Facebook Twitter
    Trending
    • Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri
    • ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk
    • Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan
    • Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori
    • Pantang larang ketika senggugut
    • 5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira
    • Cara mengelak menangis ketika memotong bawang
    • Masa untuk bercuti
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025

      Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

      December 11, 2025

      Pantang larang ketika senggugut

      December 10, 2025

      5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

      December 9, 2025

      Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’

      December 8, 2025
    • Kewangan

      Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

      December 10, 2025

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025
    • Pendidikan

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Penipuan pelaburan malar segar yang digelar Skim Ponzi

    Penipuan pelaburan malar segar yang digelar Skim Ponzi

    By March 7, 2024Updated:March 17, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    BUKAN mudah untuk satu skim penipuan bertahan selama lebih seratus tahun tetapi skim Ponzi boleh.

    Bukanlah bermaksud penipuan yang dilakukan Charles Ponzi pada 1920-an masih wujud sehingga hari ini dan terus membuatkan lelaki Itali itu kaya raya. Idea di sebalik skim penipuannya yang masih bertahan sehingga hari ini.

    Kunci skim itu bertahan ada dua: satu, manusia tamak dan dua, manusia yang tidak celik kewangan. Selagi wujud dua jenis manusia ini, skim Ponzi akan terus wujud dalam pelbagai variasi.

    Sebelum kenal lebih mendalam tentang skim itu, kita telusuri sejarah dahulu.

    Penipuan beratus tahun

    Skim penipuan pelaburan seperti skim Ponzi wujud pada abad ke-19 lagi, apabila rujukan tentangnya ada dimasukkan dalam dua novel Charles Dickens, iaitu Martin Chuzzlewit (1844) dan Little Dorrit (1857).

    Namun, penipuan pelaburan besar-besaran menggunakan skim Ponzi pertama kali dilakukan oleh pemilik nama Ponzi itu sendiri, iaitu Charles Ponzi. 

    Versi awal skim Ponzi melibatkan sistem pos, kupon, setem dan arbitraj. Sistemnya asing buat kita yang hidup di zaman internet dan media sosial. 

    Namun, asasnya, Ponzi yang tamak mula mengambil wang daripada pelabur tanpa melabur dalam apa-apa. Dia mengutip wang dari pelabur untuk membayar pelabur dan menjanjikan keuntungan tinggi dalam masa pendek untuk menarik lebih ramai pelabur.

    Janji bulan bintang Ponzi terhadap pelaburnya menyebabkan akhbar The Boston Post mula menyiasat syarikatnya dan dia didapati terlibat dalam penipuan pelaburan. Pada 12 Ogos 1920, dia dijatuhkan hukuman penjara dan dihantar pulang ke negara asalnya, Itali.

    Namun, penipuan sebegitu tidak berakhir di situ. Rekod penipuan skim Ponzi terbesar dipegang Bernard Madoff yang memperdaya hampir 5,000 orang pada 2008. Ketika penipuannya terbongkar, Madoff mengaku berhutang kira-kira AS$50 bilion (RM237 bilion).

    Menurut laman web Ponzitracker, terdapat 66 penipuan skim Ponzi dibongkar pada 2023.

    Nenek dan lelaki Itali

    Skim Ponzi berfungsi dengan “merompak Ali untuk membayar Abu”. Mereka akan menjanjikan pulangan yang besar kepada pelabur awal untuk menarik lebih ramai pelabur baharu. Kemudian, wang dari pelabur baharu akan digunakan untuk membayar pelabur lama.

    Bayangkan ada seorang lelaki Itali datang ke kampung dan menawarkan skim pelaburan kepada nenek anda. Nenek anda beri dia RM1,000 dengan harapan pulangan sebanyak RM500.

    Lelaki Itali itu keluar sedikit modal dan nenek anda dapat semula RM1,500. Ini membuatkan nenek anda teruja dan memanggil mesyuarat keluarga. Ayah anda pun dipujuk untuk masuk skim tersebut bersama dua pak cik anda. Masing-masing beri RM1,000.

    Lepas tolak modal awal, lelaki Itali itu sudah ada RM2,500 dalam tangan. Bayangkan kalau ayah dan dua pak cik anda masing-masing dapat tarik tiga pelabur baharu. Dia dapat tambahan RM9,000 lagi.

    Dengan jumlah sebanyak itu, dia boleh beri pulangan besar kepada nenek anda untuk menjamin kesetiaannya. Nenek anda juga boleh beri sedikit kepada ayah dan pakcik anda untuk memastikan mereka kekal.

    Skim itu akan terus bertahan selagi ada pelabur baharu masuk dan pelabur lama terus melabur. Lelaki Itali itu tak perlu betul-betul melabur di mana-mana. Dia hanya gunakan wang pelaburan dari pelabur baharu untuk bayar pelabur lama.

    Apabila pelabur baharu mula merasakan kerugian kerana tidak dapat keuntungan, barulah skim itu perlahan-lahan berakhir dan keuntungan terbesar dibuat oleh lelaki Itali itu (kalau terlepas). Nenek, ayah dan pak cik anda mula bergaduh lalu Aidilfitri sudah tidak semeriah dulu.

    Bendera merah

    Mana-mana penipuan pelaburan akan menjanjikan pulangan besar dalam risiko yang sangat rendah. Sebab itu, selagi ada manusia yang mudah kabur mata dengan kekayaan segera, skim sebegini akan terus subur.

    Kuncinya, jangan percaya pada sesuatu yang terlalu indah dan mudah. Bak kata orang putih, too good to be true.

    Investopedia menyenaraikan enam petanda awal skim Ponzi. Lihat pada tanda-tanda ini dan berhati-hati.

    • Jaminan pulangan tinggi dengan risiko rendah
    • Aliran pulangan yang konsisten tanpa mengira keadaan pasaran
    • Kurang maklumat pendaftaran dengan pihak berkuasa pelaburan
    • Strategi pelaburan dirahsiakan atau terlalu rumit untuk difahami
    • Tiada dokumentasi pelaburan
    • Pelabur sukar untuk keluarkan duit

    -RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025

    Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

    December 11, 2025

    Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

    December 10, 2025

    Pantang larang ketika senggugut

    December 10, 2025

    5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

    December 9, 2025
    Artikel Terkini

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025

    Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

    December 11, 2025

    Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

    December 10, 2025

    Pantang larang ketika senggugut

    December 10, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.