Facebook Twitter
    Trending
    • Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya
    • ‘Craving’ sesuatu? Ini petanda yang perlu diberi perhatian
    • Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini
    • Cara detoks badan selepas pesta makan Aidiladha
    • Manfaat daging korban dan cara menikmatinya dengan selamat
    • Foundayo: Pil kurus sekali sehari keluaran Eli Lilly dapat kelulusan FDA
    • 5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian
    • Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      ‘Craving’ sesuatu? Ini petanda yang perlu diberi perhatian

      May 28, 2026

      Cara detoks badan selepas pesta makan Aidiladha

      May 27, 2026

      Manfaat daging korban dan cara menikmatinya dengan selamat

      May 26, 2026

      Foundayo: Pil kurus sekali sehari keluaran Eli Lilly dapat kelulusan FDA

      May 26, 2026

      Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti

      May 22, 2026
    • Kewangan

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026

      Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu

      May 6, 2026
    • Pendidikan

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026

      10 pusat beli-belah terbesar Malaysia, salah satunya paling besar serantau ASEAN

      May 18, 2026

      Guru bukan pengganti ibu bapa

      May 15, 2026

      10 menara tertinggi di dunia, Malaysia di tangga kedua

      May 12, 2026
    • Kerjaya

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026

      Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

      May 20, 2026

      Tunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar

      May 19, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Hendak berhenti kerja? Lakukan 7 perkara ini terlebih dahulu

    Hendak berhenti kerja? Lakukan 7 perkara ini terlebih dahulu

    By Zahra Mohamad ZhahirSeptember 9, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Berhenti kerja
    Lakukan tujuh perkara ini sebelum hantar surat berhenti kerja. - GAMBAR HIASAN/FREEPIK

    ADAKAH anda ingin berhenti kerja? Jika ya, pasti anda tertanya-tanya apa yang perlu dilakukan sebelum menghantar surat berhenti. 

    Tidak kisahlah bila anda ingin berhenti – bulan depan atau dua bulan lagi – penting untuk anda mempunyai perancangan bagi memastikan kestabilan kewangan diri terus terjaga. 

    Ada banyak sebab seseorang memilih untuk berhenti kerja. Jika kerja sedia ada tidak lagi membuatkan anda rasa gembira, tidak salah jika anda ingin berhenti untuk mencuba perkara baharu. 

    Dalam artikel kali ini, kami akan jelaskan tujuh perkara yang perlu dilakukan sebelum anda berhenti kerja.

    1. Fikir semasak-masaknya

    Sebelum menghantar surat berhenti kerja, pastikan anda sudah berfikir semasak-masaknya. 

    Ada banyak perkara yang perlu diambil kira, salah satunya adalah tahap kewangan diri. 

    Jika berhenti bukan dengan tujuan untuk melompat kerja, anda perlu kira segala perbelanjaan wajib seperti sewa rumah, bayaran bulanan kereta, bil yang perlu dilunaskan dan jangan lupa, duit makan setiap bulan.  

    Kemudian, buat anggaran berapa bulan anda boleh hidup tanpa gaji. 

    Jika anda rasa yakin dengan simpanan sedia ada, tidak salah untuk berhenti kerja. 

    Namun, bukankah lebih mudah untuk berhenti sekiranya anda sudah mendapat kerja lain? 

    2. Fahami keperluan diri

    berhenti kerja
    Senaraikan dahulu punca utama mengapa anda ingin berhenti kerja. – GAMBAR HIASAN/FREEPIK

    Selain itu, cari punca sebenar anda ingin berhenti kerja. 

    Adakah anda rasa tertekan kerana kerja yang terlalu banyak atau politik pejabat yang merimaskan? 

    Jika anda mempunyai sebab tertentu, pastikan anda cari kerja baharu yang tidak akan menyebabkan anda alami bebanan kerja yang melampau. 

    Dalam pada itu, fahami juga apa keperluan anda ketika mencari kerja baharu. Adakah anda lebih suka kerja dari rumah atau secara hibrid? Bagaimana pula dengan lokasi? 

    Adakah kerja baharu boleh mendatangkan kepuasan kerja kepada anda? Adakah anda ingin naik gaji atau cuba sesuatu yang lebih mencabar? 

    Dengan mengenal pasti keperluan diri, anda dapat membuat perancangan yang sejajar dengan kemajuan kerjaya. 

    Jika anda risau mengenai budaya tempat kerja baharu, anda boleh gunakan laman sesawang seperti Glassdoor untuk melihat cara kerja satu-satu syarikat. 

    Selain itu, anda juga boleh berhubung dengan pekerja sedia ada melalui LinkedIn untuk bertanya lebih lanjut mengenai budaya syarikat tertentu.

    3. Timbang baik buruk

    Ada banyak sebab untuk berhenti kerja. Namun, ada banyak sebab juga untuk kekal dengan kerja sedia ada. 

    Dalam ekonomi sekarang, bukan mudah untuk mencari kerja baharu. 

    Individu yang berhenti tanpa sebarang perancangan mungkin perlu menganggur selama beberapa bulan sebelum berjaya mendapatkan kerja baharu. 

    Jangan lupa, keterdesakan hanya akan buatkan ramai orang melakukan keputusan yang salah. 

    Berapa ramai yang akhirnya akan merayu kepada majikan lama untuk mengambil mereka kembali bekerja kerana tidak puas hati dengan cara kerja syarikat baharu? 

    Jadi, sebelum berhenti, timbang dahulu baik buruknya. Kita tidak tahu apa yang menanti di tempat kerja baharu.

    Artikel berkaitan: Orang berhenti kerja bukan sebab pekerjaan tetapi kerana bos yang teruk

    Artikel berkaitan: Pekerja di Australia boleh abai panggilan majikan di luar waktu kerja

    4. Buat perancangan

    Jika anda ingin berhenti kerja, buat perancangan mengenai aktiviti ketika menganggur. 

    Mungkin anda boleh melakukan kerja separuh masa atau pergi bercuti untuk tenangkan diri. Dalam masa yang sama, anda boleh cari kerja baharu yang lebih sesuai.

    Menurut laman sesawang Calm, mereka yang menganggur lebih berisiko untuk mengalami depresi. Manakan tidak, terlalu banyak masa terluang menyebabkan ramai rasa gelisah. 

    Pencarian kerja yang sukar juga boleh membuatkan segelintir rasa putus asa. 

    Oleh itu, pastikan anda ada strategi menjaga kesihatan fizikal dan mental selepas berhenti.

    5. Catat segala kejayaan anda 

    Sebelum berhenti kerja, catat segala kejayaan anda.

    Jika boleh, pastikan anda mempunyai hitam putih yang membuktikan pencapaian anda di syarikat sebelum ini. 

    Kejayaan tersebut boleh diletakkan dalam resume. Mana tahu, andalah calon yang dicari-cari syarikat tertentu.

    6. Minta rekomendasi daripada orang atasan 

    berhenti kerja
    Minta orang atasan tuliskan surat rekomendasi untuk anda. – GAMBAR HIASAN/FREEPIK

    Dalam sesetengah industri, surat pengesyoran (recommendation letter) boleh membantu anda mendapatkan kerja baharu dengan lebih mudah. 

    Oleh itu, sebelum berhenti, pastikan anda minta surat tersebut daripada bos atau rakan sekerja. Jika anda merupakan pekerja yang rajin dan komited, mereka pasti akan membantu.

    7. Berhenti kerja secara baik

    Jika anda benar-benar ingin berhenti kerja, berhentilah secara baik. 

    Ikut prosedur yang ditetapkan oleh syarikat. Beri notis berhenti mengikut keperluan syarikat. 

    Dalam masa yang sama, anda juga boleh mempermudah proses dengan mencari pekerja lain sebagai ganti atau mengajar orang lain yang bakal menggantikan tempat anda. 

    Semua itu dapat membuatkan anda lebih tenang dalam perjalanan mencari kerja baharu. – RELEVAN

    Previous ArticleLindung anak daripada pedofilia dan child grooming
    Next Article 7 jenis rehat untuk capai kehidupan lebih sejahtera

    Artikel berkaitan

    Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

    May 29, 2026

    ‘Craving’ sesuatu? Ini petanda yang perlu diberi perhatian

    May 28, 2026

    Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

    May 28, 2026

    Cara detoks badan selepas pesta makan Aidiladha

    May 27, 2026

    Manfaat daging korban dan cara menikmatinya dengan selamat

    May 26, 2026

    Foundayo: Pil kurus sekali sehari keluaran Eli Lilly dapat kelulusan FDA

    May 26, 2026
    Artikel Terkini

    Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

    May 29, 2026

    ‘Craving’ sesuatu? Ini petanda yang perlu diberi perhatian

    May 28, 2026

    Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

    May 28, 2026

    Cara detoks badan selepas pesta makan Aidiladha

    May 27, 2026

    Manfaat daging korban dan cara menikmatinya dengan selamat

    May 26, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.