Facebook Twitter
    Trending
    • Asal-usul perkataan bajet, minda dan ringgit
    • 5 kursus ini boleh jadikan anda pekerja idaman
    • 5 Soalan Ramadan #4: Persoalan-persoalan tentang berbuka puasa
    • 5 tip kekal cergas dan sihat ketika berpuasa  
    • Dahulukan perbelanjaan persekolahan sebelum beraya
    • Rancang perbelanjaan persekolahan, Ramadan dan Aidilfitri
    • 7 fakta langka tentang P. Ramlee
    • Bagaimana proses melihat anak bulan?
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 tip kekal cergas dan sihat ketika berpuasa  

      March 23, 2023

      Pesakit jantung boleh berpuasa?

      March 20, 2023

      10 tanda manusia narsistik, lari sebelum terlambat

      March 16, 2023

      Adakah bebenang kelabu pada penglihatan petanda masalah mata?

      March 14, 2023

      Sifar kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

      March 12, 2023
    • Kewangan

      Dahulukan perbelanjaan persekolahan sebelum beraya

      March 23, 2023

      Rancang perbelanjaan persekolahan, Ramadan dan Aidilfitri

      March 23, 2023

      Tidak dibenarkan surcaj tambahan di premis perniagaan, BNM beri amaran

      March 16, 2023

      Menabung runcit-runcit untuk kecemasan kecil

      March 9, 2023

      3 jenis pemilikan hartanah dan ciri-cirinya

      March 7, 2023
    • Pendidikan

      Asal-usul perkataan bajet, minda dan ringgit

      March 24, 2023

      5 Soalan Ramadan #4: Persoalan-persoalan tentang berbuka puasa

      March 23, 2023

      7 fakta langka tentang P. Ramlee

      March 22, 2023

      Bagaimana proses melihat anak bulan?

      March 22, 2023

      7 puisi buat anda di hari puisi

      March 21, 2023
    • Kerjaya

      5 kursus ini boleh jadikan anda pekerja idaman

      March 24, 2023

      Bolehkah rundingan gaji dilakukan selepas menerima surat tawaran kerja?

      March 21, 2023

      5 jawapan ‘selamat’ untuk cerita kelemahan diri ketika temu duga

      March 15, 2023

      Cara menulis dan contoh cover letter terbaik menurut Universiti Harvard

      March 10, 2023

      Cara menulis dan contoh resume terbaik menurut Universiti Harvard

      March 8, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Pelbagai faktor tentukan kemasukan ke universiti, akademik sahaja bukan penentu

    Pelbagai faktor tentukan kemasukan ke universiti, akademik sahaja bukan penentu

    By Umi FatehahSeptember 28, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PELBAGAI faktor tentukan kemasukan ke universiti, akademik sahaja bukan penentu. - Gambar Hiasan Kenny Eliason/Unsplash

    BELAKANGAN ini, tawaran menyambung pelajaran ke universiti awam bagi peringkat ijazah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pelajar dan ibu bapa. 

    Paling mengejutkan, ada segelintir pelajar yang mendapat keputusan cemerlang tetapi tidak mendapat tempat di mana-mana Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang dimohon melalui sistem UPU.

    Dalam situasi lain, ada segelintir pelajar yang berjaya mendapat tawaran. Namun, dikatakan jurusan yang ditawarkan kurang bersesuaian dengan minat mereka. 

    Tidak dapat dinafikan, dalam dua senario yang disebutkan di atas membuatkan ramai yang tertanya-tanya. Bagaimanakah sebenarnya pemilihan UPU ini dilakukan sehingga keputusan cemerlang juga tidak menjamin tempat di universiti awam?

    ARTIKEL BERKAITAN: Kaedah pengiraan markah akademik dan proses pemilihan.

    Merujuk kepada Kementerian Pengajian Tinggi, pemilihan dilakukan menggunakan kaedah meritokrasi. Kaedah ini akan menjalankan penentuan nilai merit yang dilaksanakan tanpa mengira agama, bangsa, keturunan, negeri, tempat tinggal dan sebagainya. 

    Prinsip meritokrasi mengguna pakai 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA), Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Institut Pengajian Guru (IPG).

    Selain itu, terdapat juga kemasukan di 36 buah Politeknik, 103 Kolej Komuniti dan empat Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

    Menurut laporan Utusan Malaysia, penerimaan kemasukan ke universiti sebenarnya tidak bergantung kepada markah cemerlang semata-mata. 

    Sekalipun para pelajar mendapat keputusan yang cemerlang, penempatan di mana-mana IPTA tertakluk kepada beberapa faktor lain seperti kekosongan tempat bagi jurusan yang dimohon. 

    Secara amnya, sekiranya jurusan dan universiti yang dimohon mempunyai permintaan tinggi, persaingan antara pelajar-pelajar lain juga semakin tinggi.

    ARTIKEL BERKAITAN: Jangan putus asa jika gagal UPU, ini langkah untuk buat rayuan

    Untuk alternatif lain, para pelajar boleh mendaftar program di bawah universiti pilihan masing-masing secara langsung iaitu di laman web rasmi universiti. Anda digalakkan untuk merujuk takwim universiti pilihan untuk mengetahui lebih lanjut tentang fasa pengambilan pelajar yang seterusnya.

    Penting untuk diketahui para pelajar, permohonan rayuan hanya dibuka kepada pemohon yang gagal mendapat sebarang tawaran sahaja.

    Sehubungan itu, jika menerima jurusan yang tidak diminati, elakkan daripada menolak tawaran tersebut. Sekiranya ditolak, anda tidak akan dibenarkan membuat rayuan, sebaliknya perlu menunggu permohonan seterusnya dibuka.

    Sesetengah universiti menawarkan peluang kedua untuk pertukaran program dan fakulti. Oleh itu, pelajar-pelajar digalakkan untuk menerima tawaran yang diberikan dan menghabiskan sekurang-kurangnya satu semester dan memperoleh keputusan baik untuk melayakkan permohonan dilakukan.

    Dalam artikel sebelum ini, Relevan menghuraikan lebih lanjut mengenai IPTA yang menawarkan permohonan pertukaran program dan syarat-syarat kelayakan. 

    Para pelajar yang mendapat kursus luar bidang mungkin boleh mencuba memohon pertukaran program demi kesejahteraan pendidikan masing-masing. – RELEVAN

     

    featured pendidikan upu
    Artikel Terkini

    Asal-usul perkataan bajet, minda dan ringgit

    March 24, 2023

    5 kursus ini boleh jadikan anda pekerja idaman

    March 24, 2023

    5 Soalan Ramadan #4: Persoalan-persoalan tentang berbuka puasa

    March 23, 2023

    5 tip kekal cergas dan sihat ketika berpuasa  

    March 23, 2023

    Dahulukan perbelanjaan persekolahan sebelum beraya

    March 23, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.