KU SYAFIQ KU FOZI

PERANG Dunia Kedua meninggalkan kesan dalam kepada dunia. Puluhan juta nyawa melayang, termasuk enam juta Yahudi yang dibunuh dalam peristiwa Holocaust. Tahun-tahun selanjutnya, dunia dalam suasana memulih dengan penuh harapan. Negara-negara berganti merdeka, menyambut kebebasan dari penjajahan. Di tanah ini juga, Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada 1948. Ia antara langkah awal sebelum negara merdeka sepenuhnya. Namun, jauh di barat laut dari tanah ini, ada derita panjang yang lahir. Tahunnya 1948, bencana – atau nakba – bermula. Perjanjian penjajah penipu Sedikit sorotan sejarah. Pada 16 Mei 1916, dua diplomat, masing-masing mewakili Britain dan Perancis, duduk merenung peta. Mata mereka tertancap pada…

Read More

SETIAUSAHA Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menegaskan, serangan Hamas terhadap Israel pada 7 Oktober lalu tidak berlaku secara tiba-tiba, sebaliknya kerana penindasan berpuluh tahun Israel terhadap rakyat Palestin. Beliau berkata demikian dalam taklimatnya kepada Majlis Keselamatan PBB (UNSC) berkenaan keadaan terkini konflik Israel-Palestin di New York, Amerika Syarikat (AS) pada 24 Oktober. Jelas beliau, rakyat Palestin telah menderita selama 56 tahun (bermula Perang Enam Hari dan Naksa) apabila tanah mereka dirampas, berhadapan keganasan, kegawatan ekonomi, pengusiran serta kemusnahan tempat tinggal. “Walau bagaimanapun, kesengsaraan rakyat Palestin tidak boleh menjustifikasikan serangan dahsyat oleh Hamas, dan serangan dahsyat oleh Hamas tidak…

Read More

PERJALANAN kerjaya akan menjadi berganda mudah apabila persekitaran pejabat cukup selesa dan menyenangkan, termasuk dari segi hubungan dengan rakan sekerja. Ada masa, hubungan kerja menjadi kekok dan tegang, sebahagiannya kerana perselisihan generasi. Pekerja senior ada ego, pekerja junior ada degilnya sendiri. Jika hubungannya damai, banyak kelebihan boleh diperoleh daripada dinamik pekerja senior dan junior. Yang senior boleh jadi mentor dan yang junior membantu pekerja lain menghadapi peredaran zaman. Sehubungan itu, Relevan ingin membantu anda membaja hubungan damai antara senior-junior di pejabat. Kami kongsikan 15 bentuk sokongan yang boleh diberikan seorang senior kepada junior, menurut 15 ahli Majlis Jurulatih Forbes.  Fahami nilai…

Read More

ADA orang kata betik ialah buah kebangsaan untuk Malaysia. Pengesahannya tiada tetapi yang pasti, betik bukan buah yang asing untuk rakyat Malaysia. Di kampung-kampung, pokok betik banyak ditanam di halaman rumah. Nak tanam senang, nak jaga pun senang. Malah, ia sangat praktikal untuk kehidupan di kampung. Buahnya kalau ranum boleh dimakan terus, kalau muda boleh digulai. Pucuknya boleh dibuat ulam. Selain itu, buahnya juga banyak khasiat. Waktu kecil dulu, kalau sembelit, memang mak ayah cari betik dulu. Kembara nyahtinja jadi lancar dan nyaman selepas makan betik. Di sini Relevan ingin kongsikan lapan khasiat betik untuk kesihatan menurut sains. Fakta ini…

Read More

SAYA buka anekdot ini dengan suapan data dan nombor buat anda. 2024 akan menjadi tahun ke-26 negara membentang belanjawan defisit. Pada 2022, defisit kita tinggi: 5.6 peratus. Pastilah puncanya Covid-19, kita sedang berusaha untuk pulih. Belanjawan 2023 pula menyasarkan defisit 5.0 peratus. Dalam Belanjawan 2024, sasaran defisit terus berkurang kepada 4.6 peratus. Tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menetapkan sasaran sukar, untuk mencapai defisit 3.2 peratus menjelang 2025. Nombor seterusnya: hutang dan liabiliti negara melepasi paras RM1.5 trilion, bersamaan 82 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).  Hutang tinggi, terutamanya dalam mata wang tempatan tidak begitu bermasalah tetapi,…

Read More

TANGGAL 16 Oktober lalu, genap 20 tahun usia ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad di Persidangan Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) di Putrajaya yang menggegarkan dunia. Beberapa minggu sebelum peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri keempat, Dr. Mahathir menyampaikan ucapan pembukaan persidangan tersebut lalu meletakkan namanya, entah untuk ke berapa kali, di tajuk-tajuk berita dunia. Dua baris ucapannya dipetik dan dilabel sebagai anti-Semitik: “Hari ini orang Yahudi memerintah dunia dengan proksi. Mereka mendapatkan orang lain untuk berjuang dan mati untuk mereka.” Kritik Islam Sebenarnya, ucapan penuh Dr. Mahathir ketika itu lebih banyak mengkritik umat Islam berbanding kaum Yahudi. Sejak awal ucapan, beliau telah…

Read More

AMARAN: Artikel ini mengandungi perincian yang mungkin memberi tekanan dan mengganggu fikiran individu tertentu. Jika anda tidak bersedia membaca kandungan tentang kekejaman perang, pembunuhan dan serangan tentera, jangan teruskan bacaan. APA yang berlaku di Palestin ketika ini tidak boleh dihadam dengan logik minda. Tindak-tanduk rejim Zionis tak seperti manusia biasa: tubuhnya orang, akalnya binatang, hatinya syaitan. Membaca berita-berita jelik tentang apa yang berlaku membuatkan kita marah dan sedih. Dalam tidak sedar, kita juga keliru kerana sikap Zionis yang begitu kejam terkeluar dari radar kemanusiaan yang kita fahami. Konflik di Semenanjung Gaza bukan sekadar sengketa antara dua negara (kita juga tidak…

Read More

REFORMASI ekonomi yang mahu dilaksanakan kerajaan melalui Belanjawan 2024 adalah bertunjangkan dua usaha, iaitu pelaksanaan subsidi bersasar dan peluasan asas hasil. Ini penting memandangkan pemberian subsidi pukal yang diamalkan sebelum ini telah menyebabkan hutang dan liabiliti kerajaan menjangkau RM1.5 trilion atau 82 peratus berbanding Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). Sehubungan itu, usaha merasionalisasikan subsidi perlu bermula seawal mungkin bagi memastikan perbelanjaan yang berkesan dan cekap, bukan hanya memanfaatkan golongan yang kaya dan berpendapatan tinggi. Selain itu, kerajaan juga perlu memandang dari sudut hasil. Malaysia memungut cukai antara yang terendah di Asia Tenggara, iaitu 11.8 peratus daripada KDNK berbanding Singapura (12.6…

Read More

INISIATIF Payung Rahmah yang dicetuskan oleh Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub akan diteruskan dan diperkasa dalam Belanjawan 2024. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan Payung Rahmah akan diteruskan pada tahun hadapan dengan peruntukan RM200 juta. Antara inisiatif yang bakal diteruskan ialah Program Jualan Rahmah yang menawarkan barangan keperluan asas pada harga sehingga 30 peratus lebih rendah yang akan akan diperluas ke lebih banyak kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara. “Program Pasar Rahmah yang menawarkan insentif kepada 1.2 juta pengusaha pasar borong, pasar malam dan pasar tani juga diteruskan bagi mengurangkan kos perniagaan sekali gus dapat menurunkan…

Read More

PERDANA Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menubuhkan ‘kerajaan peperangan’ sebagai persiapan untuk menjarah Semenanjung Gaza, susulan konflik yang mendadak tegang selepas Hamas melancarkan serangan ke atas Israel beberapa hari lalu. Lapor The Times UK, Netanyahu akan disertai pemimpin pembangkang, Benny Gantz dan Menteri Pertahanan, Yoav Gallant sebagai ketua kerajaan perpaduan tersebut. Pihak tentera Israel telah mengumumkan Semenanjung Gaza sebagai zon terlarang untuk individu bukan tentera. Mereka turut mengumumkan bahawa ribuan tentera sudah bersedia untuk menjalankan misi penjarahan sebaik arahan diturunkan. Sementara itu, menurut kemas kini peristiwa oleh Al-Jazeera pada 12 Oktober, Israel telah meletakkan Gaza di bawah kepungan penuh dengan menghentikan bekalan…

Read More