Facebook Twitter
    Trending
    • Balik kampung jauh? Ini cara elak keletihan ketika memandu 
    • Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?
    • Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya
    • 7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya
    • 5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya
    • Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama
    • Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja
    • Petanda badan ‘overdose’ garam
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

      March 14, 2026

      Petanda badan ‘overdose’ garam

      March 11, 2026

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026
    • Kewangan

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026
    • Pendidikan

      Balik kampung jauh? Ini cara elak keletihan ketika memandu 

      March 17, 2026

      Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?

      March 16, 2026

      7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

      March 13, 2026

      5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

      March 12, 2026

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 tanaman penyeri dalam rumah

    5 tanaman penyeri dalam rumah

    By AMAL HAYATI FAUZISeptember 4, 2025Updated:September 4, 20252 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Untuk anda yang baru berjinak dalam dunia tanaman, ini lima pokok wajib ada. GAMBAR HIASAN CANVA

    BUKAN semua orang dilahirkan dengan ‘tangan hijau’, tetapi itu bukan alasan untuk tidak menghijaukan ruang kediaman. 

    Jika anda baru mahu berjinak-jinak dengan dunia tanaman, lima pilihan pokok ini boleh menjadi penyeri laman di luar dan dalam rumah anda.

    1. Pokok Lidah Mentua

    • Terkenal sebagai tanaman yang yang tahan lasak. Ia mampu hidup di kawasan panas mahupun redup. Malah, tumbuhan ini hanya memerlukan siraman apabila tanah betul-betul kering.
    • Satu kajian oleh NASA turut membuktikan bahawa pokok lidah mentua berupaya membersihkan udara dalam bangunan termasuk menyingkirkan bau asap rokok.

    2. Pokok Lidah Buaya

    • Selain terkenal sebagai rawatan luka dan masalah kulit, lidah buaya juga menyerap pencemaran udara dan membantu meningkatkan kualiti persekitaran rumah.
    • Cara penjagaannya mudah iaitu hanya letakkan pokok ini di kawasan bercahaya matahari secara tidak langsung dan siram hanya apabila tanahnya kering.

    3. Pokok Labah-Labah

    • Bentuk daunnya yang berjuntai seperti kaki labah-labah menjadikan pokok ini unik dan menarik sebagai hiasan. Bonusnya, ia cepat membesar dan berfungsi untuk menapis udara tercemar.
    • Penjagaannya juga mudah iaitu siram dua kali dalam seminggu dan tempatkan di kawasan dengan pencahayaan tidak langsung.

    4. Pokok ZZ (Zamioculcas)

    • Jika anda jenis lupa menyiram pokok, tanaman ini memang untuk anda. Pokok ZZ  atau nama lengkapnya Zamioculcas Zamifolia tahan dengan cahaya rendah, cukup dengan siraman sekali dalam dua minggu.
    • Sesuai diletakkan di sudut rumah yang kurang bercahaya, namun tetap tampil segar menghijau.

    5. Pokok Sirih Gading

    • Sesuai dengan namanya, tumbuhan dengan daun bertompok putih dan bentuk unik seakan sirih sememangnya kegemaran ramai untuk dijadikan hiasan dalam dan luar rumah.
    • Tidak cerewet, cukup disiram secara berkala dan diletakkan di kawasan kurang cahaya supaya kekal subur.

    Lima tanaman ini bukan sekadar menyegarkan ruang, malah membantu membersihkan udara dan menambah seri pada rumah anda. 

    Jika anda mahu mula menjinak dalam dunia penanaman, lima tanaman tersebut merupakan pilihan paling mudah dan mesra penjagaan. -RELEVAN

    Previous ArticleTip rambut sihat untuk muslimah
    Next Article RM100 MyKasih: Barang mana patut didahulukan?

    Artikel berkaitan

    Balik kampung jauh? Ini cara elak keletihan ketika memandu 

    March 17, 2026

    Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?

    March 16, 2026

    Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

    March 14, 2026

    7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

    March 13, 2026

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026
    Artikel Terkini

    Balik kampung jauh? Ini cara elak keletihan ketika memandu 

    March 17, 2026

    Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?

    March 16, 2026

    Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

    March 14, 2026

    7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

    March 13, 2026

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.