Facebook Twitter
    Trending
    • Apa punca manusia tersedu?
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa punca manusia tersedu?

      August 6, 2026

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Palestin: 4 pengajaran dari tahun pergolakan

    Palestin: 4 pengajaran dari tahun pergolakan

    By KU SYAFIQ KU FOZIDecember 19, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KECEKALAN warga Palestin dikagumi di seluruh dunia. - GAMBAR HIASAN/AFP

    TAHUN ini bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Memandang ke belakang, 2023 adalah lebih normal berbanding tahun-tahun sebelumnya.

    Jika dibanding dengan tahun-tahun yang didominasi kisah kematian akibat Covid-19 atau sekatan pergerakan disebabkan virus sama, 2023 lebih damai dan tenang.

    Sehinggalah kita bertemu Oktober 2023. 

    Dunia kembali menjadi huru-hara. Berita-berita kematian kembali berkumandang dan pada satu sudut dunia, ada warga yang disekat pergerakan serta kehidupannya.

    Cuma kali ini, bukan sebab  virus. Mereka mati dan terkurung kerana kejahatan makhluk bernama manusia.

    Seperti beberapa artikel yang telah dihasilkan, Relevan meletakkan pembantaian warga Palestin di Gaza dan Tebing Barat oleh Israel sebagai tumpuan utama segmen pendidikan pada 2023.

    Sehingga Disember, dianggarkan 18,000 warga Palestin telah terkorban dek kekejaman Israel. 

    Krisis itu mengajar kita banyak hal: tentang kemanusiaan, tentang ketidakmanusiaan.

    • Kejahatan Israel

    Kita sudah lama tahu tentang kejahatan Israel tetapi perang yang berlaku tahun ini membuktikan yang sikap dan sifat jahat mereka tidak boleh dihentikan.

    Bukan sahaja pasukan tenteranya melaksanakan pembunuhan besar-besaran di Palestin, malah warganya mengejek-ejek kesengsaraan penduduk Gaza.

    Pemimpinnya menyamakan warga Palestin dengan binatang. Untuk menghalalkan penghapusan bangsa, mereka memetik kitab agama.

    Kita sudah tahu yang Israel itu jahat tetapi tahun ini, kita sedar yang Israel sangat jahat, malah sukar dihentikan kejahatannya.

    • Keterbukaan media

    Setelah lebih 75 tahun, buat pertama kali warga dunia menunjukkan solidariti besar-besaran kepada Palestin.

    Ini mengajar kita bahawa media sosial yang terbuka boleh membawa kebaikan sekiranya digunakan untuk tujuan baik, seperti menyebarkan kebenaran.

    ARTIKEL BERKAITAN: 75 tahun penderitaan Palestin: Peristiwa awal sehingga Nakba 1948

    Nama Motaz Azaiza diangkat tinggi kerana kesanggupannya menyebarkan berita realiti di Palestin di celah-celah desup peluru dan letup bom.

    Di seluruh dunia, jutaan manusia berarak menuntut keadilan buat warga Palestin. Kebenaran ditegak.

    Jika ada yang boleh disyukurkan dalam krisis yang berlaku ketika ini, ia merupakan kesedaran massa warga dunia tentang realiti di Palestin. Betapa selama ini dunia dibutakan dengan kawalan naratif oleh media-media utama.

    • Kecekalan Palestin

    Buat yang lahir dan hidup tanpa pernah melalui peperangan tidak akan mampu memahami keadaan warga Palestin. Paginya peluru, petangnya bom, malamnya kelaparan.

    Tidak ada hak asasi yang tertegak di sana. Hidup dikelambu ketakutan tetapi jiwanya mekar menyambut kematian.

    Kita disuap video-video menyayat hati: datuk yang kehilangan cucu, anak yang kehilangan ibu. Untuk menontonnya pun sudah perit jiwa, apatah lagi melaluinya sendiri.

    Lebih mengharukan, melihat bagaimana warga di sana teguh imannya. Kematian orang terdekat tidak semestinya menyedihkan kerana mereka tahu, tempatnya sudah terjamin di syurga.

    ARTIKEL BERKAITAN: 75 tahun penderitaan Palestin: Perang Enam Hari, Naksa dan Garis Hijau

    Kecekalan warga Palestin ialah pengajaran besar buat dunia dan sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mendoakan mereka bertemu sejahtera segera.

    • Kemandulan PBB

    Kita diajar bahawa di peringkat dunia, ada pertubuhan yang mengumpulkan seluruh negara dunia bagi menegakkan keadilan dan keamanan. Rupa-rupanya, pertubuhan itu mandul.

    Ketika angka kematian di Palestin mencecah sehingga lima angka, ternyata tiada apa yang dapat dilakukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Malah, ketika sukarelawan mereka sendiri menjadi mangsa, tangan PBB masih terikat.

    Tangannya diikat kuasa veto negara-negara yang suatu masa dahulu pernah menang perang.

    Usaha terbaharu negara anggota PBB untuk menghentikan keganasan Israel di Palestin juga diveto Amerika Syarikat. Bukti kemandulan PBB, organ biaknya diikat negara kuasa besar yang kejam. – RELEVAN

    Previous ArticleTentang gaji sepanjang 2023 dan harapannya menjelang 2024
    Next Article 6 azam tahun baharu untuk kesihatan yang lebih baik

    Artikel berkaitan

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.