PLATFORM pekerjaan terkemuka di Malaysia JobStreet by SEEK dengan kerjasama AIC Exhibitions Sdn. Bhd., bakal menganjurkan Pameran Kerjaya & Latihan Malaysia (MCTF) 2023 buat kali kedua pada 9 dan 10 September 2023 di Pusat Pameran Mid Valley (MVEC), Kuala Lumpur.
MCTF bertujuan untuk membolehkan pencari kerja berhubung dengan lebih baik bersama syarikat bagi peluang pekerjaan yang lebih cerah. Lebih 130 syarikat terkemuka dengan 10,000 peluang pekerjaan dibuka pada pameran kerjaya terbesar itu.
Pemburu kerja boleh berhubung dengan majikan daripada syarikat terkemuka termasuk Shell, Prudential, Agoda, Touch ‘n Go, CIMB, Hartalega dan banyak lagi.
Pameran ini turut menyediakan ceramah berkaitan kerjaya di mana pakar daripada Bank Negara Malaysia, Great Eastern, Microsoft, CIMB, H&M dan lain-lain akan mengupas aliran pengambilan pekerja terkini.
Mereka juga akan mengajar orang ramai bagaimana untuk berjaya dalam temu duga kerja, bagaimana untuk mengenal pasti tanda amaran dalam sesuatu pekerjaan dan perkongsian tentang cara untuk berunding gaji.
Selain bertemu dengan bakal majikan, peserta MCTF boleh mendapatkan konsultasi untuk membantu meningkatkan kerjaya serta mendapat akses kepada program pemahiran semula kemahiran dan peningkatan kemahiran (reskilling and upskilling) melalui seekMAX di Gerai JobStreet Malaysia.
Peserta yang melakukan pradaftar sebelum 9 September layak menebus kredit di Touch n’ Go dan sertai cabutan bertuah dengan hadiah bernilai RM10,000. Antara hadiah yang ditawarkan ialah Playstation 5, televisyen 40-inci, Apple Watch SE, Headset Steelseries dan lain-lain.
Butiran lanjut MCTF seperti berikut:
- Tarikh: 9 – 10 September 2023
- Masa: 10:00 pagi hingga 7:00 petang
- Tempat: Pusat Pameran Mid Valley, Tingkat Tiga, Mid Valley Megamall KL
Untuk maklumat lanjut atau pra-pendaftaran, rujuk di pautan ini.
Terdahulu, MCTF telah menganjurkan pameran ini buat pertama kalinya untuk tahun ini pada Februari lalu. MCTF 2022 telah menerima lebih daripada 40,000 peserta dan dijangka akan jumlahnya akan meningkat dengan ketara. – RELEVAN