Zubaidah Ibrahim

MENURUT data Bank Dunia, jumlah perbelanjaan perkhidmatan kesihatan di Malaysia adalah setara dengan negara jiran yang lain iaitu sekitar empat peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). Untuk tahun 2023, Kementerian Kesihatan menerima peruntukan 36.1 bilion ringgit berbanding 32.4 bilion ringgit tahun lalu, iaitu antara peningkatan peruntukan terbesar berbanding kementerian lain. Sehubungan itu, RELEVAN perincikan perbelanjaan kesihatan yang dibentangkan dalam Bajet 2023 oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz  hari ini. Perolehan ubat dan vaksin Sejumlah 4.9 bilion ringgit turut disediakan bagi menampung perolehan seperti ubat, reagen, vaksin dan bahan guna habis iaitu meningkat 12 peratus (%)…

Read More

PENUAAN penduduk merupakan fenomena global dan biasanya dihadapi oleh negara maju yang mempunyai taraf hidup tinggi. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mentakrifkan penduduk menua sebagai komuniti yang berumur 65 tahun ke atas. Walaupun Banci Penduduk dan Perumahan 2020 menunjukkan Malaysia belum dikategorikan sebagai negara menua, namun Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengunjurkan 7.3 peratus (%) daripada jumlah penduduk akan mencapai umur 65 tahun ke atas pada tahun 2022. Penduduk menua di Malaysia telah meningkat dengan kadar yang lebih pantas daripada jangkaan awal iaitu 2030. Menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2023, menjelang 2050, penduduk Malaysia yang berumur 65 tahun ke atas dijangka melebihi 15%…

Read More

SEBANYAK 1,794 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam berbanding 1,722 kes kelmarin. Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,850,102 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 1,227 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,790,116 kes. Sebanyak empat kes kematian dilaporkan semalam dan sifar kematian sebelum tiba di hospital (BID). Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,391 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,739 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 23,601 kes dengan 22,617 kes atau…

Read More

SERAMAI 3,553 pelajar baharu program bacelor yang terdiri daripada 1,116 pelajar lelaki dan 2,437 pelajar wanita telah mendaftar di Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi sesi akademik 2022/2023. Naib Canselor UPM, Datuk Prof. Dr. Mohd. Roslan Sulaiman berkata, daripada jumlah tersebut seramai 84 pelajar program bacelor akan mendaftar di kampus UPM Bintulu, Sarawak. UPM juga turut menerima 80 atlet sukan negara yang pernah menyertai Sukan Asia Tenggara (SEA) dan Sukan Malaysia (Sukma). Majoritinya daripada mereka terdidri daripada atlet hoki, ragbi dan olahraga. “Salah seorang daripada atlet tersebut ialah Kirandeep Kaur yang pernah menjadi johan dalam World Hockey Series Singapore 2018, tempat…

Read More

KES jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 1,722 kes berbanding 1,483 kes kelmarin. Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,848,308 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 1,639 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,788,889 kes. Sebanyak dua kes kematian dilaporkan semalam dan dua kes kematian sebelum tiba di hospital (BID). Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,387 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,739 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 23,038 kes dengan 22,011 kes…

Read More

KERAJAAN sangat memberikan penekanan kepada aspek kesihatan apatah lagi ketika dunia diuji dengan pandemik Covid-19 yang memerlukan peruntukan besar bagi menangani isu tersebut. Mengimbas kembali pembentangan Bajet 2022, sebanyak RM32.4 bilion telah diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan. Peruntukan tersebut merupakan yang kedua terbesar selepas Kementerian Pendidikan lantas ia menjadi bukti kerajaan sentiasa mengutamakan aspek kesihatan awam bagi membina daya tahan negara dalam persediaan ke fasa endemik Covid-19. Selain itu, dalam mendepani peperangan pandemik Covid-19, kerajaan telah menambah RM4 bilion khususnya untuk meneruskan agenda menangani Covid-19 yang merangkumi RM2 bilion bagi membiayai program vaksinasi. Manakala RM2…

Read More

ANGKA jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 1,483 kes semalam berbanding 1,244 kes kelmarin. Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,846,586 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 1,852 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,787,250 kes. Sebanyak lima kes kematian dilaporkan semalam dan satu kes kematian sebelum tiba di hospital (BID). Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,385 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,737 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 22,957 kes dengan 21,958…

Read More

SEMALAM mencatatkan sebanyak 1,244 kes jangkitan baharu Covid-19 berbanding 1,360 kes kelmarin. Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,845,103 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 2,005 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,785,398 kes. Sebanyak lima kes kematian dilaporkan semalam dan dua kes kematian sebelum tiba di hospital (BID). Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,380 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,736 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 23,331 kes dengan 22,317 kes…

Read More

PENYELIDIK dari Universiti East Anglia, United Kingdom (UK) berjaya membuat penemuan penting tentang bagaimana kanser prostat boleh mula berkembang. Satu kajian terbaharu yang dikongsikan di sciencedaily mendedahkan bahawa sel-sel tisu di seluruh prostat sudah siap dan bersedia untuk mengembangkan kanser prostat. Ini bermakna, mungkin lebih baik untuk merawat keseluruhan prostat daripada hanya kawasan dalam prostat yang mempunyai kanser. Pasukan penyelidik berharap kajian mereka dapat membantu saintis memahami dengan lebih baik punca kanser prostat dan sekali gus, mencegahnya. Ketua penyelidik, Prof. Daniel Brewer berkata, kanser prostat adalah kanser yang paling biasa dalam kalangan lelaki dan membunuh seorang lelaki setiap 45 minit…

Read More

JANGKITAN baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 1,360 kes berbanding 1,626 kes kelmarin. Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,843,859 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 2,271 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,783,393 kes. Sebanyak satu kes kematian dilaporkan semalam dan satu kes kematian sebelum tiba di hospital (BID). Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,375 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,734 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 24,097 kes dengan 23,075 kes atau…

Read More