Facebook Twitter
    Trending
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    • Jangan simpan makanan ini dalam peti ais
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    • Petanda anda seorang ‘picky eater’
    • Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?
    • Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini
    • Apabila rambut beruban proses melindungi diri
    • Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026
    • Kerjaya

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Musim tengkujuh sudah hampir sampai

    Musim tengkujuh sudah hampir sampai

    By AMAL HAYATI FAUZISeptember 29, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Musim tengkujuh sudah hampir sampai. GAMBAR HIASAN UTUSAN

    MUSIM hujan terutama lebih dikenali musim Monsun Timur Laut yang dijangka bermula pada November mengingatkan rakyat mengenai kesan besar, kehilangan harta benda, nyawa dan kemusnahan yang dibawa dengan bencana banjir.

    Setiap tahun, negara tidak dapat lari daripada menerima kesan daripada perubahan angin yang membawa bersama puluhan sentimeter hujan, yang kebanyakan masa tidak dapat ditampung oleh sistem saliran sedia ada.

    Setiap tahun, rakyat mempersiapkan diri untuk menghadapi bencana ini. Di negeri-negeri di Pantai Timur, ia seperti dijangkakan. Di pantai barat, kejadian bah besar beberapa tahun yang menyebabkan kemusnahan bernilai berbilion ringgit masih segar di ingatan.

    Permulaan fasa peralihan monsun

    Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), fasa peralihan monsun kali ini bermula pada 30 September dan dijangka berterusan sehingga awal November. Peralihan tersebut menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya yang bermula sejak 10 Mei lalu.

    Fenomena ini merupakan tempoh antara Monsun Barat daya dan Monsun Timur Laut yang biasanya berlaku dua kali dalam setahun.

    • Penghujung Mac sehingga pertengahan Mei
    • Hujung September sehingga awal November

    Pada ketika ini, tiupan angin lemah dari pelbagai arah menyebabkan cuaca sukar dijangka.

    Petanda fenomena peralihan monsun berlaku
    • Langit pada waktu siang cerah, diikuti hujan lebat dan ribut petir pada waktu petang
    • Angin kencang dan hujan batu dijangka berlaku
    • Cuaca buruk bakal melanda kawasan barat dan pedalaman Semenanjung, sebahagian daerah sekitar Sabah dan Sarawak
    Kesan cuaca buruk
    • Banjir kilat
    • Tanah runtuh
    • Pokok tumbang
    • Panahan kilat
    • Kerosakan struktur tidak kukuh
    Nasihat ketika ribut petir berlaku
    • Berlindung di dalam rumah atau bangunan
    • Elakkan berada di kawasan lapang
    • Jauhi tempat takungan air
    • Jauhi struktur tinggi (pokok dan menara tinggi)
    • Jauhi rod pengalir elektrik (tiang elektrik dan tangga besi)
    Memahami La Nina

    Fenomena La Nina tidak dapat dipisahkan daripada kitaran El Nino-Southern Oscillation (ENSO) yang merupakan fenomena iklim global yang berlaku secara semula jadi setiap dua sehingga tujuh tahun.

    ENSO mempunyai tiga fasa utama iaitu El Nino, La Nina dan Neutral. Ketiga-tiga fasa ini dipengaruhi oleh perubahan suhu Laut Pasifik dan tekanan udara.

    El Nino: Laut Pasifik menjadi lebih panas, Malaysia mengalami cuaca lebih kering dan panas
    La Nina: Laut Pasifik menjadi lebih sejuk, penolakan angin yang kuat mendorong air panas ke arah Asia Tenggara. Secara tidak langsung menjadikan suhu di Malaysia lebih lembap dengan kekerapan hujan yang berlaku
    Neutral: Keadaan sederhana tanpa kesan cuaca ketara
    Kesan La Nina kepada Malaysia

    Malaysia dijangka berdepan fenomena La Nina singkat pada akhir tahun ini dan awal tahun depan sebelum kembali kepada neutral. Keadaan berpotensi meningkatkan taburan hujan dan risiko banjir, terutamanya ketika negara menghadapi musim tengkujuh hujung tahun.

    Peristiwa banjir besar yang berlaku pada tahun 2021 sewaktu La Nina melanda negara menjadi ingatan bahawa fenomena ini membawa risiko yang perlu diambil serius. Tambahan pula, perubahan iklim global boleh mempengaruhi sebarang fasa ENSO menjadi lebih ekstrem.

    Langkah berjaga-jaga

    Orang ramai digalakkan untuk:

    • Pantau amaran cuaca melalui laman web dan aplikasi rasmi MetMalaysia
    • Periksa paras sungai di portal Public Info Banjir sekiranya hujan berterusan
    • Rancang perjalanan dan aktiviti luar dengan mengambil kira risiko ribut petir dan banjir kilat

    Walaupun suhu sejuk pada musim hujan, perubahan cuaca tidak menentu menuntut orang ramai supaya lebih berjaga-jaga. 

    Bencana sukar diramali atau dikawal, tetapi pengetahuan dan kesediaan dapat membantu mengurangkan kesan bencana ini kepada harta, kemudahan dan nyawa. -RELEVAN

    Previous ArticleRamen berlebihan jejaskan kesihatan?
    Next Article Lelaki juga boleh jadi mangsa kanser payudara?

    Artikel berkaitan

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026

    Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

    January 20, 2026

    10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

    January 19, 2026

    Petanda anda seorang ‘picky eater’

    January 19, 2026

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026

    Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

    January 16, 2026
    Artikel Terkini

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026

    Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

    January 20, 2026

    10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

    January 19, 2026

    Petanda anda seorang ‘picky eater’

    January 19, 2026

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.