Facebook Twitter
    Trending
    • 7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja
    • Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki
    • Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun
    • Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya
    • Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?
    • Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya
    • Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu
    • 9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki

      September 26, 2023

      Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

      September 25, 2023

      Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya

      September 22, 2023

      Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu

      September 21, 2023

      10 makanan pencetus migrain

      September 18, 2023
    • Kewangan

      3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

      September 20, 2023

      Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

      September 19, 2023

      Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

      September 15, 2023

      Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

      September 14, 2023

      Hampir 28,000 unit rumah tidak terjual, ini faktor-faktornya

      September 13, 2023
    • Pendidikan

      Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

      September 26, 2023

      Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata

      September 19, 2023

      Aplikasi kesihatan mental:  90% rakyat Malaysia berisiko kehilangan data

      September 13, 2023

      UPM terbit modul perintis nano untuk pelajar sekolah menengah

      September 13, 2023

      Cara buat pengesahan setuju terima dan permohonan rayuan UPU

      September 7, 2023
    • Kerjaya

      7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja

      September 26, 2023

      Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

      September 25, 2023

      9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023

      September 21, 2023

      4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia

      September 21, 2023

      Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti

      September 21, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » SOP pelitup muka dilonggarkan tapi masih wajib dalam 2 situasi ini

    SOP pelitup muka dilonggarkan tapi masih wajib dalam 2 situasi ini

    By KU SYAFIQ KU FOZIJune 29, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PEMAKAIAN pelitup muka dalam pengangkutan awam tidak lagi diwajibkan, tetapi digalakkan. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    PROSEDUR operasi standard (SOP) pengurusan pandemik Covid-19 kini memasuki fasa baharu apabila Kementerian Kesihatan membuat semakan semula terhadap beberapa perkara, termasuk SOP pemakaian pelitup muka dan pengasingan kes.

    Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa berkata, SOP pemakaian pelitup muka yang dahulunya wajib ke atas pesakit Covid-19, semasa berada dalam pengangkutan awam (kecuali kapal terbang) dan di fasiliti kesihatan telah dikemas kini.

    Katanya, berkuat kuasa 5 Julai ini, hanya dua situasi yang mewajibkan pemakaian pelitup muka, iaitu:

    • Kes positif Covid-19
    • Ketika berada di fasiliti kesihatan mengikut amalan Kawalan dan Pencegahan Infeksi semasa berhadapan atau mengandalikan pesakit

    Dalam tiga situasi ini pula, orang ramai digalakkan memakai pelitup muka berdasarkan penilaian kendiri, iaitu:

    • Individu berisiko tinggi seperti warga emas, individu dengan penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah atau ibu mengandung terutama ketika berada di tempat sesak dan pengudaraan kurang baik
    • Individu yang bergejala respiratori bagi mengelakkan jangkitan kepada orang lain
    • Semasa berada dalam perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, kereta api, kapal terbang, teksi termasuk perkhidmatan e-hailing, bas/van pekerja dan bas/van sekolah

    Ini bermakna, orang ramai tidak lagi wajib memakai pelitup muka dalam pengangkutan awam seperti yang ditetapkan sebelum ini. Walau bagaimanapun, pemakaian pelitup muka tetap digalakkan dan dinasihatkan bagi mengelakkan risiko jangkitan.

    Situasi terkini jangkitan Covid-19 dan pemvaksinan

    Menurut Zaliha, sejak lima minggu kebelakangan ini (minggu epidemik (ME) 21/2023 hingga ME 25/2023), bilangan kes baharu Covid-19 telah menunjukkan penurunan sebanyak 53.5 peratus daripada 5,801 kes kepada 2,698 kes.

    Malah, katanya, kes kematian akibat Covid-19 juga berkurang sebanyak 35.3 peratus daripada 17 kes kepada 11 kes.

    “Dari segi kapasiti hospital pula, jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital awam dan pengisian katil fasiliti Covid-19 menurun, manakala peratus pengisian katil Unit Rawatan Rapi (ICU) kekal stabil pada 6.0 peratus pada 25/2023.

    “Sehingga 27 Jun 2023, sebanyak 16,337,744 (50 peratus) penduduk Malaysia telah menerima dos penggalak pertama dan 825,275 (2.5 peratus) sahaja menerima dos penggalak kedua,” katanya dalam kenyataan pada 29 Jun.

    SOP pengasingan kes disahkan Covid-19

    Jelas Zaliha, arahan pengasingan kes disahkan Covid-19 diteruskan dengan tempohnya dipendekkan daripada tujuh hari kepada lima dari onset gejala pertama.

    Kata beliau, ini adalah berdasarkan kajian yang mengatakan bahawa kejangkitan kes Covid-19 tinggi pada lima hari pertama dari onset gejala dengan viral load yang tinggi pada tempoh tersebut. 

    SOP baharu ini juga akan berkuat kuasa pada 5 Julai.

    Pengisytiharan Kawasan Tempatan Jangkitan

    Kementerian Kesihatan mengambil keputusan untuk melanjutkan status Kawasan Tempat Jangkitan di Malaysia untuk tempoh enam bulan lagi, iaitu sehingga 31 Disember 2023.

    Status yang sepatutnya tamat pada 30 Jun itu dilanjutkan bagi membolehkan penguatkuasaan beberapa peruntukan dalam Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) (Fasa Peralihan ke Endemik ) 2022.

    Kata Zaliha, pelanjutan pengisytiharan Malaysia sebagai Kawasan Tempatan Jangkitan juga masih diperlukan memandangkan terdapat risiko kemunculan varian dan subvarian baharu virus SARS-CoV-2 di Malaysia.

    “Selain itu, perhimpunan ramai yang dijangka berlaku semasa sambutan Hari Raya Aidiladha dan Pilihan Raya Negeri (PRN) berkemungkinan berisiko menyumbang kepada peningkatan kes.

    “(Ini juga berisiko) membebankan sistem perkhidmatan kesihatan kerajaan jika langkah kawalan dan pencegahan tidak dilaksanakan sepenuhnya,” katanya. – RELEVAN

    covid-19 featured kesihatan pelitup muka
    Artikel Terkini

    7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja

    September 26, 2023

    Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki

    September 26, 2023

    Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

    September 26, 2023

    Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

    September 25, 2023

    Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

    September 25, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.