Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 6 soalan yang mungkin ditanya dalam temu duga kerja

    6 soalan yang mungkin ditanya dalam temu duga kerja

    By Umi FatehahMarch 20, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    6 soalan yang mungkin ditanya dalam temu duga kerja. - GAMBAR HIASAN MAGNET ME/UNSPLASH

    ANDA menerima tawaran untuk hadir ke temu duga kerja? Tahniah kerana ini bermaksud anda telah disenarai pendek untuk peranan tersebut. 

    Walau bagaimanapun, temu duga boleh menjadi satu proses yang mendebarkan. Ia bukan sahaja memerlukan calon berfikir secara bebas, malah calon berdepan tekanan untuk membentuk tanggapan yang positif terhadap diri.

    Dengan itu, lebih baik anda lakukan beberapa persediaan dengan menjangkakan soalan yang akan ditanya dan bersedia dengan jawapan. Berikut ialah enam soalan yang mungkin ditanya dalam temu duga.

    1. “Ceritakan serba sedikit tentang diri anda”

    Temu duga selalunya akan bermula dengan soalan berkaitan latar belakang dan minat anda jawatan tersebut. Ini mungkin termasuk soalan seperti “apakah yang mendorong anda untuk memohon jawatan ini?” atau “ceritakan pelan jangka panjang untuk kerjaya anda”.

    Untuk soalan sebegini, jawapan yang meyakinkan akan menyerlahkan lagi kemahiran yang berkaitan untuk peranan tersebut. Pengalaman profesional tidak bermakna anda perlu mempunyai sejarah pekerjaan dalam bidang yang sama. 

    Contohnya, jika anda memohon kerja khidmat pelanggan, sebutkan kaedah komunikasi dan penyelesaian masalah yang digunakan ketika menyelesaikan tugasan terdahulu sebagai pelajar atau dalam pekerjaan sebelumnya. 

    1. “Apakah kaedah penyelesaian masalah yang anda lakukan?”

    Soalan tingkah laku seperti ini memerlukan calon memberi contoh tindakan lepas yang mereka ambil untuk menyelesaikan masalah. Contohnya “ceritakan apakah tindakan anda ketika menerima aduan daripada pelanggan dan apakah hasilnya?”

    Objektif soalan ini adalah untuk meramal bagaimana calon akan berkelakuan sekiranya diletakkan dalam situasi yang sama.

    Sekiranya tidak mempunyai pengalaman yang berkaitan untuk soalan ini, terangkan bahawa anda tidak dapat fikirkan contoh spesifik. Tetapi, cuba terangkan bagaimana anda akan menangani situasi tersebut secara umum.

    1. “Apakah kelemahan anda?”

    Untuk soalan ini, Relevan telah kongsikan satu artikel khas bagi membantu para pencari kerja sekalian. Anda boleh klik pautan di bawah untuk pembacaan penuh.

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 jawapan ‘selamat’ untuk cerita kelemahan diri ketika temu duga

    Secara ringkasnya, cara untuk menjawab soalan ini adalah dengan menceritakan kelemahan dari segi profesional. 

    Sebagai contoh, anda kurang berkeyakinan untuk bercakap di hadapan khalayak ramai. Anda juga sedar bahawa kemahiran ini sangat diperlukan sekiranya anda mahu menggalas jawatan yang lebih besar sebagai pengurus. 

    Jadi, terangkan bahawa anda mempunyai keinginan untuk melatih diri agar lebih berani bercakap di hadapan orang ramai. 

    Dengan menyatakan kesediaan untuk melakukan penambahbaikan dan sedia mempelajari ilmu baharu, anda akan meninggalkan kesan yang positif berbanding sekadar menyenaraikan kelemahan diri.

    1. “Berapakah jangkaan gaji anda?”

    Kebiasaannya, rundingan gaji akan berlaku selepas anda diterima bekerja secara rasmi. Tetapi, kadangkala topik itu akan muncul juga semasa temu duga.

    Sebelum menyatakan jangkaan gaji, anda perlu tahu berapakah gaji dan faedah yang ditawarkan oleh syarikat untuk peranan tersebut. Sekiranya gaji tidak disenaraikan dalam iklan kerja, tanyakan kepada penemu duga berapakah julat gaji untuk jawatan tersebut.

    Menjelang temu duga juga, lakukan penyelidikan berapakah gaji yang ditawarkan bagi jawatan tersebut di pasaran. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Iklan kerja menarik tetapi tidak paparkan gaji, apa kita patut buat?

    Anda juga dinasihatkan untuk berhati-hati sebelum mendedahkan gaji semasa anda. Maklumat ini boleh memberikan garis dasar yang boleh menyukarkan anda untuk merunding gaji yang lebih tinggi. 

    Sekiranya soalan ini ditanya, anda boleh menolak untuk menjawab dan menyatakan bahawa maklumat berkaitan gaji adalah sulit antara anda dengan majikan semasa.

    ARTIKEL BERKAITAN: Cara untuk jawab soalan berapakah jangkaan gaji anda

    1. Soalan yang tidak wajar dan tidak berkaitan

    Sesetengah majikan mungkin bertanya soalan yang tidak sesuai atau menyalahi undang-undang. Ini mungkin berkaitan dengan status perhubungan, tanggungjawab penjaga, perancangan zaman kanak-kanak, kesihatan fizikal atau mental, latar belakang budaya atau etnik dan aktiviti kesatuan.

    Jika ditanya soalan yang tidak sesuai, anda boleh bertanya dengan sopan kepada penemu duga, bagaimana maklumat tersebut relevan dengan keupayaan untuk melaksanakan tugas bagi jawatan tersebut?

    1. “Anda ada apa-apa soalan yang ingin ditanyakan?”

    Selalunya, penemu duga akan memberi ruang kepada calon untuk bertanya soalan. Soalan yang anda tanya itu juga boleh meninggalkan impak yang positif.

    Anda boleh bertanya sebarang aspek pekerjaan yang kurang jelas seperti waktu bekerja. Anda juga boleh melakukan penyelidikan tentang organisasi dan bertanya beberapa soalan yang lebih khusus tentang pelanggan, projek atau rancangan jangka panjang syarikat.

    Di luar keperluan khusus peranan, topik yang baik untuk ditanya adalah tentang budaya pasukan dan organisasi. Sebagai contoh, anda boleh bertanya, apakah rutin staf dalam sehari?

    Pada akhir temu duga, tidak ada salahnya untuk bertanya bilakah anda akan mendapat jawapan sama ada diterima bekerja atau tidak.

    Jangan takut untuk bertanya. Dalam sesi temu duga, bukan majikan sahaja yang menilai anda, anda juga menilai syarikat, sama ada ia sesuai atau tidak dengan rancangan kerjaya. – RELEVAN

    calon featured gaji kerja kerjaya majikan soalan temu duga
    Artikel Terkini

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.