Facebook Twitter
    Trending
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » RabakLitFM: Penghubung dunia buku dengan radio

    RabakLitFM: Penghubung dunia buku dengan radio

    By January 27, 2024Updated:January 29, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    MUSIM pertama RabakLit FM sudah habis. Akan adakah musim kedua? - GAMBAR RELEVAN

    SEPANJANG lima tahun menjadi penyampai radio, ada banyak peristiwa yang diiktiraf sebagai batu tanda kerjaya oleh penyampai Rakita, Atoi Tohet. Salah satunya ialah mengendalikan RabakLit FM.

    Bukan sahaja hasrat awalnya tercapai melalui rancangan itu, malah sambutan terhadap RabakLit FM sangat baik.

    “Banyak detik (sepanjang mengendali RabakLit FM) yang boleh dijadikan pengalaman yang menarik. 

    “Kalau ada orang tanya, sepanjang hidup apa yang saya dah buat, saya boleh tunjuk (RabakLit FM),” jelas Atoi. 

    Bagi Ketua Penerbitan Rabak-Lit Publication, Izzat Amir yang sudah kira-kira 14 tahun berkecimpung dalam industri perbukuan, RabakLit FM ialah pengalaman yang istimewa.

    Dia tidak asing dengan kunjungan ke radio. Tugas dengan syarikat lain sebelum ini memerlukan dia sering ke konti untuk mempromosi buku tetapi ia berbeza dengan pengalaman menghasilkan kandungan radio selama enam bulan secara konsisten.

    “Waktu saya menjadi tetamu radio sebelum ini, biasanya ia tertumpu kepada genre yang popular seperti sejarah, agama dan novel. Tapi tak ada yang bercakap tentang buku-buku yang alternatif seperti muzik.

    “Itulah uniknya RabakLit FM. Kami jemput penulis lirik yang hebat seperti Mohd Jayzuan, Mosyuki Borhan dan Fazleena Hishamuddin, tanya buku apa yang mereka baca?

    “Ini supaya orang tahu, untuk menulis lirik yang baik, anda perlu membaca. Ini yang kami cuba buat, untuk mempertemukan muzik dengan buku,” katanya.

    ARTIKEL BERKAITAN: Tetuang maklumat buku alternatif

    Menjadi alternatif

    Saya cuba yakinkan Atoi dan Izzat bahawa mereka sudah melakukan sesuatu yang besar. Mereka melanggar banyak hal yang sebelum ini orang lihat sebagai halangan. Mereka buktikan bahawa halangan boleh dirempuh dan membuka jalan baharu yang tak pernah dilalui sesiapa.

    Tetapi Atoi memilih untuk merendah diri. 

    “Bukan langgar,” katanya. “Kami cuma kembali kepada perkataan alternatif. Tak semestinya dari Shah Alam nak ke Johor, kita perlu lalu lebuh raya. Boleh lalu jalan dalam dan jumpa lebih banyak benda,” jelasnya.

    Izzat mencelah, katanya mereka hanya memilih laluan lain untuk membuktikan kepada orang ramai bahawa budaya membaca itu tidak janggal untuk diletakkan di mana-mana.

    “Hanya di Malaysia saja persoalan anak muda tidak membaca, pembaca buku berkurangan ada dibincangkan. Di negara luar, membaca itu kebiasaan.

    “Entah kenapa di Malaysia, selalu persoalan ini dibangkitkan. Terutamanya anak muda tidak membaca.

    “Persoalan itu tidak sepatutnya wujud sebab memang anak muda kita membaca. Buktinya ada di pesta buku, pada jumlah buku yang diterbitkan,” katanya.

    Sepanjang RabakLit FM ke udara, mereka mendapat sokongan yang meriah daripada komuniti buku, malah ramai yang memberikan maklum balas yang baik.

    Itu antara kejayaan RabakLit FM, selain daripada berjaya melazimkan perbincangan berkenaan buku di platform radio. 

    Sepanjang enam bulan ini, konti Rakita menjadi saksi pelbagai rentap isu, termasuk berkenaan buku healing, PBAKL dan zine sepatutnya disebut sebagai “za-in” atau “zeen”?

    Salam pisah

    Musim pertama sudah habis. Akan adakah musim kedua?

    Kedua-dua Atoi dan Izzat tidak dapat memberikan jawapan tuntas kerana keputusan tersebut akan melibatkan banyak pihak. Cuma, ia kelihatan cerah.

    Walau bagaimanapun, penutup musim pertama tetap akan disambut dengan meriah. Kali ini, halaman pejabat Rakita pula yang akan menjadi saksi.

    Acara RabakLit FM: Peace Out! akan diadakan di perkarangan Spacerubix, Puchong. Ia akan diisi dengan bengkel penulisan dan penerbitan zine, jualan buku, persembahan muzik serta bual-borak orang buku. 

    Dalam acara tersebut, RabakLit FM akan menghulur salam pisah. Tugas kita, sambut salam itu dengan cangkuk doa yang ia akan diteruskan untuk musim kedua, ketiga dan seterusnya nanti. – RELEVAN

    alternatif buku featured Ikon Relevan pendidikan Rabak-Lit RabakLit FM radio Rakita
    Artikel Terkini

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.