Facebook Twitter
    Trending
    • Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan
    • Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang
    • 7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan
    • Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050
    • Bahaya lupa makan
    • Gen Z paling tidak bahagia di tempat kerja
    • Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 
    • 5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

      April 14, 2026

      Bahaya lupa makan

      April 14, 2026

      Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

      April 13, 2026

      5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti

      April 13, 2026

      10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

      April 10, 2026
    • Kewangan

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026

      Cara berjimat ketika harga barang naik 

      April 2, 2026
    • Pendidikan

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Kerjaya

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Ramen berlebihan jejaskan kesihatan?

    Ramen berlebihan jejaskan kesihatan?

    By AMAL HAYATI FAUZISeptember 26, 20252 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Ramen berlebihan jejaskan kesihatan? . GAMBAR HIASAN CANVA

    SATU kajian oleh para penyelidik dari Jepun mengesahkan bahawa pengambilan ramen lebih daripada tiga kali dalam tempoh seminggu boleh menjejaskan kesihatan termasuk menjadi punca penyakit yang mengancam nyawa.

    Menurut laporan The Economic Times, kajian tersebut dijalankan oleh penyelidik daripada beberapa universiti di Yamagata, Jepun iaitu kawasan yang terkenal dengan masyarakat yang cintakan ramen, menjadikan penduduk di kawasan itu antara yang tertinggi dalam pengambilan ramen di negara matahari terbit berkenaan.

    Kajian tersebut turut menunjukkan bahawa individu yang kerap memakan mi popular itu berisiko menghadapi kematian kira-kira satu perpuluhan lima kali lebih tinggi berbanding mereka yang mengehadkan pengambilan sekali atau dua kali seminggu.

    Pendapatan itu diperoleh selepas kajian membabitkan 6,725 penduduk Yamagata dalam lingkungan 40 tahun ke atas selama empat tahun setengah. Penduduk diagihkan mengikut kekerapan mereka makan ramen seperti berikut:

    • Pengambilan kurang daripada sekali dalam tempoh sebulan
    • Pengambilan lebih daripada tiga kali dalam tempoh sebulan

    Kajian juga mendapati kuah ramen berpotensi lebih berbahaya berbanding pengambilan ramen sahaja.

    Penduduk lelaki berusia bawah daripada 70 tahun didapati paling terkesan. Kebanyakan daripada mereka kerap minum alkohol menjadikan kesannya lebih teruk berbanding individu yang jarang makan ramen.

    Punca ramen berisiko
    • Kandungan garam yang tinggi

    Kuah ramen terkenal dengan rasanya yang masin berikutan tahap kandungan garam yang sangat tinggi. Pengambilan kuah sehingga titisan terakhir boleh meningkatkan tahap garam dalam badan secara mendadak.

    • Kesan akibat terlebih kandungan garam

    Risiko tekanan darah tinggi, strok dan kanser perut sekiranya pengambilan ramen tidak terkawal.

    Cadangan pakar

    Dr. Miho Suzuki dari Universiti Yonezawa Nutrisi dan Sains yang juga terlibat dalam kajian tersebut berkata, penambahan sayur-sayuran dalam ramen boleh mengimbangi nutrisi dan kurangkan pengambilan garam.

    Bagaimanapun, para penyelidik menekankan hasil dapatan kajian itu belum cukup untuk membuktikan kaitan antara kadar pengambilan ramen dengan risiko kematian. Mereka juga menjelaskan dapatan itu turut dipengaruhi oleh faktor gaya hidup. 

    Misalnya, penduduk yang sudah ada penyakit berkemungkinan mengelakkan pengambilan ramen atas nasihat doktor sebelum kajian dijalankan. Situasi seperti ini boleh mempengaruhi keputusan kajian secara tidak langsung.

    Para penyelidik menegaskan bahawa ramen itu sendiri tidak berbahaya secara semula jadi. Sebaliknya, corak gaya hidup seperti kerap makan ramen yang boleh membawa padah kepada kesihatan diri. 

    Antara faktor gaya hidup yang menyumbang kepada risiko termasuk diet tidak teratur, kurang bersenam dan pengambilan makanan proses berlebihan. Gabungan tabiat ini mungkin menyumbang kepada masalah kesihatan dalam jangka masa panjang. Oleh itu, amalan pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat amat digalakkan. -RELEVAN

    Previous ArticleProduk bayi yang boleh bawa mudarat tetapi dijual berleluasa
    Next Article Musim tengkujuh sudah hampir sampai

    Artikel berkaitan

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026

    7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

    April 15, 2026

    Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

    April 14, 2026

    Bahaya lupa makan

    April 14, 2026

    Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

    April 13, 2026
    Artikel Terkini

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026

    7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

    April 15, 2026

    Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

    April 14, 2026

    Bahaya lupa makan

    April 14, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.