Zubaidah Ibrahim

ESOK (1 April), berjuta-juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh mula memohon untuk pengeluaran wang sebanyak RM10,000 dari akaun skim persaraan masing-masing. Ini adalah kali keempat kerajaan membenarkan pengeluaran daripada tabung yang dikhaskan untuk hari tua.  Tiga skim sebelum ini,  i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra  menyaksikan 7.34 juta ahli atau 58 peratus daripada 12.6 juta ahli berumur di bawah 55 tahun telah membuat pengeluaran berjumlah RM101 bilion. Satu portal khas pengeluarankhas.kwsp.gov.my juga diwujudkan khas bagi tujuan itu untuk memohon pengeluaran bermula 1 April selama sebulan dan pembayaran dibuat bermula pada 20 April ini. Berikut Relevan kongsikan apa yang anda boleh…

Read More

MEMPEROLEH gaji yang dianggap sangat lumayan bukanlah alasan untuk kita berbelanja besar dengan membeli barangan premium dan memandu kereta mahal sedangkan hidup dibelenggu hutang. Namun, ada juga yang tanpa sedar berbelanja besar melebihi pendapatan sehingga tertanya-tanya bagaimana wang itu cepat habis dan ke mana ia dibelanjakan. Sekali gus, kewangan peribadi mereka berada di ambang bencana. Perkara itu sebenarnya boleh terjadi kepada sesiapa sahaja jika tidak ada kesedaran mengenai pentingnya pengurusan kewangan yang baik.  Berikut Relevan titipkan perkongsian daripada laman blog mymoneycoach berkenaan lima tanda seseorang menghadapi krisis kewangan. 1. Anda hanya mampu membuat pembayaran kad kredit dengan kadar minimum Sekiranya…

Read More

MENJADI penasihat kewangan sama seperti seorang ahli terapi, anda menyelesaikan perkara penting kehidupan pelanggan dan membantu menangani kebimbangan mereka berkaitan kewangan secara peribadi.  Ia membuktikan betapa pentingnya kerjaya sebagai penasihat kewangan yang memberi sumbangan besar kepada masyarakat. Malah, menggalas tugas sebagai penasihat kewangan juga bukan mudah. Menurut Perancangan Kewangan Bertauliah dari Columbia dan Pengasas bersama 2050 Wealth Partners, Rianka R. Dorsainvil, bagi mereka yang mahu menceburi bidang ini perlu lulus peperiksaan dan perlu mencapai standard profesional serta mempunyai integriti tertinggi. Berikut maklumat berkaitan kerjaya sebagai penasihat kewangan yang dikongsikan oleh laman web  money.usnews.com. 1. Apakah yang dilakukan oleh Penasihat Kewangan?…

Read More

PULMONARI hipertensi merupakan salah satu masalah darah tinggi yang berpunca daripada salur darah atau arteri di bahagian paru-paru dan juga bahagian kanan jantung.  Antara punca terjadinya masalah itu adalah pembuluh darah semakin sempit, salur darah tersumbat atau kerosakan salur darah di bahagian paru-paru. Ketiga-tiga penyebab itu membuatkan pengaliran darah di paru-paru menjadi perlahan dan tekanan darah di bahagian arteri tersebut meningkat. Oleh itu, jantung terpaksa be­kerja dengan lebih keras untuk memastikan perjalanan darah adalah optimum. Apabila jantung bekerja secara maksimum, lama-kelamaan ia akan menjadi lemah dan gagal berfungsi dengan optimum. Menurut Felo Kardiologi dan Pakar Perubatan Dalaman, Institut Jantung Negara…

Read More

RAMADAN merupakan bulan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia untuk menunaikan ibadah semaksimum mungkin dan salah satunya ialah berpuasa selama 30 hari. Pun begitu, berpuasa agak mencabar bagi pesakit diabetes yang mana berdepan risiko kesihatan seperti dehidrasi atau hipoglisemia semasa waktu berpuasa dan hiperglisemia selepas berbuka puasa. Justeru, Pengarah Perubatan di Abbott Nutrition, Dr. Nina Mazera berkongsi empat tip untuk membantu pesakit diabetes bersedia berpuasa dengan selamat di bulan Ramadan. 1. Dapatkan nasihat doktor ketika menjalankan percubaan puasa sebelum Ramadan Dinasihatkan anda berjumpa doktor dan pakar pemakanan dalam tempoh enam hingga lapan minggu sebelum Ramadan untuk mendapatkan pandangan…

Read More

PSORIASIS adalah penyakit autoimun yang mempunyai ciri-ciri seperti kegatalan, kemerahan atau tompok merah pada kulit yang diseliputi sisik putih. Penyakit tersebut bukan sahaja menyebabkan ketidakselesaan secara fizikal, tetapi boleh mengganggu emosi dan keyakinan pesakit. Nasib baik kita hidup di zaman yang mempunyai pelbagai pilihan rawatan untuk penyakit psoriasis dan ia juga sangat berkesan. Namun, adalah penting untuk pesakit memahami keadaan mereka dan rawatannya untuk mendapatkan hasil terbaik. Pakar Dermatologi dari Amerika Syarikat, Dr. Francisco Tausk berkata, memahami beberapa isu berkaitan penyakit itu akan membolehkan pesakit menguruskan penyakit mereka dengan lebih baik. Justeru itu, beliau berkongsi empat tip untuk membantu pesakit…

Read More

PADA bulan Ramadan, umat Islam akan berpuasa selama sebulan, pastinya ia agak mencabar bagi mereka yang dijangkiti Covid-19 untuk menunaikan tanggungjawab rukun Islam ketiga itu. Sehubungan itu, Pegawai Dietetik Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, Ooi Jee Cheng mencadangkan makanan untuk menambah tenaga bagi pesakit Covid-19 yang baru sembuh bagi menjalani ibadah puasa ketika Ramadan nanti. “Pastikan anda mengamalkan konsep pinggan sihat iaitu suku-suku-separuh (suku bahagian protein, suku karbohidrat dan sayuran bukan berkanji dalam kuantiti separuh). “Untuk menambahkan tenaga, anda disarankan untuk mengamalkan makanan lebih sihat seperti buah-buahan, segenggam kacang, yogurt atau susu,” katanya. Tambahnya, walaupun pengambilan makanan mencukupi bagi pesakit…

Read More

GAJI merupakan motivasi terbesar kepada para pekerja untuk terus bertungkus-lumus menjayakan sesebuah pekerjaan itu. Jika anda merasakan gaji tersebut tidak setimpal dengan usaha keras itu, cuba berunding dengan majikan agar membuat kenaikan gaji. Usah khuatir untuk meminta kenaikan gaji dan tidak salah menyuarakan hasrat tersebut. Relevan kongsikan lima tip yang dicadangkan di laman web money.usnews.com untuk anda cuba. 1. Tentukan jumlah kenaikan yang ingin diminta Sebagai langkah pertama, anda perlu melengkapkan diri dengan data gaji yang kukuh berkaitan industri, jawatan, lokasi dan pengalaman anda untuk meyakinkan majikan bahawa perlu membayar gaji lebih daripada yang diterima sekarang. Mulakan proses dengan mendapatkan…

Read More

MENIKMATI sekurang-kurangnya secawan kopi setiap hari merupakan satu kemestian bagi pencinta kopi sebelum memulakan aktiviti seharian. Menurut pakar perubatan, Dr. Zubaidi Ahmad, kopi yang mengandungi kafein sangat diperlukan untuk mendapat kesegaran pada setiap pagi. Tanpa kopi dan kafein, mereka akan rasa mengantuk serta tidak bersemangat. Namun, persoalannya apa yang akan berlaku jika terlebih minum kopi? Atau dengan kata lain pengambilan kafein berlebihan dos. “Badan pemantau kesihatan, U.S. Food and Drug Administration (FDA) mengatakan pengambilan kafein kurang dari 400 miligram adalah selamat. “Lebih dari dos ini kesan baik akan digantikan dengan kesan buruk,” tulis beliau menerusi hantaran di laman Facebook miliknya.…

Read More

KITA sering mendengar iklan tentang kebaikan multivitamin seperti dapat mengurangkan risiko untuk mengidap penyakit jantung, kanser dan dapat mengurangkan masalah kemerosotan kognitif. Persoalannya, adalah kita benar-benar perlu mengambil multivitamin untuk menjaga kesihatan tubuh badan dan mencegah pelbagai penyakit? Menurut Felo Kardiologi dan Pakar Perubatan Dalaman, Institut Jantung Negara, Dr. Iskandar Mirza Amran, tidak semua orang memerlukan vitamin tambahan kerana ia boleh diperoleh daripada diet pemakanan harian yang cukup untuk memberikan nutrisi terbaik kepada badan kita. Dalam hal ini, pelbagai kajian dilakukan untuk melihat keberkesanan multivitamin, antaranya kajian melibatkan 450,000 orang mendapati, multivitamin tidak mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit jantung atau…

Read More