Facebook Twitter
    Trending
    • Lukisan potret realistik dengan api
    • Mengapa Türkiye tidak lagi dipanggil Turki?
    • 175 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam
    • 7 tip pilih kolagen dan cara amalkan untuk hasil terbaik  
    • 1 kematian akibat Covid-19 dicatatkan semalam
    • 379 pesakit Covid-19 dirawat di hospital
    • 5 lagu tempatan yang diinspirasikan dari kisah benar misteri dan menyedihkan
    • Tiada kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      175 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam

      February 7, 2023

      7 tip pilih kolagen dan cara amalkan untuk hasil terbaik  

      February 6, 2023

      1 kematian akibat Covid-19 dicatatkan semalam

      February 5, 2023

      379 pesakit Covid-19 dirawat di hospital

      February 4, 2023

      Tiada kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

      February 3, 2023
    • Kewangan

      6 amaran buat pesara, pastikan pelan persaraan anda tidak musnah

      January 30, 2023

      Banding harga dengan PriceCatcher, OpenDOSM NextGen apabila berbelanja

      January 25, 2023

      63% kekayaan dunia sejak 2020 dibolot golongan paling kaya

      January 16, 2023

      Kesedaran kewangan lemah, ramai berbelanja lebih daripada pendapatan

      January 16, 2023

      Jangan mulakan perniagaan dengan simpanan kecemasan

      January 11, 2023
    • Pendidikan

      Lukisan potret realistik dengan api

      February 7, 2023

      Mengapa Türkiye tidak lagi dipanggil Turki?

      February 7, 2023

      5 lagu tempatan yang diinspirasikan dari kisah benar misteri dan menyedihkan

      February 3, 2023

      Kesan buruk penggunaan gajet terhadap pencapaian akademik kanak-kanak

      February 1, 2023

      Pertanian bandar semakin popular, jamin bekalan makanan

      February 1, 2023
    • Kerjaya

      Mungkinkah robot akan ambil alih semua kerja kita nanti?

      February 1, 2023

      Empati bantu fahami suara hati pekerja

      January 27, 2023

      5 kerja sambilan untuk ibu di rumah dengan bayaran lumayan

      January 25, 2023

      5 tanda anda berada di laluan kerjaya yang salah

      January 20, 2023

      9 perkara yang perlu dihadapi majikan dan pekerja pada 2023

      January 19, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Manusia-manusia toksik di tempat kerja

    Manusia-manusia toksik di tempat kerja

    By KU SYAFIQ KU FOZIMay 10, 2022Updated:June 7, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    PERSEKITARAN tempat kerja yang positif dan sihat ialah rahmat yang sering diabaikan para pekerja. Walaupun faktor-faktor lain seperti gaji dan perkembangan kerjaya dilihat lebih mustahak, persekitaran positif juga ada kepentingannya tersendiri.

    Persekitaran tempat kerja membuatkan kita selesa bekerja dan secara tidak langsung meningkatkan produktiviti. Persekitaran yang positif dan sihat juga penting untuk kesihatan mental pekerja yang menjadi faktor penting dalam dunia pekerjaan ketika ini.

    Kita bekerja dengan manusia, maka manusia di sekeliling kita juga yang menjadi faktor utama yang menentukan persekitaran tempat kerja yang baik atau buruk. Jika pejabat anda penuh dengan rakan sekerja toksik, pertimbangkan untuk mencari pekerjaan lain sebelum kesihatan mental anda terjejas.

    Pakar psikologi sosial dari Universiti New York, Tessa West menyenaraikan jenis-jenis manusia toksik yang anda boleh jumpa di tempat kerja. Kenal pasti rakan sekerja toksik anda dan ambil tindakan segera supaya ketoksikannya tidak tersebar ke seluruh tempat kerja.

    • Kaki bodek/kaki perlekeh

    Kaki bodek dan kaki perlekeh ini sanggup lakukan apa sahaja untuk naik ke pangkat tertinggi, termasuk mensabotaj anda. Mereka juga disukai para bos kerana dilihat boleh buat kerja dengan baik. Ada masa, mereka akan memperkecil  anda di hadapan rakan sekerja yang berjawatan lebih tinggi. Ketika bos memerlukan bantuan, mereka yang paling tinggi angkat tangan dan menawarkan bantuan. Apabila bos buat lawak walaupun biasa-biasa, mereka yang paling terbahak-bahak gelak.

    • Pemanipulasi

    Menurut West, pemanipulasi ialah rakan sekerja yang paling toksik. Mereka menipu, mewujudkan realiti palsu dan merendahkan harga diri kita untuk kepentingan mereka. Teknik perdayaan mental (gaslighting) yang sering digunakan termasuk mendakwa kita tidak layak untuk memegang jawatan yang ada. “Semua orang fikir kau tak layak untuk kerja ini, aku yang berusaha keras untuk bantu kau”. Ini dialog manipulasi yang sering diucap manusia toksik sebegini.

    • Pencuri kredit

    Sejenis manusia musang berbulu ayam. Hati-hati dengan sikap mesra mereka kerana mereka juga yang akan mengkhianati anda. Anda perlu berwaspada ketika melontarkan idea, khususnya dalam sesi yang tidak formal. Jika idea itu cukup baik dan menguntungkan, mereka tidak teragak-agak untuk mencuri dan menjadikannya seakan-akan idea mereka. Kalau jadi sekali, kita boleh tenang lagi. Jika sudah berkali-kali, ia boleh membantutkan potensi anda untuk perkembangan kerjaya yang lebih baik.

    • Otai yang ‘terpaling’ berpengalaman

    Mereka ini orang lama dalam syarikat. Segala sudut pejabat dia kenal. Kabelnya cekang sampai ke pengurusan tertinggi. Dalam mesyuarat, mereka paling awal bersuara untuk menonjolkan kuasa dan pengaruh. Mereka akan mencari kumpulan pekerja yang lemah untuk mengekalkan dominasi. Pekerja muda yang berjawatan tinggi pun mereka boleh buli, menyebabkan pejabat beroperasi mengikut selera mereka. Dialog kegemaran mereka? “Aku dulu pernah…”.

    • Pengurus mikro

    Menurut Investopedia, pengurus mikro bermaksud bos atau pengurus yang menyelia kerja orang bawahannya secara berlebih-lebih. Walaupun toksik, tidak semua pengurus mikro berniat jahat terhadap pekerjanya, cuma tindak-tanduknya membawa kesan negatif kepada motivasi dan gerak kerja pekerja. Jika anda pernah bekerja dengan bos sebegini, anda akan tahu azabnya. Kerja banyak tapi tidak produktif. Ada masa mereka minta kerja siap pada garis waktu yang tidak munasabah. Ada masa kerja ditambah-tambah tanpa sebab.

    • Penggantung tak bertali

    Bukan isteri sahaja, pekerja pun selalu digantung tak bertali. Ada bos yang suka abaikan kita untuk satu tempoh yang lama, abaikan tanggungjawab kemudian hempap segala tanggungjawab yang terabai itu kepada kita. Kerja-kerja yang terabai hanya diambil peduli pada saat akhir ketika kedudukannya terancam, kemudian kita yang terpaksa menyelesaikannya dalam tempoh yang pendek. Ada kemungkinan juga, banyak kerja yang terabai kerana mereka sendiri tidak sepenuhnya faham tanggungjawab mereka.

    • Penunggang kerja

    Dari zaman sekolah, universiti hingga pekerjaan, manusia jenis ini sentiasa ada. Orang putih sebut free rider. Kerja tak buat tapi mahu kredit. Kalau ada kerja berkumpulan, mereka pilih kerja yang paling mudah tapi masih tak mampu buat dengan baik. Di mana habitat kegemaran mereka? Syarikat yang memberikan penghargaan kepada semua kakitangan secara sama rata, tanpa mengira prestasi individu. Dalam mesyuarat bersama bos, mereka paling bersemangat beri cadangan. Habis saja mesyuarat, mereka cadangkan supaya cadangan itu dilaksanakan orang lain, bukan mereka. Lalu, mereka berjalan lenggang ke pantri untuk sambung berbual perihal pasukan bola sepak kegemaran dan gosip artis. – RELEVAN

    featured kerjaya pemikiran toksik tempat kerja
    Artikel Terkini

    Lukisan potret realistik dengan api

    February 7, 2023

    Mengapa Türkiye tidak lagi dipanggil Turki?

    February 7, 2023

    175 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam

    February 7, 2023

    7 tip pilih kolagen dan cara amalkan untuk hasil terbaik  

    February 6, 2023

    1 kematian akibat Covid-19 dicatatkan semalam

    February 5, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.