Facebook Twitter
    Trending
    • 7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja
    • Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki
    • Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun
    • Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya
    • Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?
    • Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya
    • Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu
    • 9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki

      September 26, 2023

      Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

      September 25, 2023

      Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya

      September 22, 2023

      Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu

      September 21, 2023

      10 makanan pencetus migrain

      September 18, 2023
    • Kewangan

      3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

      September 20, 2023

      Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

      September 19, 2023

      Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

      September 15, 2023

      Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

      September 14, 2023

      Hampir 28,000 unit rumah tidak terjual, ini faktor-faktornya

      September 13, 2023
    • Pendidikan

      Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

      September 26, 2023

      Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata

      September 19, 2023

      Aplikasi kesihatan mental:  90% rakyat Malaysia berisiko kehilangan data

      September 13, 2023

      UPM terbit modul perintis nano untuk pelajar sekolah menengah

      September 13, 2023

      Cara buat pengesahan setuju terima dan permohonan rayuan UPU

      September 7, 2023
    • Kerjaya

      7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja

      September 26, 2023

      Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

      September 25, 2023

      9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023

      September 21, 2023

      4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia

      September 21, 2023

      Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti

      September 21, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kucing jalanan ubah hidup Bowen dari gelandangan ke karpet merah

    Kucing jalanan ubah hidup Bowen dari gelandangan ke karpet merah

    By Zubaidah IbrahimFebruary 10, 2023Updated:March 11, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KISAH keakraban Bowen dan Bob diabadikan dalam buku A Street Cat Named Bob.- GAMBAR IHSAN WIKIPEDIA

    KEHADIRAN seekor kucing jantan berona oren telah membawa sinar dalam hidup James Bowen yang mana ketika itu dia merupakan seorang gelandangan dan juga bertarung dengan ketagihan dadah.

    Pertemuan Bowen dengan kucing jalanan yang diberi nama Bob pada tahun 2007 telah mengubah kompas hidup jejaka tersebut dan mengangkatnya ke titik teratas sehingga ke karpet merah.

    Ketika pertama kali melihat Bob, hati Bowen tersentuh dengan keadaan kucing tersebut yang terbiar dan cedera lantas dia mengambil keputusan untuk menjaga serta merawatnya.

    Bermula detik itu, Bob menemani Bowen sepanjang masa termasuk ketika lelaki itu bermain muzik di jalanan dan menjaja majalah The Big Issue di London.

    ARTIKEL BERKAITAN: Burung ‘sampah’ ini yang pertama beracun di dunia – Relevan

    The Big Issue adalah sebuah majalah yang menjana pendapatan untuk gelandangan di sekitar ibu kota Britain.

    BOB menemani Bowen sepanjang masa termasuk ketika lelaki itu bermain muzik di jalanan dan menjaja majalah The Big Issue di London.- GAMBAR IHSAN WIKIPEDIA

    Bowen berkata, Bob telah menyelamatkan nyawanya dan kucing itu juga memberinya lebih daripada nilai persahabatan.

    “Di sisinya saya menemui hala tuju kehidupan dan tujuan yang saya terlepas sebelum ini.

    “Dia (Bob) telah bertemu dengan beribu-ribu orang, menyentuh berjuta-juta nyawa. Tidak pernah ada kucing sepertinya,” ujar Bowen.

    Bowen menulis keakraban mereka di dalam sebuah buah bertajuk A Street Cat Named Bob pada tahun 2016 sehingga menjadi buku terlaris di United Kingdom.

    Selepas itu, Bowen menulis lapan lagi buku mengenai Bob dan kemudian turut ditulis dalam lebih empat puluh bahasa yang berbeza.

    Inspirasi daripada kisah hidup Bowen bersama teman kecilnya itu turut diangkat dalam filem A Gift from Bob dan A Street Cat Named Bob yang juga menampilkan kucing tersebut.

    ARTIKEL BERKAITAN: Anjing boleh hidu bau orang stres, kata penyelidik   – Relevan

    Bob yang popular dengan memakai skaf di leher banyak membantu pemulihan diri Bowen dan memberi lelaki itu hidup baharu.

    “Kejayaan yang kami capai bersama melalui buku dan filem adalah ajaib.

    “Bob seekor kucing yang bijak dan suka bergaul, berbeza dengan kebanyakan kucing yang suka menyendiri,” ceritanya.

    KEHADIRAN Bob mengubah kompas hidup Bowen sehingga dia menjadi insan berjaya.- GAMBAR OLEH MIRROR

    Selepas menjalani kisah gemilang bersama Bob selama 13 tahun, akhirnya kucing itu telah meninggalkan Bowen buat selama-lamanya. Pada 14 Jun 2020 Bob ditemui mati ditepi jalan berdekatan rumah Bowen.

    Kehilangan sahabat ciliknya itu membuatkan Bowen berdukacita dan mengabadikan kenangan mereka di Islington Green, utara London dengan membina arca gangsa bersaiz sebenar Bob di situ.

    “Saya rasa seperti cahaya telah padam dalam hidup saya. Saya tidak akan melupakan dia (Bob).

    Sementara itu, editor The Big Issue, Paul McNamee berkata, mula-mula Bob mengubah kehidupan Bowen, kemudian ia mengubah dunia.

    “Bob sangat bermakna kepada The Big Issue dan merupakan sebahagian besar daripada cerita kami kerana The Big Issue adalah cerita untuknya.

    “Selama bertahun-tahun kami telah melaporkan kejayaannya dan setiap kali kami meletakkan Bob dan Bowen di muka depan, vendor kami gembira.

    “Kisah kucing ini dan Bowen mengajar kita tentang sebuah harapan, peluang kedua dan jangan berputus asa,” tuturnya.- RELEVAN

    featured gelandangan hidup kucing zubaidah
    Artikel Terkini

    7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja

    September 26, 2023

    Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki

    September 26, 2023

    Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

    September 26, 2023

    Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

    September 25, 2023

    Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

    September 25, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.