Facebook Twitter
    Trending
    • Apa punca manusia tersedu?
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa punca manusia tersedu?

      August 6, 2026

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Anjing boleh hidu bau orang stres, kata penyelidik  

    Anjing boleh hidu bau orang stres, kata penyelidik  

    By Zubaidah IbrahimFebruary 2, 2023Updated:February 2, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    ANJING boleh mengenal pasti bau badan manusia yang stres. - GAMBAR HIASAN/ADRIANA MORALES/PIXABAY

    BAU yang dikeluarkan oleh badan berupaya membentuk isyarat kimia yang berkembang untuk komunikasi, terutamanya dalam kebanyakan spesies.

    Anjing mempunyai deria bau yang luar biasa apatah lagi sejarah rapat haiwan itu dengan manusia dan penggunaannya untuk menyokong psikologi manusia seperti kebimbangan, serangan panik dan gangguan tekanan selepas trauma (PTSD).

    Sehubungan itu, ia mencetuskan idea untuk pasukan penyelidik mengkaji keupayaan anjing untuk merasakan isyarat kimia (bau badan) orang yang tertekan dan bertindak balas kepada keadaan psikologi pemiliknya.

    Penyelidikan terbaru itu diterbitkan dalam jurnal akses terbuka PLOS ONE oleh Clara Wilson dari Queen’s University Belfast, United Kingdom bersama rakan sekerjanya.

    Para penyelidik mengumpul sampel nafas dan peluh daripada peserta bukan perokok yang tidak makan atau minum.

    Sampel dikumpulkan sebelum dan selepas tugas aritmetik pantas bersama dengan laporan tahap tekanan dan ukuran fisiologi objektif iaitu kadar denyutan jantung (HR) dan tekanan darah (BP).

    “Sampel daripada 36 peserta yang melaporkan peningkatan tekanan kerana tugas dan mengalami peningkatan dalam HR serta BP semasa tugasan ditunjukkan kepada anjing terlatih dalam masa tiga jam selepas dikumpulkan.

    “Empat anjing pelbagai baka telah dilatih untuk menghidu bau badan manusia dan mengenal pasti tahap stres masing-masing.

     “Ketika sesi ujian itu,  anjing-anjing tersebut diminta untuk mencari sampel tekanan peserta (diambil pada akhir tugasan) manakala sampel santai orang yang sama (diambil hanya beberapa minit sebelum tugas bermula),” kata Wilson.

    Jels beliau, secara keseluruhannya, anjing boleh mengesan dan mempamerkan tingkah laku berjaga-jaga pada sampel yang diambil semasa tekanan sebanyak 675 daripada 720 ujian.

    Penulis menyimpulkan bahawa anjing boleh mengesan bau yang berkaitan dengan perubahan dalam Sebatian Organik Meruap yang dihasilkan oleh manusia sebagai tindak balas kepada tekanan.

    “Penemuan ini memberitahu kita lebih lanjut tentang hubungan manusia dan anjing serta boleh diaplikasikan untuk latihan kecemasan serta perkhidmatan anjing PTSD yang kini dilatih untuk bertindak balas terutamanya kepada isyarat visual.

    “Kajian ini menunjukkan bahawa anjing boleh membezakan antara nafas dan peluh yang diambil daripada manusia sebelum dan selepas tugasan yang menimbulkan tekanan dengan ketepatan 93.75%.

    “Penemuan ini memberitahu kita bahawa tindak balas tekanan akut, negatif serta psikologi telah mengubah profil bau nafas kita atau peluh dan anjing dapat mengesan perubahan bau ini,” terang Wilson lagi.- RELEVAN

     

    Previous Article325 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam
    Next Article Tiada kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

    Artikel berkaitan

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.