Facebook Twitter
    Trending
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 tanda pemanipulasian gaslight di tempat kerja

    5 tanda pemanipulasian gaslight di tempat kerja

    By Umi FatehahOctober 5, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    5 tanda pemanipulasian gaslight di tempat kerja. - GAMBAR HIASAN YAN KRUKAU/PEXELS

    KONFLIK di pejabat boleh menyebabkan kita terasa agak mencabar untuk menumpukan perhatian bagi menghasilkan kerja yang berkualiti dan memenuhi jangkaan majikan.

    Ia menjadi lebih mencabar apabila konflik yang berlaku dalam bentuk gaslighting, sejenis manipulasi yang disasarkan yang melibatkan pekerja menjadi mangsa meragui realiti atau keupayaan mereka sendiri untuk melaksanakan tanggungjawab dengan baik. 

    Manipulasi jenis ini selalunya bermula dengan pengurus atau rakan sekerja yang memburukkan prestasi rakan sekerja (mangsa) dalam pelbagai cara dan aspek.

    Tetapi, manipulasi yang dilakukan dalam jangka masa panjang ini selalunya tercetus apabila pekerja yang menjadi mangsa dipersoalkan keupayaan dan kemahiran mereka untuk memenuhi jangkaan bos.

    Dalam artikel ini, Relevan perincikan lima tanda pemanipulasian gaslighting di pejabat agar anda boleh berjaga-jaga dan rangka apa tindakan yang patut diambil.

    1. Keciciran maklumat

    Apabila pengurus atau rakan sekerja sengaja terlupa atau meninggalkan isi penting dengan niat untuk menggagalkan mangsa, ia mungkin tanda manipulasi gaslighting.

    Tanpa pengetahuan lengkap tentang perkara utama seperti mesyuarat atau tarikh akhir, anda mungkin mendapati sukar untuk memenuhi jangkaan dan menyalahkan diri sendiri kerana berprestasi rendah. Walhal, situasi yang sebenarnya ialah ada pihak yang cuba mengkhianati anda. 

    Apabila tingkah laku sedemikian berlaku, anda perlu mengenal pasti apakah maklumat yang sengaja tidak diberitahu dan mula cari mana-mana sumber tambahan untuk mendapatkan maklumat lengkap.

    1. Naratif prestasi negatif

    Pemanipulasian di pejabat boleh berlaku melalui penanaman naratif prestasi negatif. Perkara ini membawa maksud, rakan sekerja atau pengurus mungkin dengan sengaja memperlekehkan prestasi, kemahiran, kebolehan atau profesionalisme mangsa, walaupun mereka sebenarnya pekerja yang berprestasi tinggi dan produktif.

    Lazimnya, naratif ini terbentuk melalui pandangan peribadi dan berat sebelah pelaku dan mangsa boleh menyokong diri mereka sendiri dengan mempertikaikan tuntutan dengan data kukuh. Cuba beranikan diri untuk melindungi diri sendiri daripada diperlekehkan.

    1. Jangkaan tidak tetap

    Dalam persekitaran profesional, penting bagi pengurus untuk menjelaskan jangkaan supaya pekerja memahami peranan mereka dan boleh mencapai objektif dengan sewajarnya. 

    Namun, jika jangkaan pengurus anda sentiasa berubah-ubah tanpa diberitahu, anda mungkin mendapati sukar untuk memenuhi jangkaan mereka. 

    Anda boleh mengatasi manipulasi ini dengan melakukan komunikasi yang berkesan dengan pengurus dan sentiasa bertanya bagi memastikan setiap jangkaan mereka dapat dipenuhi.

    1. Tidak mengiktiraf perasaan berkaitan kerja

    Manipulasi jenis gaslighting di pejabat kerap berlaku melalui tidak mengiktiraf kerja, beban dan perasaan pekerja. 

    Sebagai contoh, jika anda berkomunikasi dengan pengurus anda tentang ketidakpastian berkaitan jangkaan majikan dan respon mereka ialah bersikap defensif. Mereka juga mencabar perspektif anda, membuatkan berasa tidak selesa untuk membangkitkan isu tersebut. Interaksi sebegini boleh menyebabkan anda tidak mempercayai dan merosakkan emosi anda.

    Dalam situasi sebegini, sekiranya ada yang membela anda ia akan membantu menghalang daripada pemanipulasian ini terus berlaku.

    1. Tidak mendengar apa yang anda perlu katakan

    Manipulasi boleh berlaku apabila rakan sekerja atau pengurus secara selektif mendengar dan mengabaikan maklumat yang anda berikan dalam perbualan biasa bersama. 

    Tingkah laku ini boleh menyebabkan anda meneka keupayaan anda untuk berkomunikasi atau mengingati perbualan dengan tepat. Membuat nota dalam mesyuarat atau berkomunikasi dengan rakan sekerja anda melalui penulisan boleh membolehkan membuktikan bahawa anda tidak salah faham atau tercicir apa-apa maklumat. – RELEVAN

     

    Previous ArticleCerita dua toko kecil di tengah bandar besar
    Next Article Gunung garam buatan terbesar di dunia

    Artikel berkaitan

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.