PUSINGAN akhir Debat Perpaduan Piala Menteri Perpaduan Negara 2023 telah menobatkan pasukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai juara pada 26 September lalu. UKM berjaya menewaskan pasukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan keputusan juri 5-2 dan margin 3.4 melalui usul Dewan Ini Mengakui Pembangunan Negara Mencerminkan Kesepaduan Sosial. Walaupun keputusan sudah dibuat, Relevan mahu membuat ulasan terhadap pusingan akhir tersebut. Pendefinisian tersasar Rangkuman pendefinisian oleh kerajaan yang diwakili UKM, pihaknya ingin membuktikan bahawa wujud pertalian antara kesepaduan sosial dengan pembangunan sesebuah negara. Jelas Perdana Menteri, Muhammad Iman Azhar, jika kesepaduan sosial sesebuah negara itu baik, pembangunannya juga baik dan sebaliknya. Di peringkat…
KU SYAFIQ KU FOZI
KEMUNCAK pertandingan debat biasanya berlangsung di peringkat universiti. Debat intervarsiti ialah debat terbaik, dalam konteks pertandingan, yang boleh kita saksikan. Jika perdebatan berlangsung pada tahap tinggi, banyak pengajaran dan pengetahuan dapat kita kutip dengan menonton satu pertandingan debat. Malangnya, pertandingan sebegini tidak begitu mendapat perhatian rakyat Malaysia. Relevan mahu memanfaatkan pertukaran pengetahuan yang berlangsung dalam pertandingan debat. Sehubungan itu, kami cuba menyampaikan laporan yang bertumpu kepada kandungan debat kepada anda. Baru-baru ini, pertandingan Debat Perpaduan Piala Menteri Perpaduan Negara 2023 telah berlangsung dengan jaya. Pusingan awal sehingga separuh akhirnya diadakan secara dalam talian manakala pusingan akhir berlangsung dengan gemilang di Dewan…
PASUKAN Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) muncul juara Debat Perpaduan Piala Menteri Perpaduan Negara 2023 dalam pusingan akhir yang diadakan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada 26 September. Pasukan itu yang diwakili Muhammad Iman Azhar; Sharifah Umairah Syed Mustaffa; Hafiz Hafizi Norependi dan Shamrizal Samiju membawa pulang hadiah berupa piala pusingan, trofi, sijil, geran aktiviti Sekretariat Rukun Negara (SRN) bernilai RM10,000, wang tunai RM10,000 dan buku tajaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pasukan UKM menewaskan pasukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang membawa pulang hadiah trofi, sijil, geran aktiviti SRN bernilai RM8,000, wang tunai RM6,000 dan buku tajaan DBP. Walau bagaimanapun, pendebat…
JIKA anda menyambut kelahiran bayi perempuan pada tahun ini, mereka dijangka hidup, mengikut statistik, sehingga 77.4 tahun. Jika bayi lelaki, usia mereka dijangka mencecah sehingga 72.5 tahun. Itu merupakan antara dapatan dari penerbitan Jadual Hayat Ringkas Malaysia 2021-2023 oleh Jabatan Perangkaan yang mengandungi jadual hayat ringkas mengikut kumpulan umur, kumpulan etnik dan jantina di Malaysia dan negeri bagi tahun 2021 hingga 2023. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, secara puratanya bayi yang lahir pada 2023 dijangka hidup sehingga 74.8 tahun. Ini berdasarkan data-data berkaitan jumlah kematian yang dicatatkan pada 2023. Pada 2023, statistik jumlah kematian bertambah baik…
SUDAH hampir sedekad sejak kerajaan memperkenalkan kadar gaji minimum di Malaysia. Bermula dengan RM900, ia kini meningkat kepada RM1,500. Namun, gaji minimum bukan satu-satunya indikator kemajuan hak dan kesejahteraan pekerja di sesebuah negara. Ada negara yang tidak meletakkan kadar gaji minimum pun tetapi hak pekerjanya terbela. Relevan mahu memperkenalkan kepada anda indikator-indikator lain yang wajar diambil kira apabila kita berbicara tentang hak dan kadar gaji pekerja. Perkara-perkara ini perlu diberi perhatian jika kita serius mahu meningkatkan kesejahteraan pekerja di negara ini. Nilai kudrat Pekerja memerah kudrat demi kerjayanya, baik kudrat akal atau tenaga fizikal. Dengan kudrat itu pendapatan untuk keluarga…
NAMA Malaysia sekali lagi terpahat di peta dunia apabila roti canai diangkat sebagai hidangan roti terbaik dunia oleh portal makanan terkenal, TasteAtlas. Senarai tersebut diterbitkan pada 10 September. Walau bagaimanapun, setakat 19 September, roti canai jatuh ke tempat kedua apabila markahnya jatuh daripada 4.9 kepada 4.8. Ini membolehkan hidangan roti Colombia, pan de bono mengambil alih tempat pertama. TasteAtlas mencirikan roti canai sebagai hidangan tradisional roti rata gorengan kuali yang diperbuat daripada tepung, air, telur dan lemak (minyak sapi atau mentega). Roti asas kegemaran rakyat Roti canai sememangnya terkenal di Malaysia. Ia menjadi hidangan sarapan kegemaran ramai tetapi ada juga yang…
DALAM dua artikel sebelum ini, Relevan telah menjelaskan data dan kesan rumah tak terjual serta kediaman kosong di Malaysia. Dalam artikel Curbing Overhang and Vacancy: Tha Case for a Vacancy Tax in Malaysia oleh penyelidik Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), Theebalakshmi Kunasekaran, ada satu lagi bahagian penting yang belum Relevan kemukakan. Ia berkenaan cadangan memperkenalkan cukai baharu, iaitu cukai kekosongan (vacancy tax) bagi mengatasi masalah-masalah yang timbul akibat rumah yang tak terjual dan kediaman kosong, termasuk isu harga rumah yang tinggi. Ura-ura berkenaan pelaksanaan cukai kekosongan sudah berkumandang lama tetapi belum ada pengesahan dari kerajaan yang ia akan dilaksanakan. Baru-baru ini juga, Persatuan…
DALAM artikel sebelum ini, Relevan membangkitkan tentang rumah tak terjual di Malaysia yang mencecah puluhan ribu unit. Selain daripada itu, ada lagi isu yang perlu dibangkitkan, iaitu rumah yang tidak didiami. Bancian MyCensus 2020 mendapati, terdapat 1.8 juta atau 19.4 peratus unit rumah tidak didiami. Ini menimbulkan masalah pembaziran sumber kerana kediaman itu, atau sekurang-kurangnya tapak kediaman itu (jika didirikan rumah yang lebih mampu milik) boleh menjadi tempat berteduh untuk banyak keluarga. Merujuk artikel Curbing Overhang and Vacancy: The Case for a Vacancy Tax in Malaysia oleh penyelidik Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), Theebalakshmi Kunasekaran, Relevan kemukakan kepada anda data-data dan faktor ia…
ISU berkenaan perumahan sering diutarakan namun sehingga kini, belum ada penyelesaian tuntas dapat dijelmakan. Isunya bukan sekadar tentang kepayahan rakyat membeli rumah, malah kesukaran syarikat pemaju menjual rumah sehingga berlaku lambakan unit rumah yang tidak terjual. Laporan Tahunan Pasaran Hartanah 2022 oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Kebangsaan (NAPIC) mendedahkan terdapat 27,746 unit rumah tidak terjual pada 2022 yang keseluruhannya bernilai RM18.41 bilion. Bagaimana ketika orang ramai sukar untuk membeli rumah (maknanya permintaan ada), boleh wujud sebegitu banyak unit rumah yang tidak terjual? Sebahagian jawapannya ada dalam artikel pandangan oleh penyelidik Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), Theebalakshmi Kunasekaran. Relevan ringkaskan untuk anda. Banyak…
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, Parlimen pada 11 September. Pembentangan tersebut menyaksikan anjakan baharu disuntik ke dalam rancangan pembangunan lima tahun itu memandangkan kerajaan yang dipimpin Pakatan Harapan mempunyai agenda ekonominya yang tersendiri, iaitu kerangka ekonomi MADANI. Antara perkara penting yang diumumkan Anwar dalam pembentangannya ialah kenaikan siling perbelanjaan RMK12 daripada RM400 bilion kepada RM415 bilion, dengan komitmen untuk membelanjakan sekurang-kurangnya RM90 bilion setahun untuk 2023, 2024 dan 2025. Ini bagi mengimbangi semula perbelanjaan pembangunan rendah yang digunakan pada 2021 dan 2022, iaitu masing-masing sebanyak RM64.3 bilion…