Facebook Twitter
    Trending
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » TYMBA persiapkan akauntan muda dan tawaran biasiswa

    TYMBA persiapkan akauntan muda dan tawaran biasiswa

    By December 13, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SEJAK 2021 TYMBA telah melaksanakan NAQC dan memberi inspirasi kepada lebih ramai golongan muda untuk meneruskan perakaunan sebagai kerjaya.

    PELAJAR tingkatan 4 dan 5, khususnya Bumiputera berpeluang mengikuti pembelajaran bersama TYMBA yang merangkumi Cabaran Kuiz Perakaunan Kebangsaan-nya (NAQC).

    Pusat Kecemerlangan Perakaunan Profesional Global itu memberi peluang kepada para pelajar untuk mempamerkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan perakaunan serta berpeluang memenangi biasiswa perakaunan yang eksklusif.

    NAQC amat diperlukan memandangkan tekanan kawal selia yang kian meningkat dan masalah pengambilan pekerja telah mengakibatkan kekurangan akauntan profesional dalam negara.

    Sejajar dengan objektif Ekonomi MADANI untuk memacu negara ke arah status berpendapatan tinggi, inisiatif ini memainkan peranan penting dalam mencapai sasaran 60,000 Akauntan Bertauliah menjelang 2030 memandangkan ekonomi Malaysia memerlukan lebih ramai akauntan bertauliah untuk memperkukuh dan meperniagaan ke arah ekonomi yang mampan.

    Sehubungan itu, sejak 2021, TYMBA telah melaksanakan NAQC dan memberi inspirasi kepada lebih ramai golongan muda untuk meneruskan perakaunan sebagai kerjaya.

    Contohnya, dalam siri NAQC 22/23, 12 pemenang daripada 100 peserta teratas telah dipilih untuk menerima biasiswa daripada Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) dan Malaysia Professional Accountancy Centre (MyPAC).

    Setiap biasiswa itu bernilai RM150,000 dengan jumlah nilai terkumpul mencecah RM1.8 juta bagi menggalakkan mereka mengorak langkah pertama dalam profesion perakaunan dengan lancar.

    Menurut Pengasas TYMBA Education Group, Airil Razali, Malaysia mempunyai ramai bakat besar dalam bidang perakaunan dan pihaknya hanya menyediakan laluan kerjaya yang lebih jelas

    “Ketika mengikuti NAQC, peserta perlu menjawab 40 soalan perakaunan aneka pilihan dalam masa satu jam dengan setepat mungkin.

    “Soalan-soalan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu merangkumi beberapa soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang disediakan oleh Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) dan Institut Akauntan Bertauliah di England dan Wales (ICAEW) bagi menilai kecenderungan peserta terhadap kemahiran perakaunan profesional dengan lebih tepat,” katanya.

    Selepas pusingan kuiz, peserta juga akan mengambil bahagian dalam satu sesi perkongsian yang dibimbing oleh organisasi-organisasi perakaunan termasuk ACCA dan ICAEW.

    Para peserta juga akan bertanding untuk kedudukan 10 teratas yang akan memenangi hadiah termasuk buku Accounts for SPM oleh tutor perakaunan yang tersohor, Omar Faayiz dan sijil peringkat kebangsaan.

    Mereka juga akan ditawarkan biasiswa bersyarat yang bernilai RM 150,000 untuk program perakaunan kolaboratif bersama TYMBA dan penyedia biasiswanya, MyPAC dan Yayasan Peneraju.

    Selain itu, tiga pemenang teratas juga akan menerima hadiah wang tunai sehingga RM500 sebagai tambahan kepada hadiah yang dinyatakan di atas.

    Buat julung-julung kalinya, NAQC pada kali ini tampil berbeza dengan kuiz pusingan kedua dalam format bersemuka bersama 100 peserta teratas daripada setiap kumpulan tingkatan dengan 10 soalan aneka pilihan dan satu soalan aneka tugasan. – RELEVAN

    akauntan cabaran featured
    Artikel Terkini

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.