Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » #PASARBOCO: 16 tahun idea mendukung buku mandiri

    #PASARBOCO: 16 tahun idea mendukung buku mandiri

    By January 30, 20245 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Mosyuki Borhan (kiri) dan Wani Ardy di Pasar Boco. - KU SYAFIQ KU FOZI/RELEVAN

    BOCO ialah baca dalam dialek Jawa, bukan sejenis ejaan sensasi (sensational spelling) yang diubah suai dari perkataan “bocor”.

    Itu pencerahan pertama yang saya dapat tentang Pasar Boco melalui bacaan awal yang dibuat sebelum hadir ke acara itu. Pencerahan-pencerahan lain saya terima ketika menemu bual dua ‘kepala’ yang menganjurkannya, Mosyuki Borhan dan Wani Ardy.

    Sedikit imbasan sejarah, Pasar Boco bermula dengan nama Hari Bintang Jatuh, dianjurkan pada 2008. Ia kemudian menjadi Pasar Boco dan konsisten selama beberapa tahun sehingga penganjuran terakhirnya di Ipoh pada 2016.

    Menurut Wani, Hari Bintang Jatuh dan Pasar Boco sangat terinpirasi daripada dua acara yang lebih awal dianjurkan, iaitu AKAR Shah Alam dan Rantai Art.

    AKAR lebih tertumpu kepada aktiviti puisi dan muzik akustik manakala Rantai meraikan seni visual, grafik dan fotografi. Hari Bintang Jatuh mengambil jalan tengah dengan menggabungkan unsur-unsur yang ada, malah menambah fokus kepada jualan buku selepas itu.

    “Waktu itu (2008), lapangan penerbit buku mandiri belum ada sangat. Jualan buku ada tetapi lebih kepada buku terpakai dan zine. Lebih kepada jualan oleh individu.

    “Apabila jenama bertukar kepada Pasar Boco, kita nampak penerbit buku mula tumbuh dan dah mula membentuk lapangan. Sekitar 2011,” kata Wani.

    Menurut Wani dan Mosyuki, teras penganjuran Pasar Boco adalah untuk memberi ruang kepada para penerbit mandiri yang tidak mempunyai modal besar untuk menjual buku di kedai-kedai atau pesta buku.

    Sokongan untuk yang kecil

    Penganjuran Pasar Boco yang berakhir pada 2016 lebih kepada faktor dalaman para penggeraknya. 

    Kata Mosyuki, masing-masing ketika itu dalam fasa mula berkeluarga atau mula sibuk dengan kerjaya, menyebabkan perhatian terhadap aktiviti seperti Pasar Boco terpaksa dikurangkan.

    Tetapi pada 2024, idea untuk mengembalikan Pasar Boco datang dengan sekelip mata tanpa perancangan yang banyak.

    Ia diadakan di Reda Coffee, Shah Alam pada 27 dan 28 Januari lalu.

    “Baru-baru ini ada isu tentang pesta buku, ada syarikat-syarikat kecil yang susah nak lawan syarikat besar. Saya saja tweet dan Wani terus setuju. Apabila Wani pula tweet, ramai yang mula mengimbau.

    “Semua yang sertai Pasar Boco kali ini adalah antara yang terawal. Ada yang dah tak seaktif dulu. Apabila mereka ini dah bersemangat, kami pun teruskan idea itu.

    “Kalau tanya kami apa faktor Pasar Boco kembali, sebab kami berdua dah ada di sini dan kami cuba saja,” katanya.

    ARTIKEL BERKAITAN: Satu hari di Pasar Boco: azam lama, nostalgia dan aroma mandiri

    Dari segi persekitaran, walaupun banyak keadaan yang sudah berubah, penerbit-penerbit kecil masih memerlukan sokongan dalam bentuk acara sebegitu.

    Pesta buku kini semakin banyak, namun, kata Wani, tak semuanya memberi layanan yang adil kepada penerbit kecil.

    “Mungkin akan ada yang pertikai, acara ini untuk penerbit mandiri tetapi melibatkan penerbit seperti FIXI dan Manes (Wordworks) tapi mungkin ramai yang tak nampak, dari mana mereka ini mula.

    “FIXI mula di Pasar Boco dulu hanya ada empat buku lebih kurang. Manes dulu nama lain, Jemari Seni, pun mula dengan kecil.

    “Apabila kami kembali, kami raikan juga penerbit-penerbit yang dulu sejak awal sokong kami,” kata Mosyuki.

    Faktor umur

    Jarak antara Hari Bintang Jatuh dengan Pasar Boco 2024 sangat jauh. 16 tahun. Malah, jarak dengan Pasar Boco terakhir dulu juga jauh, sudah lapan tahun.

    Umur Wani dan Mosyuki juga semakin meningkat. Kalau dulu, trend anak muda adalah trend mereka tetapi sekarang, untuk mendalami trend anak muda mungkin sukar kerana jurang generasi yang wujud.

    Bagaimana mereka mahu pastikan Pasar Boco boleh menarik generasi yang lebih muda?

    “Kalau orang lain mungkin susah sikit tapi saya dan Wani, kami cuba untuk kekal relevan dalam industri buku dan penulisan sejak 2011. Itu banyak membantu kami.

    “Kami juga dapat sokongan dari ramai orang yang buat hebahan dalam media sosial, membuatkan ramai generasi muda tahu tentang Pasar Boco.

    “Dan satu lagi, untuk mengatasi (kebimbangan) anak muda tak datang, kami buka (persembahan) open mic untuk lebih ramai. Dua hari ada 20 orang dan kami ambil generasi baharu,” jelas Mosyuki.

    PERSEMBAHAN puisi oleh Zewa.

    Hal sama dipersetujui Wani, terutamanya tentang persembahan open mic. Katanya, mereka tak mahu perhatian hanya diberikan kepada nama-nama yang sudah mapan tetapi mahu meraikan juga nama-nama baharu.

    “Open mic adalah tempat untuk mereka mula beranikan diri membuat persembahan. Kebanyakan yang ada berusia awal 20-an.

    “Dan satu lagi kelebihan kami berbanding acara seni lain seperti muzik, kami beri tumpuan pada buku dan puisi. Buku dan puisi adalah seni yang disukai orang muda sampai tua.

    “Kalau muzik, mungkin umur 50 tahun dah tak datang. Tapi buku dan puisi, yang 20 tahun layan, yang 40 ke 50 tahun pun layan. Itu kelebihan yang ada pada acara seni yang bertumpu kepada buku dan puisi,” katanya.

    Why not?

    Tahun ini ada dua acara yang mengembalikan nostalgia buku mandiri awal 2010-an. Pertama, Pasar Boco dan kedua, Kultus Kata yang digerakkan Fazleena Hishamuddin.

    Ia mungkin kebetulan tapi berdirinya dua acara ini seakan membawa isyarat. Adakah kita sedang melalui zaman yang sama seperti 10 tahun lalu – masalahnya sama, persekitarannya sama, maka orang mencari penyelesaian yang sama?

    Mosyuki lebih tertarik dengan situasi pascapandemik yang bagi dia, menyumbang kepada kelahiran semula acara-acara tersebut. 

    “Pandemik macam reset semua benda. Lepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), orang mula pergi konsert, pesta buku. Saya rasa itu membantu.

    “Mungkin juga orang yang dah bosan dengan acara lain, dia nak semula acara yang lama atau acara yang dia tak pernah datang. Yang muda mungkin tak biasa pergi acara buku,” katanya.

    Bagi Wani pula, walaupun Pasar Boco kembali, ia bukan sepenuhnya sama seperti yang sebelumnya. Bagi dirinya sendiri, sikapnya terhadap acara itu juga sudah berbeza.

    “Perasaan buat Pasar Boco dulu dengan sekarang dah tak sama. Dulu buat, ada objektif yang kita nak capai, nak bagi ruang pada penerbit dan lain-lain.

    “Sekarang, kita lebih chill. Tempat ada, kawan ada, kita buat. Dulu, we have to do this. Sekarang, why not?” katanya. – RELEVAN

    buku featured muzik Pasar Boco pendidikan
    Artikel Terkini

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.