Facebook Twitter
    Trending
    • MIASA memperkenalkan nombor talian baharu, inisiatif bantuan kesihatan mental lebih proaktif
    • 10 buku yang saya beli di PBAKL 2023
    • Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini
    • Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman
    • Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC
    • Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan
    • Mengapa pasangan pembawa talasemia tidak dinasihatkan untuk berkahwin?
    • Apa itu talasemia dan jenis-jenisnya
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      MIASA memperkenalkan nombor talian baharu, inisiatif bantuan kesihatan mental lebih proaktif

      June 1, 2023

      Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini

      May 31, 2023

      Mengapa pasangan pembawa talasemia tidak dinasihatkan untuk berkahwin?

      May 29, 2023

      Apa itu talasemia dan jenis-jenisnya

      May 29, 2023

      Tidur tak menentu tingkatkan risiko mati dalam 7 tahun

      May 25, 2023
    • Kewangan

      6 helah kewangan untuk bina simpanan yang kukuh

      May 24, 2023

      90% harga barang makanan naik, inflasi 2022 meningkat kepada 3.3%

      May 17, 2023

      9 sebab ekonomi Malaysia berkembang positif pada suku pertama 2023

      May 15, 2023

      5 aktiviti menarik untuk mengajar anak ilmu kewangan

      May 10, 2023

      Membeli rumah seperti memilih bini; perlu tetap hati

      May 4, 2023
    • Pendidikan

      10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

      May 31, 2023

      Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan

      May 30, 2023

      Waspada ular masuk rumah ketika cuaca panas, lakukan beberapa langkah pencegahan ini

      May 26, 2023

      Mengingati gelora 1967: Api dan air mata pejuang kedaulatan bahasa Melayu

      May 23, 2023

      Adakah permainan dalam talian Roblox selamat untuk kanak-kanak?

      May 22, 2023
    • Kerjaya

      Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman

      May 31, 2023

      Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC

      May 30, 2023

      5 sebab kukuh untuk menceburi bidang keselamatan siber

      May 25, 2023

      5 rancangan perubatan sesuai menjadi tontonan bakal doktor

      May 24, 2023

      Teroka Kerjaya: Tip dan cara menjadi kru teknikal pemuzik

      May 19, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Varian Omicron BA.5 boleh jangkiti semula bekas pesakit, Malaysia berdepan gelombang baharu

    Varian Omicron BA.5 boleh jangkiti semula bekas pesakit, Malaysia berdepan gelombang baharu

    By Zubaidah IbrahimJuly 11, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    KEMENTERIAN Kesihatan baru-baru ini mengumumkan peningkatan kes sebanyak 31 peratus di seluruh negara bermula 3 hingga 7 Julai 2022. Walaupun perkara ini sudah dijangka, setiap lonjakan kes perlu diambil perhatian serius kerana berpotensi menyebabkan peningkatan jumlah pesakit dan kematian.

    Menurut Pakar Kimia Perubatan, Jabatan Kimia, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia, Prof. Madya Dr. Bimo Ario Tejo, varian Omicron BA.5 dijangka menjadi varian penyebab gelombang baharu yang juga sedang dihadapi oleh beberapa negara di rantau Eropah dan Asia, termasuk negara jiran seperti Indonesia dan Singapura.

    “Varian ini lebih mudah merebak berbanding varian Omicron BA.1 dan BA.2 yang menyebabkan lonjakan kes di seluruh dunia pada awal tahun ini.

    “Varian Omicron BA.5 juga lebih berpotensi menjangkiti semula bekas pesakit yang pernah dijangkiti varian sebelumnya. Kebolehjangkitan semula varian Omicron BA.5 disebabkan kemampuan varian ini menghindarkan antibodi yang terhasil daripada jangkitan varian sebelumnya,” katanya.

    Tambah beliau, walaupun bilangan kes meningkat, tiada lonjakan kematian dilaporkan di negara-negara yang sedang berdepan dengan gelombang varian Omicron BA.5. Kekebalan yang diperolehi daripada vaksinasi atau jangkitan semula jadi masih berkesan mengurangi risiko gejala teruk dan kematian. 

    Prasesh Shiwakoti (Lomash)-Unplash

    Sejarah pandemik flu Rusia

    Selain itu, kita perlu memahami bahawa fenomena jangkitan semula adalah hal yang biasa dijumpai pada koronavirus. Contohnya, varian Omicron BA.1 yang menjadi punca gelombang besar di awal tahun 2022 didapati menjangkiti semula bekas pesakit Covid-19 varian Beta dan Delta, tetapi tidak menyebabkan lonjakan kematian.

    “Untuk memahami karakter jangkitan semula koronavirus, kita perlu melihat sejarah pandemik flu Rusia pada tahun 1889 yang berpunca daripada koronavirus jenis OC43.

    “Pandemik flu Rusia menyebabkan empat gelombang kematian dari tahun 1889 hingga 1894. Seramai satu juta nyawa terkorban terutamanya di Rusia, Amerika Syarikat dan Eropah. Bilangan kematian menurun ketika majoriti telah terjangkiti dan memiliki kekebalan terhadap koronavirus OC43.

    “Selepas pandemik flu Rusia berakhir, virus ini tidak lenyap. Koronavirus OC43 masih menyebabkan jangkitan semula dan lonjakan kes setiap tahun hingga sekarang. Tetapi, gejalanya tidak teruk dan risiko kematian lebih rendah. Pada masa ini koronavirus OC43 telah menjadi endemik dan gejalanya dikenali sebagai selesema,” jelasnya.

    Sehubungan itu, Covid-19 dijangka akan mengikuti model endemik seperti koronavirus OC43. Bermakna kita akan terbiasa dengan jangkitan semula dan gelombang baharu dari masa ke semasa. Yang penting ialah risiko gejala teruk dan kematian berkurangan seiring dengan bertambahnya kekebalan komuniti.

    Bimo berkata, dengan pencapaian peratusan vaksinasi lengkap 98 peratus dan dos penggalak 68 peratus kepada penduduk dewasa, Malaysia diharapkan mampu mendepani gelombang baharu kali ini tanpa diikuti lonjakan drastik kemasukan pesakit ke hospital dan kematian.

    Pesakit komorbid

    Walau bagaimanapun, warga emas dan pesakit komorbid masih berdepan risiko kematian disebabkan tindak balas kekebalan mereka yang lemah. Oleh sebab itu, dos penggalak kedua perlu diberikan kepada mereka yang memiliki kekebalan lemah disebabkan faktor umur dan penyakit yang mereka deritai.

    Foto: Georg Arthur Pflueger-Unsplash

    “Kawalan pergerakan tidak perlu dilaksanakan kembali. Tetapi, kerajaan perlu mempertimbangkan untuk mewajibkan kembali pemakaian pelitup muka di tempat terbuka sehingga lonjakan kes reda. Kebiasaan rakyat Malaysia yang menempatkan warga emas tinggal bersama anak dan cucu mendedahkan kumpulan rentan ini kepada jangkitan virus daripada ahli keluarga yang beraktiviti di luar rumah.

    “Pemakaian pelitup muka di tempat terbuka mengurangkan risiko ahli keluarga membawa virus dari luar rumah dan menjangkiti warga emas yang tinggal bersama. Selain dos penggalak kedua dan pemakaian pelitup muka, bekalan ubat antivirus molnupiravir (Lagevrio) dan nirmatrelvir (Paxlovid) perlu ditingkatkan untuk merawat pesakit kumpulan rentan yang bergejala ringan.

    “Ketiga strategi tersebut bersifat jangka pendek untuk mendepani gelombang baharu pada masa ini. Kerajaan perlu memikirkan strategi jangka panjang mendepani gelombang-gelombang selanjutnya. Virus terus bermutasi dan varian baharu akan terus muncul. Usaha pembuatan vaksin yang berkesan untuk kesemua varian perlu dimulakan,”sarannya

    Vaksin pan-koronavirus yang memberi kekebalan terhadap semua varian boleh direka dengan mengambil kira jujukan kesemua virus dalam kumpulan koronavirus beta. Vaksin semburan hidung (intranasal) pula menunjukkan keberkesanan pencegahan jangkitan lebih baik berbanding vaksin yang diberikan melalui suntikan.

    Ulas beliau lagi, Institut Genom dan Vaksin Malaysia perlu diberi mandat untuk mengusahakan pembuatan vaksin Covid-19 baharu. Usaha penemuan ubat antivirus juga perlu diperhebat. Malaysia tidak boleh hanya bergantung kepada dua jenis ubat antivirus sedia ada yang diimport dari luar negara.

    Kita perlu mengambil iktibar daripada pandemik Covid-19. Negara-negara maju pengeluar vaksin dan ubat mengutamakan kepentingan mereka sendiri sebelum membantu negara-negara miskin dan membangun. Kemampuan untuk menghasilkan vaksin serta ubat sendiri adalah modal yang kukuh untuk mendepani cabaran gelombang baharu di masa hadapan.-RELEVAN

    covid-19 featured gelombang baharu vaksin
    Artikel Terkini

    MIASA memperkenalkan nombor talian baharu, inisiatif bantuan kesihatan mental lebih proaktif

    June 1, 2023

    10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

    May 31, 2023

    Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini

    May 31, 2023

    Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman

    May 31, 2023

    Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC

    May 30, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.