Facebook Twitter
    Trending
    • Cuaca membahang, ini cara lindungi diri daripada strok haba
    • Iftar Murabbi didik kebersamaan pelajar dan guru
    • Berdosakah ‘pau’ duit raya anak ?
    • Dompet ‘kering’ selepas raya? Ini cara kembali kawal kewangan
    • Pantau glukosa walaupun ketika beraya
    • Tak dapat balik kampung? Syawal masih boleh diraikan dengan cara ini
    • Perut kembung lepas beraya? 5 tip dari farmasi, perut lega sambil nikmati juadah raya
    • 3 penyakit paling mudah menular semasa rumah terbuka
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Cuaca membahang, ini cara lindungi diri daripada strok haba

      March 25, 2026

      Pantau glukosa walaupun ketika beraya

      March 23, 2026

      Perut kembung lepas beraya? 5 tip dari farmasi, perut lega sambil nikmati juadah raya

      March 19, 2026

      3 penyakit paling mudah menular semasa rumah terbuka

      March 19, 2026

      Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

      March 14, 2026
    • Kewangan

      Dompet ‘kering’ selepas raya? Ini cara kembali kawal kewangan

      March 23, 2026

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026
    • Pendidikan

      Iftar Murabbi didik kebersamaan pelajar dan guru

      March 25, 2026

      Berdosakah ‘pau’ duit raya anak ?

      March 24, 2026

      Tak dapat balik kampung? Syawal masih boleh diraikan dengan cara ini

      March 23, 2026

      Balik kampung jauh? Ini cara elak keletihan ketika memandu 

      March 17, 2026

      Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?

      March 16, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Perjalanan mencari disiplin diri

    Perjalanan mencari disiplin diri

    By Zahra Mohamad ZhahirJuly 29, 2024Updated:August 8, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    disiplin diri
    Menurut ahli falsafah Yunani, Plato -- kejayaan pertama dan terbesar seorang individu adalah keupayaan untuk menakluki diri sendiri. - GAMBAR HIASAN VLAD BAGACIAN/UNSPLASH

    DISIPLIN adalah kunci kejayaan. Bak kata ahli falsafah Yunani, Plato – kejayaan pertama dan terbesar seorang individu adalah keupayaan untuk menakluki diri sendiri.

    Menurut sebuah kajian yang dimuatkan dalam Journal of Personality, individu yang berdisiplin selalunya lebih gembira. Tetapi mengapa?

    Penulis kajian tersebut, Profesor Kathleen Vohs berkata, mereka yang mempunyai disiplin dapat melakukan banyak perkara yang mendatangkan kegembiraan dan kepuasan diri.

    Dalam masa sama, mereka juga dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan sebarang konflik disebabkan kawalan kendiri yang baik.

    Semua orang ada cita-cita dan matlamat sendiri. Namun, untuk menjadikan matlamat tersebut satu realiti, kita perlu ada disiplin diri yang mantap.

    Kawal hidup dengan disiplin

    Menurut Brent Gleeson dalam satu artikel yang dimuatkan dalam laman sesawang Forbes, ada beberapa langkah yang boleh dipraktikkan untuk menetapkan disiplin dalam diri.

    Namun, beliau mengingatkan, untuk mengeluarkan diri daripada kebiasaan, mahu tak mahu, kita terpaksa berkorban.

    Memupuk disiplin diri bukannya mudah. Oleh itu, jangan fokus untuk merubah terlalu banyak perkara dalam hidup pada satu-satu masa.

    Bagaimanapun, menjadi seorang yang berdisiplin bukanlah bermaksud anda perlu mendera diri sendiri. Ketahuilah, sebarang bentuk hukuman (contohnya ikat perut untuk kurus) hanya akan melambatkan sebarang proses menuju perubahan.

    Antara langkah yang beliau tekankan bagi membentuk disiplin adalah seperti berikut. Contoh situasinya jika anda bercita-cita untuk berdisiplin makan secara secara sihat.

    1. Kenali dulu kekuatan dan kelemahan diri. Kenali dulu apa yang membuatkan anda sukar untuk berhenti mengambil makanan ringan. Adakah anda ketagih dengan gula atau suka makan tengah malam?
    2. Ketepikan nafsu. Jika anda ingin makan makanan yang sihat, mulakan dengan membuang segala makanan ringan yang ada di rumah.
    3. Tetapkan matlamat. Mengapa anda ingin makan secara sihat? Adakah untuk menurunkan berat badan? Jika ya, pastikan anda mempunyai perancangan tersendiri. Tulis makanan apa yang perlu dibeli sebagai ganti dan berapa berat yang perlu diturunkan dalam masa sebulan.
    4. Gantikan amalan lama dengan amalan baharu. Jika sebelum ini anda suka makan keropok sewaktu menonton Netflix, tukar keropok tersebut dengan kekacang atau makanan lain yang lebih sihat.
    5. Maafkan diri jika tidak berjaya. Kadangkala, kita tidak berjaya mengelak sebarang godaan daripada makan makanan yang tidak berkhasiat. Tidak mengapa, esok boleh cuba lagi. Jangan pula terlalu kecewa sehingga menghukum diri sendiri.

    Disiplin bukan kerja keras

    Didik diri untuk kekal berdisiplin supaya dapat mencapai cita-cita yang diingini. – GAMBAR HIASAN/UNSPLASH

    Sebelum mendisiplinkan diri, penting agar kita belajar untuk memahami diri terlebih dahulu.

    Menjadi seorang yang berdisiplin bukan bermaksud kita perlu bekerja keras.

    Dahulu, saya pernah ada rakan yang kuat belajar. Disebabkan kerajinannya, kepandaian rakan saya itu tidak boleh ditandingi. Setiap kali peperiksaan, dia akan dapat nombor satu.

    Tetapi, dia tidak pernah rehat. Saya sendiri banyak kali nampak dia tertidur di atas timbunan buku-buku.

    Boleh dikatakan, dia tidak pernah keluar dari bilik belajar. Hari Sabtu dan Ahad juga digunakan sepenuhnya untuk mengulang kaji.

    Bagaimanapun, rakan saya itu sudah berjaya sekarang. Kini, dia merupakan seorang doktor di sebuah hospital kerajaan.

    Benar, kerja keras membuahkan hasil. Namun, rakan saya tadi banyak kali jatuh sakit, lebih-lebih lagi apabila menghampiri musim peperiksaan.

    Disebabkan terlalu kuat belajar, rakan saya itu jadi terlalu penat sehingga mental dan fizikalnya letih.

    Saya ingat lagi, beberapa minggu sebelum peperiksaan percubaan SPM, dia terpaksa dikejarkan ke hospital.

    Ingatlah, jika kita tidak ambil masa untuk berehat, badan kita akan ‘paksa’ diri kita untuk rehat.

    Bekerja atau belajar terlalu keras boleh mendatangkan mudarat kepada diri. Ia boleh membuatkan kita burnout dan akhirnya, tidak larat untuk meneruskan usaha seperti biasa.

    Kunci bagi memupuk disiplin diri terletak pada ketekalan masing-masing.

    Atlet yang bagus tidak berlatih sehingga badan mereka penat. Mereka mengikut regimen latihan setiap hari secara konsisten.

    Pendek kata, lebih baik jika kita usaha secara konsisten berbanding kita kerja terlalu keras dalam satu tempoh masa yang pendek.

    Fahami diri terlebih dahulu

    Disiplin
    Jangan paksa diri untuk berubah secara tiba-tiba. – GAMBAR HIASAN HUNTERS RACE/UNSPLASH

    Bak kata pemain tenis legenda, Roger Federer, bakat itu bukanlah satu hadiah. Ia adalah gabungan disiplin, ketabahan, kesabaran dan paling penting sekali, keupayaan untuk mencintai satu-satu proses.

    Ramai orang kata, rakan saya ini ada bakat dalam belajar. Sebenarnya, itu tidak benar sama sekali. Dia berdisiplin dan dengan disiplin itulah dia berjaya.

    Bagaimanapun, kita perlu mencari keseimbangan jika ingin memupuk disiplin dalam diri.

    Bukan semua orang suka bekerja keras sepanjang masa. Jadi, pilih tugasan apa yang kita perlu fokus untuk mencapai matlamat yang dikehendaki.

    Misalnya, anda ingin menurunkan berat badan. Berat yang diingini adalah sekitar 55 kilogram.

    Lebih baik jika anda bersenam secara konsisten selama dua hingga tiga bulan berbanding berlapar dan menahan diri untuk makan.

    Pilih senaman yang anda mampu lakukan. Walaupun nampak kecil, anda pasti dapat lihat kesannya jika ia dilakukan secara konsisten.

    Benar, kedua-dua cara memungkinkan anda mencapai matlamat yang diingini. Tetapi, jika berlapar, anda sebenarnya tidak membuat sebarang perubahan dari segi tingkah laku.

    Besar kemungkinan, dalam masa beberapa bulan, anda akan kembali kepada berat asal. – RELEVAN

    Previous ArticleKami menulis untuk siapa?
    Next Article Seberapa pentingkah untuk mengemas kini profil LinkedIn?

    Artikel berkaitan

    Cuaca membahang, ini cara lindungi diri daripada strok haba

    March 25, 2026

    Iftar Murabbi didik kebersamaan pelajar dan guru

    March 25, 2026

    Berdosakah ‘pau’ duit raya anak ?

    March 24, 2026

    Dompet ‘kering’ selepas raya? Ini cara kembali kawal kewangan

    March 23, 2026

    Pantau glukosa walaupun ketika beraya

    March 23, 2026

    Tak dapat balik kampung? Syawal masih boleh diraikan dengan cara ini

    March 23, 2026
    Artikel Terkini

    Cuaca membahang, ini cara lindungi diri daripada strok haba

    March 25, 2026

    Iftar Murabbi didik kebersamaan pelajar dan guru

    March 25, 2026

    Berdosakah ‘pau’ duit raya anak ?

    March 24, 2026

    Dompet ‘kering’ selepas raya? Ini cara kembali kawal kewangan

    March 23, 2026

    Pantau glukosa walaupun ketika beraya

    March 23, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.