Facebook Twitter
    Trending
    • Ancaman tersembunyi internet, telefon pintar
    • Ancaman kewangan alam siber: Penipu, pencuri, penggodam sedang menunggu peluang
    • Ajar anak cara congak
    • Ini apa yang perlu dilakukan sekiranya anda sedang bersedih
    • 8 langkah hadapi kecurangan, putus atau teruskan hubungan
    • 5 perkara ibu bapa boleh bantu anak mulakan pekerjaan pertama
    • Apa itu job insecurity dan 8 cara mengatasinya
    • 5 album yang berusia 10 tahun pada 2023
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Ini apa yang perlu dilakukan sekiranya anda sedang bersedih

      November 29, 2023

      7 tanda perhubungan toksik, ‘bahagia dalam derita’

      November 27, 2023

      Alergi makanan boleh bawa maut, kenali punca dan gejala  

      November 23, 2023

      8 petanda stres pada kulit muka selain jerawat

      November 21, 2023

      Populariti merkuri dalam kecantikan, sebab dan kesan buruknya

      November 20, 2023
    • Kewangan

      Ancaman tersembunyi internet, telefon pintar

      November 30, 2023

      Ancaman kewangan alam siber: Penipu, pencuri, penggodam sedang menunggu peluang

      November 30, 2023

      5 perkara ibu bapa boleh bantu anak mulakan pekerjaan pertama

      November 28, 2023

      1 daripada 3 rakyat Malaysia tidak celik kewangan

      November 22, 2023

      6.3 juta bersara dengan RM42 sebulan, ini kelemahan lain perlindungan sosial warga emas di Malaysia

      November 21, 2023
    • Pendidikan

      Ajar anak cara congak

      November 29, 2023

      8 langkah hadapi kecurangan, putus atau teruskan hubungan

      November 28, 2023

      5 album yang berusia 10 tahun pada 2023

      November 27, 2023

      7 cara memperkuat ingatan 

      November 24, 2023

      Kes perceraian meningkat 43.1% pada 2022, paling banyak libatkan pasangan berumur 30-39 tahun

      November 23, 2023
    • Kerjaya

      5 perkara ibu bapa boleh bantu anak mulakan pekerjaan pertama

      November 28, 2023

      Apa itu job insecurity dan 8 cara mengatasinya

      November 28, 2023

      Malas bekerja? 7 tip ini untuk anda, nombor 5 paling menarik

      November 24, 2023

      5 sebab penting meraikan kejayaan pekerja

      November 22, 2023

      Jumlah siswazah menganggur berkurang, peningkatan tinggi dalam kategori majikan dan bekerja sendiri

      November 20, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kadar bunuh diri lelaki meningkat, lima kematian setiap hari

    Kadar bunuh diri lelaki meningkat, lima kematian setiap hari

    By Zubaidah IbrahimNovember 4, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KEBANYAKAN lelaki sukar berkongsi masalah berkaitan kesihatan fizikal dan mental kerana mereka merupakan pencari nafkah utama untuk keluarga.- GAMBAR HIASAN/JCOMP/FREEPI

    KESIHATAN fizikal sememangnya penting, begitu juga kesihatan mental dan emosi tidak boleh diabaikan kerana ia turut menyumbang kepada kesejahteraan seseorang secara menyeluruh.

    Bersempena dengan bulan kesedaran kesihatan lelaki pada November ini, Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV) menyeru para lelaki untuk mengutamakan kesihatan mereka.

    Menurut laporan daripada Frontiers in Psychiatry mendedahkan bahawa kadar bunuh diri lelaki telah meningkat secara ketara di antara tahun 2014 dan 2019.

    Dianggarkan sebanyak 1,841 kes kematian bunuh diri setiap tahun dengan lima kematian setiap hari, menjadikan ia perkara yang membimbangkan dan perlu diambil serius.

    ARTIKEL BERKAITAN: 4 tanda anda perlukan bantuan pakar kesihatan mental – Relevan

    Kebanyakan lelaki sukar berkongsi masalah berkaitan kesihatan fizikal dan mental kerana mereka merupakan pencari nafkah utama untuk keluarga.

    Oleh itu, mereka sering mengabaikan sebarang penyakit yang dialami dan seterusnya menyebabkan tahap kesihatan mereka semakin merudum.

    Pakar Perunding Psikiatri daripada SMCV, Dr. Celine Chan Tze Lin berkata, lelaki yang tidak bercakap tentang emosi mereka secara terbuka mungkin mengalami kesukaran untuk mengenal pasti simptom masalah kesihatan mental.

    “Oleh itu, mereka tidak mendapatkan sokongan dan bantuan orang lain yang rapat dengan untuk mengesan tanda-tandanya.

    “Antara petanda ahli keluarga atau rakan anda mungkin mengalami penyakit mental  ialah selalu berasa sedih, cemas, bimbang, cepat marah, mengalami masalah tidur, tidak lagi berminat dengan hobi mereka serta tidak berminat dengan perkara lain.

    “Apabila perasan-perasaan ini menjadi semakin kuat, berlarutan untuk tempoh yang lama dan mula menganggu prestasi kerja serta hubungan, ia mungkin petanda masalah kesihatan mental,” kongsinya.

    Tambah beliau, mempunyai sistem sokongan yang kuat untuk lelaki mahupun mana-mana pesakit lain member banyak faedah positif, termasuklah kemahiran kawalan diri atau coping skills yang lebih baik, mengurangkan kemurungan, kebimbangan dan tekanan.

    Pembunuh senyap dalam kalangan lelaki

    Selain membincangkan isu kesihatan mental, menjalankan pemeriksaan diri dan mendapatkan rawatan untuk penyakit seperti kanser boleh membawa kepada hasil rawatan yang lebih baik.

    Mengulas lanjut mengenai pembunuh senyap, Pakar Perunding Urologi, Dato’ Dr. Selvalingam Sothilingam berkata, ia merujuk kepada kanser yang wujud dan menyebabkan simptom minimum seperti kanser prostat dan kanser testis boleh disembuhkan jika dapat dikesan lebih awal.

    ARTIKEL BERKAITAN: Manfaat muzik metal terhadap kesihatan mental – Relevan

    “Kanser prostat sering dikelirukan dengan hyperplasia prostat benigna (BPH) yang merupakan keadaan beningna prostat atau bengkak prostat yang selalunya berlaku dalam kalangan lelaki yang lebih berusia.

    “Kanser testis pula boleh bermula daripada sebuah ketulan kecil di testis dan lebih mudah dikesan, tetapi hanya jika seseorang lelaki itu selalu melakukan pemeriksaan testis kendiri secara berkala,” terang beliau.

    Kedua-dua kanser ini boleh wujud tanpa sebarang simptom, namun terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira sebagai faktor risiko.

    Antaranya, lelaki yang mempunyai sejarah keluarga menghidap kanser prostat atau payudara atau berusia 50 tahun ke atas terutamanya mereka yang mengalami lower urinary tract symptoms.

    Mereka boleh mendapatkan rundingan doktor dan mempertimbangkan untuk melakukan ujian darah penanda tumor ‘Prostate Specific Antigen’ (PSA).

    “Rawatan kanser prostat awal kini selamat dan kurang rumit dengan evolusi pembedahan robotik dan kemajuan teknologi dalam radioterapi prostat, menjadikan ia pilihan rawatan yang selalunya memberikan hasil yang baik dengan kesan sampingan yang minimal.

    “Untuk kanser testis, rawatan utamanya ialah melalui pembedahan membuang testis, namun pesakit masih akan mempunyai testis kontralateral yang akan terus menghasilkan hormon lelaki, testosteron dan juga sperma.

    “Pilihan untuk melakukan perbankan sperma sebelum menjalani pembedahan juga disediakan kepada pesakit yang belum berkahwin atau ingin menambah cahaya mata.

    “Kanser testis tahap awal boleh dirawat dan tidak memerlukan kos yang tinggi berbanding kes kanser testis yang sudah teruk,” ujarnya.

    Bantuan yang disediakan

    Pesakit boleh mendapatkan bantuan kaunseling untuk membantu mereka melalui tempoh yang sukar ini.

    Terdapat NGO seperti Persatuan Kanser Prostat Malaysia (PCSM) yang terdiri daripada bekas pesakit kanser yang telah pulih dan boleh memberikan kata-kata nasihat serta semangat kepada pesakit baru kerana mereka pernah berada di tempat yang sama.

    PCSM juga menyediakan kumpulan sokongan di pelbagai hospital untuk membantu mengurangkan kebimbingan para pesakit yang baharu didiagnosis dengan kanser prostat.

    Di samping itu, kebanyakan hospital juga menyediakan sokongan kesihatan mental di jabatan terapi khusus termasuk menyediakan pakar psikiatri, pakar psikologi klinikal dan kaunselor klinikal yang akan membantu pesakit sepanjang tempoh rawatan.

    “Lelaki yang menghidap kanser seperti ini akan sering berasa sedih kerana mereka mengalami masalah kesihatan yang berkaitan dengan sistem pembiakan.

    “Oleh itu, sokongan psikososial daripada orang yang disayangi, rakan sebaya, dan pasukan penjagaan kesihatan beserta pemeriksaan kesihatan secara berkala serta amalan gaya hidup sihat seperti kerap bersenam telah menunjukkan kepada pengurangan masalah kesihatan mental yang drastic,” tutur Celine.- RELEVAN

    bunuh diri featured kanser kesihatan mental lelaki prostat
    Artikel Terkini

    Ancaman tersembunyi internet, telefon pintar

    November 30, 2023

    Ancaman kewangan alam siber: Penipu, pencuri, penggodam sedang menunggu peluang

    November 30, 2023

    Ajar anak cara congak

    November 29, 2023

    Ini apa yang perlu dilakukan sekiranya anda sedang bersedih

    November 29, 2023

    8 langkah hadapi kecurangan, putus atau teruskan hubungan

    November 28, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.