca yang paling ketara ialah kesan daripada pemakaian produk penjagaan seperti krim mata yang bersifat tebal dan menyumbat liang pori. 

    Jangan risau, ia tidak bermakna anda perlu membuang krim mata yang berharga. Berikut ialah cara untuk menghilangkan milia.

    1. Jangan cuba memicitnya 

    Jika milia pada muka anda menjengkelkan, jangan picit atau korek di kawasan tersebut. Mencuba mengeluarkan milia boleh menyebabkan ia berdarah, berkudis dan parut. Luka di muka anda juga akan terdedah kepada kuman dan akan menyebabkan jangkitan.

    Dalam kes bayi di bawah umur enam bulan, perkara terbaik yang perlu dilakukan untuk milia ialah biarkan sahaja. Jika ia membimbangkan anda, dapatkan nasihat pakar pediatrik.

    1. Bersihkan kawasan tersebut

    Pastikan anda mencuci muka dengan sabun yang lembut (mild) dan bebas paraben setiap hari. Sabun yang tidak lembut akan menghilangkan minyak yang diperlukan di muka anda untuk kekal seimbang dan sihat.

    Selepas mencuci, keringkan kulit dan jangan biarkan ia kering (air dry). Ini akan membantu mengelakkan kulit anda daripada terlalu kering.

    1. Lakukan face steam untuk membuka liang pori

    Selepas membersihkan muka, lakukan stim muka untuk membuka liang pori bagi mengeluarkan kotoran dari muka. 

    Cara-cara untuk melakukannya ini ialah:

    • Isikan air panas di dalam mangkuk besar atau baldi. 
    • Kemudian, ambil tuala dan letakkan muka di atas wap air panas. Tuala itu digunakan bagi menghalang wap daripada menyejat (evaporate). Lakukan selama lima hingga lapan minit. 
    • Setelah itu, bilas muka dengan air suam bagi membersihkan segala kekotoran yang keluar daripada pori. Bilas semula dengan air sejuk untuk menutup kembali pori-pori muka.
    1. Eksfoliasi 

    Exfoliation kulit mungkin membantu memastikan kulit anda bebas daripada bahan yang menyebabkan milia. Sesetengah ejen pengelupasan menghalang daripada penghasilan keratin yang berlebihan. Cari pembersih pengelupasan yang mengandungi asid salicylic, asid sitrik atau asid glikolik.

    Pengelupasan terlalu banyak boleh merengsakan kulit, jadi jangan lakukannya setiap hari. Mulakan dengan menggunakan pembersih pengelupasan sekali seminggu dan lihat jika ia membantu menghilangkan milia.

    1. Jumpa pakar dermatologi

    Kebanyakan biji milia akan sembuh dengan sendiri selepas beberapa minggu, terutamanya dalam kalangan bayi. Walau bagaimanapun, orang dewasa yang mempunyai milia mungkin mengambil masa untuk menghilangkannya.

    Besar kemungkinan, pakar dermatologi akan menggunakan jarum kecil untuk mengeluarkan milia secara manual. 

    Jangan beli krim sembarangan tanpa nasihat pakar. Anda mungkin tidak tahu kandungan krim tersebut akan merosakkan kulit dan membuatkan masalah menjadi lebih teruk. – RELEVAN

    Artikel Terkini

    Makan durian sambil beringat

    July 4, 2025

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.