Facebook Twitter
    Trending
    • Menjuri debat: Pusingan akhir Debat Perpaduan 2023 di mata Relevan
    • Intipati perdebatan pusingan akhir Debat Perpaduan 2023
    • 4 cara untuk mula membina kekayaan generasi
    • Televisyen terkecil di dunia, dilengkapi ciri teknologi canggih
    • UKM juara Debat Perpaduan 2023
    • 7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja
    • Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki
    • Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki

      September 26, 2023

      Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

      September 25, 2023

      Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya

      September 22, 2023

      Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu

      September 21, 2023

      10 makanan pencetus migrain

      September 18, 2023
    • Kewangan

      4 cara untuk mula membina kekayaan generasi

      September 27, 2023

      3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

      September 20, 2023

      Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

      September 19, 2023

      Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

      September 15, 2023

      Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

      September 14, 2023
    • Pendidikan

      Menjuri debat: Pusingan akhir Debat Perpaduan 2023 di mata Relevan

      September 29, 2023

      Intipati perdebatan pusingan akhir Debat Perpaduan 2023

      September 28, 2023

      Televisyen terkecil di dunia, dilengkapi ciri teknologi canggih

      September 27, 2023

      UKM juara Debat Perpaduan 2023

      September 27, 2023

      Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

      September 26, 2023
    • Kerjaya

      7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja

      September 26, 2023

      Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

      September 25, 2023

      9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023

      September 21, 2023

      4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia

      September 21, 2023

      Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti

      September 21, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Sistem imun kanak-kanak lemah selepas pandemik? Ini penjelasan pakar

    Sistem imun kanak-kanak lemah selepas pandemik? Ini penjelasan pakar

    By Zubaidah IbrahimSeptember 28, 20225 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SISTEM imun yang lemah menyebabkan ramai kanak-kanak mudah jatuh sakit dengan penyakit seperti influenza, tangan kaki dan mulut serta jangkitan paru-paru.- GAMBAR HIASAN/JCOMP/FREEPIK

    SEPANJANG tempoh pandemik Covid-19, kanak-kanak kebanyakannya terkurung di rumah bagi mencegah dijangkiti wabak tersebut sehingga mereka kurang terdedah kepada bakteria dan virus biasa lantas menyebabkan sistem imun berkembang dengan lemah.

    Kini, kanak-kanak kembali menjalani kehidupan normal seperti menghadiri sekolah, aktiviti sukan, melancong dan beriadah.

    Namun, ekoran sistem imun mereka yang lemah menyebabkan ramai kanak-kanak mudah jatuh sakit dengan penyakit seperti influenza, tangan kaki dan mulut serta jangkitan paru-paru.

    Kekerapan mendapatkan rawatan kesihatan menyebabkan ramai ibu bapa bimbang bahawa anak-anak mereka mungkin mengalami gangguan sistem imun.

    Mungkinkah benar bahawa kanak-kanak lebih terdedah kepada jangkitan selepas pandemik?

    Jangkitan saluran pernafasan

    Menurut Pensyarah Kanan Pediatrik, Pusat Pengajian Perubatan, Fakulti Sains Kesihatan dan Perubatan, Taylor University, Dr. Lim Yin Sear, kanak-kanak lazimnya mempunyai lapan hingga 10 jangkitan saluran pernafasan setiap tahun.

    YIN SEAR

    “Keadaan itu terjadi terutamanya semasa zaman awal kanak-kanak dan apabila mereka mula mengikuti pendidikan di taska atau tadika.

    “Pada masa ini, tiada data saintifik menunjukkan bahawa kanak-kanak lebih terdedah kepada jangkitan selepas pandemik,” katanya.

    Tambah beliau, taklimat oleh Tabung Kanak-kanak oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mengenai kesan Covid-19 terhadap kanak-kanak telah menunjukkan bahawa kelaziman diet tidak sihat seperti pengambilan snek-snek telah meningkat.

    Ini mungkin disebabkan oleh kekurangan akses kepada makanan segar dan kekangan kewangan. Sekali gus, berkemungkinan menjadi faktor kepada obesiti dan kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak.

    BERIADAH atau bermain di luar rumah penting untuk berkembangan fizikal dan mental serta sistem imun kanak-kanak. – GAMBAR HIASAN/KAMPUS PRODUCTION/PEXESL

    Selain itu, gaya hidup yang tidak aktif dan kurang bersenam boleh menyumbang kepada obesiti kanak-kanak dan meningkatkan kerentanan kepada jangkitan.

    “Satu lagi isu utama yang timbul semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah gangguan perkhidmatan kesihatan penting termasuk imunisasi kanak-kanak.

    “Dalam tinjauan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini, 90 peratus negara melaporkan gangguan pada imunisasi rutin. Imunisasi adalah amat penting untuk mencegah penyakit berjangkit tertentu.

    “Sesetengah kanak-kanak juga mungkin telah dijangkiti Covid-19 dan sedang mengalami sindrom wabak tersebut yang berpanjangan,” jelas Yin Sear. 

    Satu lagi isu penting yang perlu diambil serius ialah kesihatan mental kanak-kanak dan penjaga mereka.

    Telah diperhatikan bahawa orang dewasa lebih terdedah kepada jangkitan apabila tertekan.

    Kajian Adverse Childhood experience (ACE) menunjukkan bahawa pengalaman buruk kanak-kanak dalam kategori penderaan, cabaran rumah tangga dan pengabaian bukan sahaja dikaitkan dengan kesihatan mental yang lebih teruk, tetapi juga menyebabkan keadaan kesihatan kronik seperti diabetes, penyakit jantung, paru-paru obstruktif kronik, hati dan kanser.

    KESIHATAN mental kanak-kanak perlu diberi perhatian kerana ia bakal menyebabkan pelbagai penyakit kronik.- GAMBAR HIASAN/ALEXANDER GREY/PEXELS

    Tanda-Tanda gangguan imun

    Semua perkara yang dinyatakan di atas akan menyebabkan kanak-kanak berisiko tinggi untuk dijangkiti dan kadang kala mungkin mengalami penyakit serius yang memerlukan rawatan rapi.

    Jika anda mengesyaki anak anda mengalami gangguan imun, dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat profesional.

    Sehubungan itu, Yin Sear menyenaraikan beberapa tanda kanak-kanak yang mengalami gangguan imun seperti berikut:

    • Pneumonia yang kerap dan berulang, bronkitis, jangkitan sinus, jangkitan telinga, meningitis atau jangkitan kulit
    •   Keradangan dan jangkitan organ dalaman
    •   Gangguan darah seperti kiraan platelet rendah atau anemia
    •   Masalah penghadaman seperti kekejangan, hilang selera makan, loya dan cirit-birit
    •   Pertumbuhan dan perkembangan yang terbantut
    •   Gangguan autoimun seperti lupus, arthritis rheumatoid atau diabetes jenis 1

    Sementara itu, Pensyarah Tamu  Pediatrik di Pusat Pengajian Perubatan, Fakulti Sains Kesihatan dan Perubatan, Taylor University, Dr. Mahfuzah Mohamed berkata, segelintir ibu bapa bertindak melampau untuk mewujudkan persekitaran yang steril bagi melindungi anak-anak dan melarang mereka untuk bermain atau menyentuh apa-apa sahaja yang belum disanitasi.

    MAHFUZAH

    “Adakah ini cara yang betul? Pada tahun-tahun awal perkembangan kanak-kanak, sistem imun kita adalah kanvas kosong.

    “Walaupun penyakit berjangkit adalah punca yang perlu dibimbangkan, begitu juga tahap kebersihan tertentu diperlukan, tetapi kanak-kanak turut memerlukan pembangunan imuniti terhadap patogen biasa.

    “Terlalu melindungi kanak-kanak daripada kuman akan memudaratkan perkembangan mereka. Oleh itu, kita perlu mengimbangi antara persekitaran bersih dan yang disteril,” ujarnya.

    Segelintir  ibu bapa mungkin tertanya-tanya sama ada mencuci tangan atau sanitasi adalah cara yang lebih baik untuk mencegah penyebaran kuman.

    Kajian telah menunjukkan bahawa sabun dan air sudah memadai untuk membersihkan kuman daripada tangan seseorang berbanding cecair pembasmi kuman (hand sanitiser).

    Walau bagaimanapun, adalah disyorkan untuk menggunakan hand sanitiser apabila mencuci dengan sabun bukanlah pilihan.

    Suplemen vitamin juga semakin mendapat perhatian, terutamanya semasa pandemik. Secara umumnya, kanak-kanak dengan diet seimbang dan aktiviti luar akan mencapai keperluan nutrien harian.

    Suplemen vitamin D hanya disyorkan kepada mereka yang tidak memperoleh jumlah vitamin D yang mencukupi daripada diet mereka atau mempunyai pendedahan yang tidak mencukupi kepada cahaya matahari.

    IBU bapa mungkin tertanya-tanya sama ada mencuci tangan atau sanitasi adalah cara yang lebih baik untuk mencegah penyebaran kuman.- GAMBAR HIASAN/KETUT SUBIYANTO/PEXELS

    Ketoksidan vitamin D

    Oleh itu, sekurang-kurangnya 400 IU (10 µg/hari) disyorkan untuk kanak-kanak dan remaja, terutamanya dalam kalangan bayi yang diberi susu ibu secara eksklusif dan semua kanak-kanak serta remaja yang tidak terdedah kepada cahaya matahari secara rutin.

    Pengambilan vitamin D harian sebanyak 2000 IU atau lebih terdedah akan menyebabkan ketoksikan vitamin D.

    Tanda-tanda dan gejala ketoksikan yang perlu diwaspadai termasuk sakit kepala, rasa logam dalam mulut, pankreatitis, loya dan muntah.

    Untuk menghentikan trend ini, ibu bapa mesti mengamakan gaya hidup yang lebih sihat dan bertindak sebagai teladan kepada anak-anak mereka.

    “Sebagai contoh, kanak-kanak harus dibenarkan menikmati sekurang-kurangnya 60 minit aktiviti fizikal setiap hari.

    “Ia juga penting untuk mengurangkan masa di skrin dan mempunyai tabiat tidur yang rutin untuk tidur yang berkualiti.

    “American Academy of Paediatrics telah mengesyorkan tidak lebih daripada dua jam masa di skrin untuk kanak-kanak dan remaja serta tiada masa di skrin untuk kanak-kanak di bawah umur dua tahun,” terangnya lagi.

    Mahfuzah memberitahu, adalah penting untuk menjadualkan semula semua lawatan kesihatan dan perkhidmatan penjagaan pencegahan termasuk pemeriksaan pergigian, lawatan pakar optometris dan imunisasi yang mungkin terlepas oleh kanak-kanak.

    Jika anak anda tidak sihat, dinasihatkan untuk mendapatkan pendapat daripada doktor keluarga atau pakar pediatrik.

    Adalah amat penting bahawa sebagai ibu bapa, anda mewujudkan persekitaran yang bersih dan gembira untuk anak-anak supaya kesihatan mental dan fizikal mereka berkembang dengan baik.-RELEVAN

    featured imunisasi kanak-kanak lemah
    Artikel Terkini

    Menjuri debat: Pusingan akhir Debat Perpaduan 2023 di mata Relevan

    September 29, 2023

    Intipati perdebatan pusingan akhir Debat Perpaduan 2023

    September 28, 2023

    4 cara untuk mula membina kekayaan generasi

    September 27, 2023

    Televisyen terkecil di dunia, dilengkapi ciri teknologi canggih

    September 27, 2023

    UKM juara Debat Perpaduan 2023

    September 27, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.