Facebook Twitter
    Trending
    • Risiko terlalu lama depan laptop
    • 8 hidangan brunch sihat dan mudah
    • Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?
    • Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan
    • Tanda-tanda anda seorang workaholic
    • NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti
    • Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah
    • Tips makan luar secara sihat
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Risiko terlalu lama depan laptop

      November 18, 2025

      8 hidangan brunch sihat dan mudah

      November 17, 2025

      Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

      November 17, 2025

      Tips makan luar secara sihat

      November 13, 2025

      5 makanan ini perlahan-lahan ‘membunuh’ anda

      November 12, 2025
    • Kewangan

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025

      5 tabiat urus kewangan pada usia muda

      October 28, 2025
    • Pendidikan

      NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

      November 14, 2025

      Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah

      November 13, 2025

      7 tip persediaan menjelang SPM

      November 12, 2025

      Bahaya ketagihan permainan dalam talian

      November 12, 2025

      Masa terbaik ganti puasa

      November 7, 2025
    • Kerjaya

      Tanda-tanda anda seorang workaholic

      November 17, 2025

      Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja

      November 12, 2025

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025

      Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

      October 30, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mengenali “Pahlawan Gikuyu”: Terjemahan wawancara Ngugi wa Thiong’o (Bahagian 1)

    Mengenali “Pahlawan Gikuyu”: Terjemahan wawancara Ngugi wa Thiong’o (Bahagian 1)

    By May 6, 2024Updated:May 8, 20248 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    NGUGI WA THIONG'O

    BELIAU antara nama yang disebut-sebut akan merangkul Hadiah Nobel Sastera untuk beberapa tahun. Walaupun belum berhasil menang, kesan yang ditinggalkan Ngungi wa Thiong’o terhadap dunia linguistik, terutamanya bahasa-bahasa ibunda yang tersisih, cukup besar.

    Banyak yang sudah berlaku dalam hidup Thiong’o, termasuk dipenjara dan dihalau keluar dari negara sendiri kerana menulis karyanya dalam bahasa ibunda. Namun, resmi benih yang baik – dicampak ke darat menjadi gunung, dicampak ke laut menjadi pulau – ketokohan beliau dalam bidang bahasa dihargai di negara-negara lain.

    Tidak ada cara terbaik untuk mengenali seseorang selain dari mulutnya sendiri. Maka, Relevan mengambil inisiatif menterjemah satu wawancara yang diadakan oleh Los Angeles Review of Books (LARB) bersama Thiong’o untuk memperkenal tokoh bahasa itu kepada anda.

    Wawancara ini dijalankan oleh Nanda Dyssou dan disiarkan di laman web LARB pada 23 April 2017.

    NANDA DYSSOU: Pernah tak awak terfikir sewaktu membesar yang awak akan jadi penulis terkenal dunia dan kisah-kisah Kenya yang awak tulis akan diterjemah ke 60 bahasa?

    NGUGI WA THIONG’O: Tidak, tak pernah, malah saya tak pernah terfikir akan jadi penulis. Pergelutan untuk memastikan seseorang dapat merebut apa saja peluang pendidikan yang datang itu sudah cukup susah. Persaingan untuk masuk di beberapa sekolah dan kolej sangat sengit.

    Dari sekolah rendah sampai kolej, setiap dua tahun ada peperiksaan terminal. Susah nak dapat peluang kedua. Sekali awak gagal, atas apa sebab sekalipun, kemungkinan besar awak tak dapat nak ambil (peperiksaan) semula.

    Tapi saya sentiasa mahu membaca. Seperti yang ditulis dalam memoir saya, In The House of the Interpreter, cita-cita saya, ketika memasuki perpustakaan buat pertama kali dalam hidup, adalah untuk boleh baca semua buku yang ada dalam dunia.

    Realiti akhirnya mengikat sayap saya tapi kemahuan untuk membaca terus ada.

    Bagaimana awak lihat peranan awak dalam komuniti penulisan ketika ini?

    Saya sudah jadi pahlawan bahasa. Saya nak sertai semua orang di dunia yang berjuang untuk bahasa yang tersisih. Tidak ada bahasa yang tersisih untuk komuniti yang menciptanya.

    Bahasa seperti alat muzik. Awak tak boleh cakap, biar ada beberapa instrumen global sahaja, atau biar ada satu jenis suara saja yang penyanyi boleh guna.

    Awak mencapai kejayaan dalam penerbitan pada usia muda. Skrip pertama awak, The Black Hermit, dipentaskan pada 1962 dan diterbitkan pada 1963. Dua novel pertama – The River Between (1965) dan Weep Not, Child (1964) – mendapat perhatian pengkritik ketika awak di tahun dua pengajian. Pernah tak rasa risau yang awak tak akan dapat mengulangi kejayaan pada usia awal 20-an dulu?

    Sebenarnya, untuk banyak tahun, saya anggap novel-novel awal saya sebagai kerja-kerja rintis. Jadi, dengan novel atau skrip yang awak sebut, juga lebih kurang lapan cerpen dan lebih 60 kerja kewartawanan, saya masih belum boleh anggap diri sebagai penulis.

    Saya rasa saya belum tulis novel yang saya nak tulis, bagi membolehkan saya gelar diri sebagai penulis. A Grain of Wheat (1967) dan Petals of Blood (1975) ialah cubaan untuk menulis novel itu.

    Tapi selepas selesai menulis kedua-duanya, saya sudah ubah kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama kerja kreatif saya kepada bahasa Gikuyu. Tapi, walaupun dengan Gikuyu, saya masih cuba nak tulis novel yang saya nak tulis tapi belum dapat. Caitaani Mutharabaini (1980; diterjemahkan sebagai Devil on the Cross) dan Murogi wa Kagogo (2006; diterjemahkan sebagai Wizard of the Crow) ialah hasil komitmen baharu saya itu.

    Sekarang saya sudah sedar, untuk penulisan, tidak ada detik ketibaan – atau, mungkin, detik ketibaan itu ialah fasa baharu kembara saya. Ia cabaran yang berterusan.

    Skrip awal awak, The Wound in the Heart disekat dari dipentaskan sebab ada sebut pegawai British merogol isteri askar LFU (Mau Mau). Awak bergelut untuk berdamai dengan tindakan penapisan politik ini, seperti dalam memoir awak, Birth of a Dream Weaver: A Writer’s Awakening (2016).

    Penipuan besar yang dijadikan alasan pengharamannya dari Kampala National Theatre yang buatkan saya berhenti dan berfikir tentang kekejaman negara kolonial Britain terhadap rakyat Kenya. 

    Salah satu penipuan yang dibuat setiap negara penjajah ialah pemerintahan mereka lebih lembut dan baik berbanding negara penjajah lain. Logiknya: (pemerintahan) mereka lebih teruk, jadi kami lebih baik; lebih baik ialah darjah kebaikan yang lebih tinggi; oleh itu, (pemerintahan) kami bagus.

    Ia detik yang penting dalam hidup saya sebab, yang peliknya, ia memotivasikan saya untuk menulis. Sebab itu saya buka memoir tersebut dengan peristiwa itu.

    Tetapi, melihat semula, ia menjadi pemula untuk apa yang terjadi kepada saya bertahun selepas itu, dan semuanya disebabkan teater, seperti saya ditahan di penjara kawalan maksimum di Kenya pada 1977 hingga 1978.

    Kebanyakan kejayaan awak dicapai di luar Kenya, memandangkan awak dibuang negara sejak lebih tiga dekad. Adakah perasaan tersisih yang muncul dari realiti itu pernah memudar?

    Tak, tak juga, tapi saya pernah cuba atasinya dengan pengetahuan bahawa hukuman buang negara sudah memberi kesan kepada sejarah dengan cara yang aneh, malah menakjubkan. 

    Fikirkan tentang Musa dan Isa di Mesir, Muhammad dan pengikutnya mencari perlindungan di Ethiopia, Marx di Perancis dan London. Pengalaman dibuang melahirkan pemikiran yang kemudiannya memberi kesan kepada negara asal.

    Saya fikir ini yang penulis Afro-Caribbean, George Lamming maksudkan dengan tajuk bukunya yang popular, The Pleasures of Exile (1960).

    Juga, saya telah membentuk satu pandangan yang saya panggil “bayangan globalektikal” dan buku saya, Globalectics: Theory and the Politics of Knowing (2012). Ia merupakan pengembangan dari pandangan Blakean (dari penyajak Inggeris, William Blake) yang melihat dunia dari butir pasir, keabadian dalam satu jam. Kita semua terhubung.

    Adakah berada jauh dari Kenya merupakan masalah untuk awak, atau semua yang awak perlu tulis ada dalam memori awak? Apa kesukaran istimewa yang dihadapi ketika menulis dari jauh?

    Kenya selalu ada dalam minda saya. Saya rindu pada kehidupan seharian di Kenya. Gikuyu banyak dituturkan di Kenya. Ia salah satu daripada beberapa bahasa Afrika yang lain. Sebuah mozek bahasa, itulah Kenya.

    Tapi memandangkan sekarang saya menulis dalam Gikuyu, saya mahu jadi sebahagian daripada perubahan landskap linguistiknya.

    Saya tertanya-tanya kalau awak pernah risau tentang tidak mempunyai pembaca yang cukup sebab awak menulis tentang sebuah negara dan satu waktu dalam sejarah yang tak ramai tahu. Adakah awak ambil berat tentang kesejagatan (universality)?

    Saya percaya bahawa kesejagatan ialah anak kepada ketelitian (particularity). Ingat butir pasir tadi? Ia mengandungi seluruh dunia. Seorang penulis perlu setia kepada butir itu untuk membayangkan semesta.

    Awak rasa pembaca Barat boleh sepenuhnya faham buku-buku awak? Ada tak bahagian dalam penulisan yang awak rasa hanya pembaca tertentu – terutamanya orang Kenya – yang akan faham?

    Saya tak fikir yang ada mana-mana karya yang hanya komuniti tertentu boleh faham. Atau kalau ada, ia karya yang teruk. Tapi setiap pembaca membawa masuk pandangan yang dibentuk oleh pengalaman sejarah mereka ke dalam setiap karya seni.

    Contohnya, pengkritik dari pengalaman penjajah akan melihat jurang, malah kesenyapan dalam karya dari pusat empayar.

    Pada 1977, selepas pementasan skrip kontroversi awak, Ngaahika Ndeenda (I Will Marry When I Want), awak ditahan dan dipenjara tanpa bicara selama setahun. Secara asasnya, awak dipenjara kerana menggunakan seni persembahan dan bahasa ibunda untuk memperkasa rakyat sendiri. 

    Ketika ini awak mempertimbang kesan menulis dalam bahasa Inggeris, dan ketika itu awak buat keputusan untuk menulis dalam bahasa ibunda, Gikuyu. Ramai tahu awak tulis Devil on the Cross atas tisu tandas di Penjara Kawalan Penuh Kamiti. Sejak itu, awak berada di barisan hadapan dalam menggalakkan penulis Afrika menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

    Bagaimana perjuangan itu sekarang dan apa perasaan awak apabila melihat kembali permulaan kembara bahasa Gikuyu awak?

    Cabarannya berterusan. Kita perlu tiga penjuru – negara, penerbit dan penulis – untuk mencipta ruang yang diperlukan untuk bahasa-bahasa Afrika. Setakat ini, negara tak ada.

    Polisi mereka disusun untuk memperkaya bahasa Eropah dan memiskinkan bahasa Afrika. Kadang-kadang negara bekas jajahan menunjukkan penentangan yang aktif terhadap bahasa-bahasa Afrika.

    Apabila awak pulang ke Kenya, awak dan isteri, Njeeri wa Ngugi diserang dengan ganas. Adakah ia menggoncang kesetiaan awak kepada negara dan rakyat Kenya? Awak rasa awak boleh pulang terus ke Kenya dan adakah awak mahu?

    Ia sudah jadi sebahagian daripada coraknya. Pada 1977, seperti yang kita sebutkan tadi, saya ditempatkan di penjara kawalan penuh tak lama selepas pengharaman pementasan moden pertama dalam bahasa Gikuyu (yang ditulis bersama Ngugi wa Mirii dan dipersembahkan oleh orang miskin dan golongan pekerja dari Kamirithu).

    Pada 1982, dua minggu sebelum pelancaran novel bahasa Gikuyu saya, Caitaani Mutharabaini, penerbit Kenya saya, Henry Chakava diserang di luar rumahnya di Nairobi. Satu jarinya putus ditetak parang, terpaksa disambung semula. Serangan itu datang selepas ugutan melalui telefon selama berminggu-minggu.

    Pada 1987, Diktator (Daniel Arap) Moi mengeluarkan waran tangkap untuk watak utama novel Gikuyu kedua saya, Matigari. Pada 2003, 11 hari sebelum penerbitan novel Gikuyu ketiga saya, Murogi wa Kagogo, lelaki bersenjata serang saya dan isteri.

    Tapi Kenya ialah rakyatnya. Dan rakyat Kenya sokong saya. Saya tak boleh putus harap pada rakyat Kenya. Jadi saya kembali dan kembali dan menulis dan menulis tentang Kenya dan rakyatnya yang hebat. Apabila saya bercakap kepada rakyat Kenya, saya bercakap kepada dunia.

    Di sebalik semua itu, awak masih bertahan dan menulis. Kenapa dan bagaimana?

    Saya terdorong untuk menulis. Penulis adalah sebahagian daripada tradisi kenabian. 

    Dalam sajaknya, Hunting Words with My Father, anak saya, Mukoma wa Ngugi yang merupakan seorang penulis dan profesor bahasa Inggeris di Universiti Cornell, ada watak yang cakap, memburu dengan perkataan sangat berbahaya.

    Lihat semua nabi yang dipenjara, dibuang negara atau dihukum bunuh. Apa yang mereka miliki ialah kata-kata. 

    Saya menulis kerana saya hidup. – RELEVAN

    Wawancara ini terpaksa dipecahkan kepada beberapa bahagian kerana terlalu panjang. Ikuti sambungannya selepas ini di Relevan. Baca bahagian dua di sini dan bahagian tiga di sini.

    bahasa featured Ngugi wa Thiong'o pendidikan terjemahan wawancara

    Artikel berkaitan

    Risiko terlalu lama depan laptop

    November 18, 2025

    8 hidangan brunch sihat dan mudah

    November 17, 2025

    Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

    November 17, 2025

    Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

    November 17, 2025

    Tanda-tanda anda seorang workaholic

    November 17, 2025

    NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

    November 14, 2025
    Artikel Terkini

    Risiko terlalu lama depan laptop

    November 18, 2025

    8 hidangan brunch sihat dan mudah

    November 17, 2025

    Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

    November 17, 2025

    Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

    November 17, 2025

    Tanda-tanda anda seorang workaholic

    November 17, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.