Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Telinga selalu berdesing? Ia mungkin menjadi petanda masalah kesihatan

    Telinga selalu berdesing? Ia mungkin menjadi petanda masalah kesihatan

    By Umi FatehahSeptember 15, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Telinga selalu berdesing? Ia mungkin menjadi petanda masalah kesihatan. - GAMBAR HIASAN ANDREA PIACQUARDIO/PEXELS

    PERNAHKAH telinga anda tiba-tiba sahaja berdesing? Keadaan ini dinamakan sebagai tinitus dan ia mungkin menjadi petanda kepada masalah kesihatan yang lain.

    Tinitus biasanya digambarkan sebagai bunyi berdesing. Tetapi, sesetengah orang mendengar jenis bunyi lain seperti berdengung. 

    Namun, usah risau kerana telinga berdesing ini perkara biasa. Kajian menganggarkan kira-kira 10 hingga 25 peratus orang dewasa mengalaminya. Kanak-kanak juga boleh mengalami tinitus. 

    Bagi kanak-kanak dan orang dewasa, tinitus mungkin bertambah baik atau hilang dari semasa ke semasa. Tetapi dalam beberapa kes, ia bertambah teruk seiring dengan tempoh dan kekerapan mengalami telinga berdesing. 

    Apabila tinitus berlangsung selama tiga bulan atau lebih lama, ia dianggap kronik.

    Tinitus juga jarang dikaitkan dengan masalah perubatan yang serius dan biasanya tidak cukup teruk untuk mengganggu kehidupan seharian. Walau bagaimanapun, sesetengah orang mendapati bahawa ia menjejaskan mood mereka dan keupayaan mereka untuk tidur atau menumpukan perhatian. 

    Dalam kes yang teruk, tinitus boleh menyebabkan kebimbangan atau kemurungan.

    Setakat ini, tiada penawar untuk tinitus tetapi terdapat cara untuk mengurangkan gejala. Pendekatan biasa termasuk penggunaan peranti terapi bunyi (termasuk alat bantu pendengaran), terapi tingkah laku dan ubat-ubatan.

    Punca

    Walaupun punca sebenar tinitus masih belum jelas, ia telah dikaitkan dengan perkara-perkara berikut:

    • Pendedahan kepada bunyi

    Ramai orang mengalami tinitus selepas terdedah kepada bunyi yang kuat dalam persekitaran tempat kerja atau di acara sukan dan konsert. 

    Tinitus juga sering dialami dalam kalangan veteran tentera kerana bunyi kuat yang mungkin mereka alami akibat tembakan, jentera, letupan bom atau sumber lain.

    • Kehilangan pendengaran

    Kehilangan pendengaran yang dimaksudkan ialah disebabkan oleh faktor seperti penuaan atau pendedahan kepada bunyi yang kuat. Ada juga sesetengah orang yang mengalami kehilangan pendengaran, tetapi tidak pernah mengalami tinitus.

    • Ubat-ubatan

    Tinitus boleh menjadi kesan sampingan mengambil ubat tertentu, terutamanya jika ia diambil pada dos yang tinggi. Ubat-ubatan yang dikaitkan dengan tinitus termasuk ubat antiradang tanpa steroid. Contohnya, ibuprofen, naproxen, dan aspirin. 

    Pengambilan jenis antibiotik tertentu, ubat antikanser, ubat antimalaria dan antidepresan juga boleh menjadi penyebab tinitus berlaku.

    • Tahi telinga atau jangkitan telinga

    Saluran telinga tersumbat disebabkan tahi telinga yang banyak atau cecair daripada jangkitan telinga boleh mencetuskan tinitus.

    • Kecederaan kepala atau leher

    Kecederaan kepala atau leher boleh merosakkan struktur telinga atau saraf yang membawa isyarat bunyi kepada otak atau kawasan otak yang memproses bunyi. Oleh itu, ia akan menyebabkan tinitus.

    Satu lagi fakta menarik berkaitan tinitus ialah ada kalanya jika kita berada dalam ruang atau bilik yang sangat sunyi atau duduk dalam kereta selepas enjin dimatikan juga telinga akan berdesing, bukan? Ini disebabkan oleh otak anda sedang cuba menggantikan bunyi yang hilang (kerana terlalu sunyi). 

    Pakar otak percaya bahawa disebabkan otak terbiasa digunakan untuk menerima isyarat deria pendengaran. Apabila isyarat berhenti, otak mula bekerja dan menjana isyarat sendiri dan memproses apa sahaja bunyi yang dikeluarkan oleh pergerakan tangan. – RELEVAN

    Previous ArticleHampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat
    Next Article Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.