Facebook Twitter
    Trending
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 6 langkah atasi buli di tempat kerja

    6 langkah atasi buli di tempat kerja

    By Zubaidah IbrahimOctober 27, 2022Updated:October 27, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    BERGOSIP dan bercakap buruk tentang seseorang merupakan perbuatan buli secara halus.- GAMBAR HIASAN/TEKSOMOLI/FREEPIK

    BULI di tempat kerja bukanlah perkara yang baharu dan boleh dikatakan ia terjadi di mana-mana sahaja persekitaran pekerjaan dengan mencetuskan perasaan kurang senang mangsa serta tidak kurang juga mendatangkan ancaman keselamatan.

    Tanda-tanda buli

    “Dalam sesetengah kes, perilaku buli di tempat kerja berlaku sangat jelas seperti mengancam dan mengaibkan mangsa.

    “Selain itu, menjerit dan memanggil nama adalah tanda jelas tingkah laku buli, tetapi ia juga boleh menjadi buli secara halus,” kata Perunding Kanan Sumber Manusia di Engage PEO, Vanessa Matsis-McCready.

    Antara tingkah laku buli secara halus ialah bergosip tentang anda dan bercakap buruk mengenai anda kepada penyelia.

    ARTIKEL BERKAITAN: Apa itu trauma di tempat kerja dan cara mengatasinya – Relevan

    Cara menghentikan buli di tempat kerja

    Terdapat pelbagai cara boleh dilakukan untuk menangani pembuli di tempat kerja seperti dikongsikan oleh money.usnews.

    1. Bersemuka dengan pembuli

    Jika anda berasa selesa dan mempunyai keyakinan bersemuka dengan pembuli, ambil pendekatan untuk bercakap dengannya secara langsung.

    “Beritahu tentang perasaan anda apabila diperlakukan sedemikian, berikan contoh-contoh perbuatannya yang berunsur buli itu.

    “Perbualan ini penting untuk memahami perspektif pembuli dan sebab dia melakukannya.

    “Ada kemungkinan mereka tidak menyedari apa yang dilakukan itu memberi kesan negatif kepada orang lain,” terang Matsis-McCready.

     2. Bercakap dengan Jabatan Sumber Manusia

    Walaupun menyelesaikan masalah bersemuka secara langsung dengan pembuli mungkin kelihatan ideal, tetapi ia jarang berlaku dengan baik.

    Tidak semua orang mungkin selesa dengan pendekatan itu dan ia mungkin tidak berkesan.

    Sehubungan itu, dalam sesetengah kes adalah lebih baik membuat aduan terus ke Jabatan Sumber Manusia, terutamanya jika buli melibatkan tingkah laku mengancam atau gangguan lisan.

    3. Beri kerjasama penuh

    Di kebanyakan syarikat, aduan buli di tempat kerja akan disusuli dengan penyiasatan yang dilakukan oleh Jabatan Sumber Manusia.

    Walaupun tidak perlu menyediakan maklumat interaksi terperinci, tetapi anda hendaklah memberikan sebanyak mungkin maklumat mengenai perbuatan buli itu yang mengganggu anda.

    “Sangat sukar untuk syarikat membantu anda jika mereka tidak tahu apa yang berlaku.

    “Kadangkala, pekerja hanya mahu bercakap tanpa diambil rakaman keterangan atau memberikan dakwaan yang samar-samar terhadap rakan sekerja sehingga menyukarkan kakitangan Sumber Manusia untuk menyiasat masalah itu dengan betul,” tambah Matsis-McCready lagi.

    PERBUATAN buli boleh menjejaskan emosi seseorang dan mengancam keselamatan mangsa.- GAMBAR HIASAN/DRAZEN ZIGIC/ FREEPIK

    4. Pertukaran/latihan

    Walaupun anda mungkin mahu pembuli itu diberhentikan kerja kerana perbuatan tersebut, tetapi itu bukanlah keputusan yang akan diambil oleh majikan.

    Sebaliknya, tujuan aduan itu adalah untuk mengubah tingkah laku yang tidak moral pembuli tersebut.

    Pembuli biasanya akan diberi latihan semula dan ditukarkan ke jabatan lain untuk memastikan tingkah laku buruk itu berakhir.

    5. Berunding dengan peguam

    Buli bukan satu perkara yang kecil jikalau ia memberi ancaman buruk termasuklah keselamatan mangsa, apatah lagi jika Jabatan Sumber Manusia tidak bertindak balas terhadap kebimbangan anda dengan sewajarnya.

    Oleh itu, anda mungkin memerlukan perkhidmatan peguam bagi membincangkan perkara tersebut dan tindakan seterusnya yang perlu diambil ke atas pembuli.

    ARTIKEL BERKAITAN: Wajarkah ‘cuti patah hati’ diberikan kepada mereka yang putus cinta? – Relevan

    6. Perkara yang perlu dilakukan jika anda menyaksikan kes buli

    Perkara terbaik yang boleh dilakukan apabila melihat kes buli ialah berbincang dengan rakan sekerja sebelum mengambil sebarang tindakan selanjutnya.

    Bertanya khabar mangsa adakah dia dalam keadaan baik atau sebaliknya. Elakkan berhadapan secara langsung dengan pembuli kerana ia akan mengeruhkan lagi keadaan.

    Ada kemungkinan perkara yang anda anggap sebagai buli itu, tetapi tidak mengganggu rakan sekerja. 

    Walau bagaimanapun, jika ia menjengkelkan, galakkan mangsa bercakap dengan kakitangan Jabatan Sumber Manusia.

    Sekiranya mangsa menolak, anda mungkin perlu mempertimbangkan untuk bercakap dengan pihak atasan atau Jabatan Sumber Manusia jika anda melihat kesihatan rakan sekerja berada dalam bahaya atau terjadinya sentuhan fizikal antara pembuli dan mangsa.-RELEVAN

    Previous Article2,136 kes baharu Covid-19, 6 kematian dilaporkan semalam
    Next Article NGO desak Malaysia keluar CPTPP, jejas hak petani dan keterjaminan makanan

    Artikel berkaitan

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.