Facebook Twitter
    Trending
    • Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    • 5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya
    • Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita
    • Bahaya penyakit autoimun
    • 5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif
    • 5 tanda anda hidup melebihi kemampuan
    • Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026

      Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

      June 3, 2026
    • Kewangan

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

    Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

    By Umi FatehahFebruary 24, 20264 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini. - GAMBAR HIASAN RDNE/PEXELS

    BULAN Ramadan merupakan tempoh bermakna bagi umat Islam. Namun bagi mereka yang bekerja, menahan lapar dan dahaga sepanjang hari sambil menyiapkan tugasan pejabat boleh menjadi cabaran besar. Ramai yang mula berasa letih, kurang fokus, sakit kepala atau mudah tertekan apabila tenaga semakin berkurang menjelang tengah hari.

    Ini adalah normal. Apabila tubuh menyesuaikan diri dengan rutin makan dan tidur yang berubah, tahap tenaga juga terjejas. Namun dengan beberapa langkah mudah, anda masih boleh kekal produktif dan bertenaga sepanjang waktu kerja.

    Menurut The Daily Star, berikut ialah 10 tip yang boleh membantu mengurangkan keletihan serta mengurus tekanan kerja sepanjang Ramadan.

    1. Ambil sahur yang seimbang

    Sahur adalah sumber tenaga utama untuk menghadapi hari yang panjang. Oleh itu, penting untuk memilih makanan yang seimbang dan berkhasiat.

    Pilih makanan tinggi serat dan protein seperti telur, oat, roti gandum penuh, yogurt, kekacang atau nasi bersama lauk berprotein. Tambahkan juga buah-buahan dan sayur-sayuran.

    Gabungan nutrien ini membantu memberi tenaga yang lebih stabil dan membuatkan anda kenyang lebih lama.

    1. Pastikan badan cukup air

    Dehidrasi merupakan salah satu punca utama keletihan ketika berpuasa. Kekurangan air boleh menyebabkan pening kepala, sukar fokus dan cepat letih.

    Pastikan anda minum sekurang-kurangnya lapan gelas air antara waktu berbuka hingga sahur. Anda boleh amalkan kaedah mudah seperti:

    • 2 gelas ketika berbuka
    • 2 gelas selepas makan
    • 2 gelas pada waktu malam
    • 2 gelas ketika sahur

    Cara ini membantu badan kekal segar sepanjang hari.

    1. Kurangkan minuman berkafein

    Kopi dan teh memang popular ketika sahur atau selepas berbuka tetapi pengambilan kafein berlebihan boleh menyebabkan badan kehilangan lebih banyak air.

    Selain itu, kafein juga boleh mengganggu kualiti tidur. Jika sukar meninggalkan kopi sepenuhnya, cuba kurangkan kuantiti atau gantikan dengan minuman yang lebih ringan seperti air suam atau jus buah tanpa gula tambahan.

    1. Makan perlahan ketika berbuka

    Selepas seharian berpuasa, ramai cenderung makan dengan cepat. Namun cara ini boleh menyebabkan perut tidak selesa dan kekenyangan melampau.

    Mulakan berbuka dengan makanan ringan seperti kurma dan air, kemudian makan secara perlahan. Ini memberi masa kepada tubuh untuk menyesuaikan diri serta membantu penyerapan nutrien dengan lebih baik.

    1. Elakkan hidangan terlalu berat

    Makanan yang terlalu berminyak atau terlalu banyak boleh membuatkan badan terasa lesu dan mengantuk selepas berbuka.

    Sebaliknya, pilih hidangan yang lebih sederhana seperti lauk berprotein, sayur-sayuran, buah-buahan atau karbohidrat dalam kuantiti sederhana.

    Pemakanan seperti ini membantu mengekalkan tenaga tanpa membuatkan badan terasa terlalu berat.

    1. Kekal aktif dengan senaman ringan

    Berpuasa bukan alasan untuk berhenti bersenam. Aktiviti fizikal ringan sebenarnya boleh membantu meningkatkan tahap tenaga dan mengurangkan rasa letih.

    Namun, lakukan senaman pada waktu yang sesuai seperti selepas berbuka, sebelum sahur atau senaman ringan seperti berjalan kaki selepas tarawih.

    Elakkan senaman berat ketika masih berpuasa bagi mengelakkan dehidrasi.

    1. Susun keutamaan kerja

    Pengurusan kerja yang baik boleh mengurangkan tekanan sepanjang Ramadan. Cuba lakukan tugasan yang memerlukan fokus tinggi pada waktu pagi ketika tenaga masih stabil. Tugasan yang lebih ringan boleh dilakukan pada waktu petang.

    Menyusun senarai tugas harian juga membantu mengelakkan rasa tertekan dan memastikan kerja berjalan lebih teratur.

    1. Urus tekanan dengan teknik relaksasi

    Ramadan kadangkala menjadi lebih sibuk daripada biasa, terutama bagi mereka yang perlu mengimbangi kerja, ibadah dan urusan keluarga.

    Jika mula berasa tertekan, ambil beberapa minit untuk menenangkan diri. Teknik seperti pernafasan dalam, meditasi ringkas atau sekadar berehat seketika boleh membantu menenangkan fikiran dan meningkatkan fokus.

    Luangkan juga masa melakukan aktiviti yang menenangkan seperti membaca atau berbual bersama keluarga.

    1. Rehat seketika dan lakukan regangan

    Duduk terlalu lama di meja kerja boleh menyebabkan badan tegang dan cepat letih.

    Ambil rehat pendek setiap satu atau dua jam untuk berdiri, berjalan seketika atau melakukan regangan ringan. Pergerakan kecil ini membantu melancarkan peredaran darah dan membuatkan badan terasa lebih segar.

    Memecahkan tugasan kepada bahagian kecil juga boleh membantu mengurangkan keletihan mental.

    1. Tidur yang cukup

    Waktu tidur sering berubah sepanjang Ramadan, terutama kerana perlu bangun awal untuk sahur. Walaupun begitu, cuba pastikan anda mendapat sekitar tujuh hingga lapan jam tidur sehari. 

    Jika perlu, tidur seketika selama 20 hingga 30 minit pada waktu rehat tengah hari bagi memulihkan tenaga. Wujudkan rutin tidur yang konsisten dan suasana bilik yang selesa supaya badan dapat berehat dengan lebih berkualiti. – RELEVAN

    Previous Article5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan
    Next Article Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?

    Artikel berkaitan

    Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

    June 9, 2026

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026

    5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

    June 4, 2026
    Artikel Terkini

    Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

    June 9, 2026

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.