Facebook Twitter
    Trending
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Seberapa pentingkah untuk mengemas kini profil LinkedIn?

    Seberapa pentingkah untuk mengemas kini profil LinkedIn?

    By Umi FatehahJuly 29, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    LinkedIn adalah penting, namun kepentingan profil LinkedIn bukan sekadar mendaftar untuk wujudkan akaun dan biarkan ia berhabuk tak disentuh. - GAMBAR HIASAN BASTIAN RICCARDI/UNSPLASH

    SEBAGAI seorang profesional, anda mungkin sedia maklum tentang kepentingan mengemas kini resume dengan kerap meskipun tidak mencari kerja baharu.

    Tidak kira apa profesion atau tahap kerjaya, memastikan resume sentiasa dikemas kini dengan maklumat terkini adalah sangat penting, terutamanya dalam pasaran kerja yang ada pasang surutnya.

    Tetapi bagaimana pula dengan profil LinkedIn? Adakah ia sama penting?

    LinkedIn adalah penting, namun kepentingan profil LinkedIn bukan sekadar mendaftar untuk wujudkan akaun dan biarkan ia berhabuk tak disentuh. Sama ada anda mahu mencari pekerjaan lain atau tidak, profil LinkedIn juga perlu dikemas kini.

    Menurut statistik Linkedin, terdapat lebih 738 juta ahli, 55 juta syarikat dan lebih daripada 14 juta siaran kerja terbuka dalam laman web itu setiap hari.

    Berikut ialah lima sebab mengapa anda perlu memastikan profil LinkedIn dikemas kini pada setiap masa.

    1. LinkedIn ialah alat rangkaian yang berharga

    Mungkin sudah berkali-kali anda dengar atau baca tentang kepentingan rangkaian untuk mengembangkan kerjaya profesional. 

    Kuasa rangkaian melangkaui pencarian pekerjaan. Ya, mengetahui orang yang tepat boleh membantu mendapatkan pekerjaan impian yang seterusnya.  

    Fikirkan tentang semua orang yang berada dalam jawatan atau bidang seperti yang anda mahukan. Ambil inisiatif untuk berhubung dengan mereka. Anda mungkin kagum dengan apa yang anda boleh pelajari daripada golongan profesional ini. 

    Walaupun tidak menghantar mesej secara langsung, dengan berhubung (connect), anda akan melihat siaran mereka dan boleh belajar daripada kepakaran yang dikongsi.

    Rangkaian ialah blok binaan penting untuk kerjaya. Untuk pengambilan kerja sehingga pembangunan kerjaya,  ini adalah antara perkara paling penting yang boleh dilakukan untuk memastikan kerjaya anda bergerak ke arah yang betul. 

    1. Memastikan jenama peribadi anda sentiasa digilap

    Sekiranya mempunyai impian untuk mendapat perhatian dalam dunia profesional, pastikan jenama peribadi (personal branding) anda kukuh. 

    Selain media sosial, LinkedIn juga merupakan platform terbaik untuk anda mantapkan jenama peribadi. 

    Berikut ialah beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan jenama peribadi di Linkedin:

    • Fikirkan dengan teliti tentang gambar profil anda. Adakah ia mewakili diri sendiri seperti yang anda mahu dilihat? Pastikan ia gambar yang profesional.
    • Terbitkan artikel di Linkedin. Anda boleh kongsikan artikel daripada laman web sendiri (jika ada) atau menulis artikel, kandungan atau siaran untuk bacaan pengguna LinkedIn.
    • Sertai (dan aktif) dalam kumpulan yang berkaitan dengan kerjaya profesional anda.
    • Libatkan diri dengan siaran orang lain melalui komen atau tanda suka. Pastikan komen anda positif dan profesional.
    1. Memastikan anda mudah dicari dan mesra Google

    Google dan Linkedin bergerak secara berpasangan. Jika bakal majikan memutuskan untuk mencari nama anda di Google, profil Linkedin akan menjadi salah satu penyenaraian pertama yang muncul. 

    Oleh itu, penting untuk anda mewujudkan tanggapan awal (first impression) yang mantap melalui profil LinkedIn.

    Sekali sekala, cuba lakukan eksperimen. Guna pakai mod inkognito dan cari nama anda di Google. Jika profil Linkedin tidak dipaparkan, anda mungkin mahu melaraskan tetapan untuk membolehkan Google mengaksesnya bagi paparan umum. 

    Anda sudah bekerja keras untuk menyerlahkan profil LinkedIn, pastikan ia muncul apabila ada dicari orang!

    1. Jual kemahiran

    Anda mungkin sudah tahu bahawa Linkedin mempunyai ciri senarai kemahiran untuk ditambahkan pada profil. Tetapi, adakah anda menggunakan ciri ini sebaiknya?

    Anda boleh menambah sehingga 50 kemahiran. Itu mungkin kelihatan seperti banyak tetapi jangan ambil mudah. Kebanyakan majikan atau syarikat akan menilai ciri bakal pekerjanya melalui kemahiran yang dipaparkan.

    Sama seperti resume, anda juga perlu menjual kemahiran di LinkedIn. Cara terbaik untuk menjual kemahiran yang anda ada ialah senaraikan segala kemahiran bersesuaian dengan kerjaya impian. Dengan cara ini, amat mustahil untuk majikan atau syarikat terlepas pandang profil anda.

    Apabila ia berkaitan dengan pertumbuhan kerjaya, LinkedIn ialah platform yang sangat berguna. Ia berfungsi sebagai resume, cover letter, rujukan dan laman web penjenamaan peribadi. 

    Apabila kerjaya anda berubah dan berkembang, profil Linkedin juga harus dikemas kini. Mengemas kini profil Linkedin akan memudahkan urusan anda mencari kerja baharu atau kekal relevan dalam pasaran. – RELEVAN

    Previous ArticlePerjalanan mencari disiplin diri
    Next Article Benci bos sendiri? Ini apa yang anda perlu lakukan

    Artikel berkaitan

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.