Facebook Twitter
    Trending
    • 10 buku yang saya beli di PBAKL 2023
    • Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini
    • Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman
    • Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC
    • Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan
    • Mengapa pasangan pembawa talasemia tidak dinasihatkan untuk berkahwin?
    • Apa itu talasemia dan jenis-jenisnya
    • Waspada ular masuk rumah ketika cuaca panas, lakukan beberapa langkah pencegahan ini
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini

      May 31, 2023

      Mengapa pasangan pembawa talasemia tidak dinasihatkan untuk berkahwin?

      May 29, 2023

      Apa itu talasemia dan jenis-jenisnya

      May 29, 2023

      Tidur tak menentu tingkatkan risiko mati dalam 7 tahun

      May 25, 2023

      Penyalahgunaan ubat penenang haiwan menyebabkan manusia menjadi ‘zombie’

      May 19, 2023
    • Kewangan

      6 helah kewangan untuk bina simpanan yang kukuh

      May 24, 2023

      90% harga barang makanan naik, inflasi 2022 meningkat kepada 3.3%

      May 17, 2023

      9 sebab ekonomi Malaysia berkembang positif pada suku pertama 2023

      May 15, 2023

      5 aktiviti menarik untuk mengajar anak ilmu kewangan

      May 10, 2023

      Membeli rumah seperti memilih bini; perlu tetap hati

      May 4, 2023
    • Pendidikan

      10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

      May 31, 2023

      Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan

      May 30, 2023

      Waspada ular masuk rumah ketika cuaca panas, lakukan beberapa langkah pencegahan ini

      May 26, 2023

      Mengingati gelora 1967: Api dan air mata pejuang kedaulatan bahasa Melayu

      May 23, 2023

      Adakah permainan dalam talian Roblox selamat untuk kanak-kanak?

      May 22, 2023
    • Kerjaya

      Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman

      May 31, 2023

      Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC

      May 30, 2023

      5 sebab kukuh untuk menceburi bidang keselamatan siber

      May 25, 2023

      5 rancangan perubatan sesuai menjadi tontonan bakal doktor

      May 24, 2023

      Teroka Kerjaya: Tip dan cara menjadi kru teknikal pemuzik

      May 19, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Benarkah sunscreen rosakkan kulit?

    Benarkah sunscreen rosakkan kulit?

    By Nur Umi Fatehah Mohd KamalJune 8, 2022Updated:June 8, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    BARU-baru ini tular dalam media sosial mengenai isu pemakaian sunscreen atau pelindung kulit.  Isu ini bermula dengan kenyataan pelindung kulit akan merosakkan kulit.  

    Ada yang mendakwa, sebagai orang Asia, kita sudah mempunyai pelindung kulit yang semula jadi iaitu lapisan melanin, justeru kita tidak perlu lagi memakai pelindung kulit.  

    Sejauh manakah kebenaran kenyataan ini?

    Sunscreen vs melanin

    Pelindung kulit dikeluarkan syarikat-syarikat yang menghasilkan dan menjual produk kecantikan kulit dengan tujuan memberi perlindungan kulit daripada sinaran matahari.  

    Pelindung kulit berfungsi untuk memantul, menyerap dan menyerakkan kedua-dua sinaran ultraungu A (UVA) dan ultraungu B (UVB) sekali gus memberikan perlindungan kepada kulit daripada kedua-dua jenis sinaran. 

    Penggunaan losyen, krim atau gel yang mengandungi pelindung kulit boleh membantu melindungi kulit daripada penuaan pramatang serta mengurangkan risiko untuk mendapat kanser kulit.  

    Melanin pula merujuk kepada bahan di dalam badan yang menghasilkan pigmentasi atau warna rambut, mata dan kulit.  Semakin banyak melanin yang dihasilkan, semakin gelap mata, rambut dan kulit. Jumlah melanin di dalam badan bergantung kepada beberapa faktor yang berbeza termasuk genetik dan kekerapan pendedahan matahari keturunan terdahulu.

    Lindungi kulit

    Menurut pengasas dan CEO syarikat produk penjagaan kulit Alluskin Sdn. Bhd., Aen Sa’ari, kenyataan yang mengatakan pelindung kulit merosakkan kulit adalah tidak tepat.  Tiada penyelidikan yang membuktikan pelindung kulit boleh menyebabkan kanser kulit. 

    “Dalam penjagaan muka terutamanya pemakaian pelindung kulit, setiap ahli kimia akan merujuk pada garis panduan keselamatan yang telah dikeluarkan oleh Cosmetic Ingredient Research (CIR) terlebih dahulu sebelum mengeluarkan produk seperti pelindung kulit di pasaran.

    “Asalkan kita memilih jenama pelindung kulit yang selamat dan tidak mengandungi bahan terlarang, sudah memadai,” katanya kepada Relevan.

    Terdapat pelbagai jenis pelindung kulit yang ada di pasaran iaitu pelindung kulit kimia (chemical sunscreen) dan pelindung kulit fizikal (physical sunscreen).  

    Pelindung kulit kimia ialah formula yang menggunakan penapis kimia untuk melindungi kulit daripada sinaran ultraungu matahari yang berpotensi merosakkan kulit jika kulit terlalu terdedah kepada matahari. 

    Walaupun pelbagai jenis bahan kimia menawarkan perlindungan daripada matahari, bahan kimia Sun Protection Factor (SPF) yang sering digunakan di Amerika Syarikat termasuk oxybenzone, avobenzone, octinoxate, dan octisalate. Bahan-bahan ini berfungsi seperti span iaitu menyerap sinaran ultraungu sebelum mencecah kulit.

    Pelindung kulit fizikal pula menggunakan bahan kimia untuk menapis sinaran UV matahari.  Ia berperanan menyekat sinaran UV dengan bahan seperti titanium dioksida atau zink oksida. Pelindung kulit fizikal juga kadang kala dipanggil pelindung kulit mineral.

    “Meskipun badan atau genetik menghasilkan melanin yang tinggi atau mempunyai warna kulit lebih gelap berbanding orang lain, ia masih lagi tidak mengurangkan kepentingan penggunaan pelindung kulit. 

    “Sesetengah individu tidak mampu menghasilkan melanin pada kadar optimum. Justeru, bergantung 100 peratus kepada melanin sahaja adalah tidak selamat.

    “Lagi-lagi apabila berjemur di tengah panas, kulit anda akan dapat kesan buruk UVA & UVB. Lapisan ozon juga tidak seperti dahulu. Jadi, penggunaan sunscreen sangat penting untuk manusia masa kini,” tegas Aen Sa’ari.

    Dalam laporan yang diterbitkan 10 tahun lalu, kanser kulit menduduki tempat ke-10 sebagai kanser paling biasa di Malaysia, dan menyumbang 2.6 peratus daripada semua kes kanser di negara ini.  Oleh itu, pakai pelindung kulit sebelum anda keluar dari rumah. – RELEVAN

    featured kesihatan kulit cantik sakit kulit sunscreen
    Artikel Terkini

    10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

    May 31, 2023

    Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini

    May 31, 2023

    Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman

    May 31, 2023

    Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC

    May 30, 2023

    Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan

    May 30, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.