Facebook Twitter
    Trending
    • Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    • 5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya
    • Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita
    • Bahaya penyakit autoimun
    • 5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif
    • 5 tanda anda hidup melebihi kemampuan
    • Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026

      Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

      June 3, 2026
    • Kewangan

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Nikmat dan azab kerja 9-5

    Nikmat dan azab kerja 9-5

    By KU SYAFIQ KU FOZIMarch 17, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SESUAI atau tak kerja 9-5 bergantung kepada perspektif anda terhadap pekerjaan. - GAMBAR HIASAN/TIMA MIROSHNICHENKO

    ADA terma yang dicipta bagi menggambarkan kehidupan bekerja yang bosan, rutin dan terikat, iaitu kerja 9-5.

    Ia merujuk kepada kehidupan bekerja yang terikat di pejabat dengan waktu kerja tetap, kebiasaannya dari pukul 9 pagi ke 5 petang.

    Ketetapan bekerja sebegitu menjadi semacam hinaan terutamanya di negara Barat. Kerja 9-5 dilihat membosankan, melelahkan dan tidak menepati kehendak generasi pekerja sekarang.

    Namun, tidak semua membenci aturan kerja sebegitu. Bagi sebahagian orang, aturan tetap itu lebih menyenangkan dan konsisten.

    Mungkin ini boleh menjadi dilema buat generasi pekerja yang baharu. Seluruh isi dunia memberi gambaran yang kerja 9-5 itu perlu dielak tetapi mereka sendiri tidaklah begitu suka pekerjaan dengan waktu anjal dan lebih bebas.

    Sehubungan itu, lebih baik kalau kita sendiri yang menentukan kehidupan bekerja mana yang lebih sesuai dan untuk berbuat demikian, Relevan ada untuk membantu.

    Di sini kami senaraikan baik-buruk, nikmat-azab kerja 9-5 untuk pertimbangan anda.

    • Rutin sama atau cabaran baharu?

    Jika anda seorang yang santai, tak suka pening-pening, kerja 9-5 boleh bawa nikmat. 

    Anda bekerja secara konsisten setiap hari dengan tugas-tugas yang kebanyakannya rutin. Orang yang suka meneroka kedalaman sesuatu kemahiran akan menikmati pekerjaan sebegini kerana mereka boleh menambah baik kemahiran setiap hari dengan sangat berfokus.

    Berbeza dengan mereka yang sukakan cabaran dan mahu bertemu cabaran baharu setiap hari. Kerja 9-5 akan buat anda tepu dan lesu. 

    • Kaku atau luwes?

    Kerja 9-5 memberikan anda kepastian. Setiap hari bekerja, anda tahu akan berada di mana, mula kerja pukul berapa dan balik kerja pukul berapa. 

    Kehidupan berjadual sebegini baik untuk orang yang perlukan konsistensi untuk berasa selesa. Ia juga memudahkan perancangan kerana waktu kerja dan dan hari cuti sudah tetap.

    Namun, jika anda lebih suka hidup yang anjal, luwes dan tidak terikat dengan jadual, kerja 9-5 akan menyukarkan urusan. 

    Pekerjaan yang menawarkan keanjalan waktu, hari dan lokasi kerja lebih sesuai untuk mereka yang sentiasa ada hal-hal baharu untuk diteroka setiap hari. 

    • Suka berkomuniti atau berseorang?

    Kerja 9-5 akan melibatkan banyak interaksi dengan rakan sekerja, malah berpotensi mengembangkan komuniti pejabat sebagai lingkungan sosial yang penting dalam kehidupan.

    Jika anda memerlukan lingkungan tersebut, menemui kebahagiaan dalam hubungan persahabatan di pejabat, kerja 9-5 adalah untuk anda.

    Namun, untuk mereka yang tidak selesa menjalin hubungan yang melebihi batas profesional dengan rakan sekerja, 9-5 mungkin membawa azab. 

    Fokus kerja anda mudah terganggu dengan kawan-kawan yang mahu bermesra. Jika anda tidak melayan pula, akan diboikot atau dikutuk. Eloklah cari kerja yang tidak berpusatkan pejabat.

    • Ganjaran atau penilaian kendiri?

    Kerja 9-5 biasanya datang dengan sistem ganjarannya yang tersendiri. Pekerja akan dinilai dan diberikan ganjaran mengikut prestasi dan kualiti kerja berdasarkan sasaran yang ditetapkan syarikat.

    Jika anda sukakan persaingan dan mencari ganjaran, kerja sebegini sesuai untuk anda.

    Namun, ganjaran juga akan datang dengan hukuman. Berjaya capai sasaran, dapat ganjaran. Kalau tak capai, anda terima hukuman.

    Adakah anda selesa dengan sistem ganjaran-hukuman berdasarkan sasaran yang ditetapkan oleh syarikat? Atau anda lebih suka untuk mendefinisikan kejayaan sendiri?

    Jika penilaian kendiri yang lebih diutamakan, sukar untuk anda bekerja dalam sistem ganjaran-hukuman kerja 9-5.

    Rumusan

    Akhirnya, yang menentukan apa yang sesuai untuk diri anda ialah diri sendiri. Jangan terlalu mudah terpengaruh dengan pandangan orang ramai tanpa mengambil sebarang konteks atau membuat pertimbangan sendiri.

    Ya, ramai yang tak suka kerja 9-5 tapi itu tak bermakna anda juga perlu tak suka. Semuanya adalah tentang perspektif dan keinginan sendiri. 

    Jika anda sesuai dengan kerja yang konsisten, terjamin, berkomuniti dan bersifat rutin, carilah kerja 9-5 yang berbaloi. Jika anda manusia yang cepat bosan, tidak mahu diperintah dan sukakan cabaran, cari kerja yang menawarkan keseronokan sebegitu. – RELEVAN

    Previous ArticleHilang pahala puasa jika lakukan perbuatan ini
    Next Article Ramadan bukan bulan boros berbelanja, ikut 4 tip ini supaya lebih berhemah

    Artikel berkaitan

    Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

    June 9, 2026

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026

    5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

    June 4, 2026
    Artikel Terkini

    Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

    June 9, 2026

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.