KU SYAFIQ KU FOZI

SUDAH ramai tahu, muzik ada kesan yang tersendiri kepada psikologi manusia. Terapi muzik juga banyak digunakan dalam bidang kesihatan, khususnya untuk penyakit berkaitan keupayaan mental. Hal ini mendorong pelajar doktor falsafah Pusat Pengajian Seni Universiti Sains Malaysia (USM), Muhammad Asyraf Mohd. Bakri untuk menggunakan muzik sebagai alat intervensi untuk warga emas, khususnya mereka yang menghidap demensia. Memilih instrumen angklung, dia menjalankan aktiviti yang menyeronokkan untuk warga emas di Shalis Care Centre, Kelantan serta Caring Retirement Home Care dan Pusat Jagaan Damai Permai di Pulau Pinang. Intervensi seni untuk warga emas Penghantaran warga emas ke pusat jagaan tidak sepenuhnya negatif. Pusat…

Read More

SUDAH ada kenalan lama tiba-tiba mesej minta sticker Monopoly Go? Saya sudah. Permainan papan klasik itu kembali menjadi bualan baru-baru ini apabila versi aplikasi mobilnya mendapat sambutan meriah, terutamanya daripada pemain dari Malaysia. Di segenap media sosial orang bercerita, termasuk video-video live di TikTok.  Sebagai permainan papan, Monopoly sudah wujud hampir 100 tahun. Ia menjadi antara permainan papan paling popular di seluruh dunia, termasuk di Malaysia dengan variasinya seperti Jutaria. Monopoly merupakan permainan yang secara tidak langsung mengajar pemainnya mengendalikan wang dan aset. Malah, ada pakar kewangan yang mencadangkan permainan ini sebagai kaedah menyeronokkan untuk mengajarkan anak kecil kesedaran kewangan.…

Read More

LEBIH 85 peratus institusi pendidikan tinggi (IPT) di Malaysia mencatatkan keputusan cemerlang dalam Penarafan Bersepadu Institusi Pendidikan Tinggi (SETARA) dan Sistem Penilaian Kualiti dan Kesetaraan Kolej Swasta (MyQUEST) 2022. Jabatan Pendidikan Tinggi berkata, sebanyak 90 atau 86.54 peratus daripada 104 IPT telah mendapat keputusan Berdaya Saing untuk penarafan SETARA manakala 158 atau 90.29 peratus daripada 175 kolej telah mendapat keputusan Berdaya Saing untuk MyQUEST. Secara keseluruhannya, lebih 85 peratus IPT mendapat keputusan Berdaya Saing untuk kedua-dua penarafan. “Pencapaian memberangsangkan ini membuktikan usaha berterusan dari Kementerian Pengajian Tinggi dalam menyediakan pendidikan tinggi yang berkualiti dan berimpak tinggi kepada pelajar. “Keputusan ini…

Read More

INI bukan hasutan untuk pekerja ‘mengular’ atau mengabaikan tugas dalam waktu kerja. Kami cuma mahu memperkenalkan beberapa kajian yang menunjukkan kelebihan apabila majikan memberi ruang untuk pekerja tidur sekejap dalam waktu kerja. Hal ini bukanlah baharu, perbincangan tentangnya telah berlangsung selama beberapa tahun di peringkat dunia. Cuma di Malaysia, ia belum popular. Tidur sekejap atau meridap (nap) ada manfaatnya yang tersendiri dari segi kesihatan dan produktiviti pekerja, yang seterusnya memberi kesan kepada produktiviti syarikat. Melalui beberapa rujukan, Relevan menjelaskan kepada anda kepentingan tidur atau meridap ketika bekerja. Tidur malam vs meridap Pembantu Profesor di Sekolah Perniagaan Universiti Warwick, Mattie Toma menjalankan kajian…

Read More

KALAU setiap Perdana Menteri Malaysia diminta menyediakan resume untuk dibandingkan pencapaian sesama mereka, susah Perdana Menteri lain nak kalahkan Tunku Abdul Rahman. Setiap Perdana Menteri ada sumbangannya tersendiri tetapi cabaran yang dihadapi Tunku Abdul Rahman bukan biasa-biasa. Beliau menjadi ketua eksekutif negara sebelum merdeka lagi. Beliau juga yang mengetuai rombongan untuk memerdekakan negara, mentadbir negara pada tahun-tahun awal kemerdekaan dan menggerakkan usaha transformasi Persekutuan Tanah Melayu kepada Malaysia. Namun, Tunku sering menyembunyikan kegusaran hatinya. Berkali-kali diulang, walau apa cabaran yang dihadapi negara dahulu, beliau tetap “Perdana Menteri paling bahagia dalam dunia”. Perletakan jawatan Tunku juga dibuat secara mengejut. Akibat peristiwa…

Read More

SEMAKIN berusia, semakin tubuh kita mudah berasa sakit. Kalau dulu, kita boleh hadap seminggu yang aktif di padang bola sepak, jatuh-jatuh itu biasa. Tapi sekarang, peha terlanggar kerusi dah sakit-sakit otot. Ia normal sebenarnya kerana semakin kita berusia, lebih-lebih lagi jika kehidupan tidak aktif, otot dan tubuh kita tidak ‘sekebal’ dulu. Sebab itu menjalani kehidupan aktif itu penting.  Sebelum ini Relevan ada berkongsikan aktiviti 15 minit yang anda boleh lakukan setiap hari untuk membina tubuh yang lebih kalis sakit. Kali ini, dengan merujuk pakar osteopati yang sama, James Davies, kami kongsikan pula amalan yang boleh anda lakukan sepanjang masa untuk mendapatkan…

Read More

PERKHIDMATAN rel dan bas milik Rapid KL akan dilanjutkan pada 30 dan 31 Ogos ini bagi memberi kemudahan kepada orang ramai untuk meraikan sambutan kemerdekaan. Prasarana Malaysia Berhad berkata, pada malam 30 Ogos, perkhidmatan bagi beberapa stesen LRT, MRT dan Monorel terpilih akan dilanjutkan sehingga pukul 2 pagi. Katanya, jumlah dan kekerapan tren akan dinilai dan diselaras berdasarkan pemantauan dan keperluan oleh pihak operasi. “Jumlah orang ramai di malam ambang kemerdekaan dijangka meningkat, terutama sekali di kawasan sekitar KLCC. “Justeru, para penumpang diminta menggunakan stesen-stesen alternatif yang berhampiran, iaitu stesen LRT/MRT Ampang Park dan stesen Persiaran KLCC untuk mengelak kesesakan,”…

Read More

INFLASI Malaysia mereda kepada 2.0 peratus pada Julai, merupakan pertumbuhan terendah yang dicatatkan sepanjang tahun ini. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, peningkatan perlahan kadar inflasi tersebut didorong peningkatan lebih rendah bagi kumpulan restoran dan hotel, iaitu sebanyak 5.0 peratus serta makanan dan minuman bukan alkohol sebanyak 4.4 peratus. Ini diikuti kumpulan pelbagai barangan dan perkhidmatan (2.6 peratus) serta kesihatan dan pendidikan yang masing-masing meningkat 2.0 peratus. Menurut beliau, dalam kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol yang menyumbang 29.5 peratus daripada keseluruhan wajaran Indeks Harga Pengguna (IHP), komponen makanan di rumah merekodkan peningkatan lebih rendah untuk bulan…

Read More

PERCAYA tak, anda hanya perlu luang 15 minit saja setiap hari untuk mendapatkan tubuh yang lebih sihat dan kuat? Dengan gaya hidup sedentari yang semakin lazim, sering kali kita berasa sakit-sakit badan, lenguh dan tegang otot kerana kurang bergerak. Namun, ada tip untuk anda memperkuat tubuh dan otot supaya tidak terlalu mudah rasa sakit. Kuncinya adalah menggerakkan badan pada sela-sela masa terluang setiap hari. Ambil sedikit sahaja masa ketika bekerja atau melakukan aktiviti harian. Tip ini dikongsikan pakar osteopati terkenal dunia, James Davies kepada The Times UK. Mari kita lihat apa aktivitinya. Regangan selepas bangun tidur (1 minit) Sebelum meninggalkan…

Read More

PROFESOR Dr. Syed Hussein Alatas menyifatkan Rukun Negara seperti “peta bagi pelaut di tengah gelora”. Dokumennya ringkas tetapi peranannya penting, sebagai panduan kepada seluruh warga Malaysia dalam menjalani kehidupan bernegara. Rukun Negara bukan sekadar hafalan. Ia tiang seri penting yang membentuk identiti sepunya rakyat Malaysia. Menjadi tanggungjawab seluruh warganegara untuk menghayati dan memahami falsafah serta fungsinya. Rukun Negara bukan hanya lima prinsip yang sering kita baca di perhimpunan sekolah. Dokumen lengkapnya juga hadir dengan lima kepercayaan, iaitu cita-cita yang ingin dicapai melalui penghayatan lima prinsipnya. Lima prinsip Rukun Negara wajib dibaca bersama lima kepercayaannya. Sehubungan itu, berpandukan dokumen lengkap Rukun…

Read More