Facebook Twitter
    Trending
    • 7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba
    • Tanda-tanda anda menghidap buasir
    • Bandar paling bahagia di Malaysia 2026
    • Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 
    • Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan
    • Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang
    • 7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan
    • Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda-tanda anda menghidap buasir

      April 17, 2026

      Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

      April 14, 2026

      Bahaya lupa makan

      April 14, 2026

      Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

      April 13, 2026

      5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti

      April 13, 2026
    • Kewangan

      Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

      April 16, 2026

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026
    • Pendidikan

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026
    • Kerjaya

      7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

      April 17, 2026

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Persiapan kewangan untuk orang muda

    Persiapan kewangan untuk orang muda

    By AMAL HAYATI FAUZIApril 2, 20262 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Persiapan kewangan untuk orang muda. - GAMBAR IHSAN MEDIA MULIA

    SEBAHAGIAN golongan muda, khususnya yang berusia bawah 25 tahun cenderung memandang ringan mengenai pengurusan kewangan. Keterujaan menerima gaji pertama sering mendorong mereka berbelanja tanpa perancangan yang rapi.

    Menurut pakar kewangan, Faiz Zulfakar, asas kewangan yang kukuh seharusnya dibina semasa fasa permulaan kerjaya demi memastikan kestabilan tempoh masa panjang. Tambahan pula dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu ketika ini.

    Beliau menegaskan bahawa disiplin, ilmu dan perancangan adalah tiga elemen penting yang perlu diberi perhatian oleh generasi muda hari ini. 

    Bina tabung kecemasan sebagai asas utama

    Faiz berkata, langkah paling penting adalah dengan mewujudkan tabung kecemasan sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan perbelanjaan.

    Tabungan ini sebaiknya disimpan dalam platform simpanan berisiko rendah dan mudah dicairkan seperti Tabung Haji atau Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Ia penting bagi melindungi individu daripada situasi tidak dijangka seperti kehilangan pekerjaan atau kecederaan akibat kemalangan.

    Katanya, golongan muda harus menjadikan simpanan ini sebagai rutin bulanan. Setiap kali menerima gaji atau elaun, salurkannya ke dalam tabung kecemasan secara konsisten.

    Asingkan akaun untuk kawal kewangan

    Selain itu, Faiz menggalakkan golongan muda mengasingkan akaun bank bagi tujuan berbeza-beza.

    Tambahnya, sekurang-kurangnya dua akaun diperlukan iaitu:

    • Akaun pertama untuk perbelanjaan harian
    • Akaun kedua khusus untuk simpanan atau komitmen masa hadapan

    Kaedah ini membantu mengelakkan perbelanjaan secara berlebihan serta memudahkan pemantauan aliran tunai.

    Tingkatkan ilmu kewangan secara konsisten

    Dalam keadaan ekonomi dunia yang berubah-ubah, ilmu menjadi aset paling berharga.

    Golongan muda digalakkan menetapkan sasaran untuk mempelajari sekurang-kurangnya satu topik kewangan setiap minggu.

    Antara perkara yang boleh dipelajari termasuk teknik simpanan, cara pinjaman berfungsi, kos pembelian rumah, perancangan perkahwinan serta pengurusan komitmen seperti pembelian kenderaan.

    Pelaburan terbaik adalah diri sendiri

    Mengakhiri perkongsian, Faiz menegaskan bahawa pelaburan paling penting pada usia muda adalah terhadap diri sendiri.

    Ilmu, kemahiran dan kesedaran kewangan yang dibina hari ini akan menjadi pelindung utama kepada kestabilan kewangan peribadi pada masa akan datang. – RELEVAN

    Previous ArticleTabiat kunyah ais boleh membawa kepada…
    Next Article Cara berjimat ketika harga barang naik 

    Artikel berkaitan

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026
    Artikel Terkini

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.