Facebook Twitter
    Trending
    • Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya
    • Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati
    • Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar
    • 150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA
    • Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan
    • Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar
    • Sam Altman: Penggerak revolusi AI
    • Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025
    • Kewangan

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025

      Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

      May 20, 2025
    • Pendidikan

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

      June 16, 2025

      150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

      June 16, 2025

      Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar

      June 12, 2025

      Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri

      June 6, 2025
    • Kerjaya

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025

      Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

      June 4, 2025

      Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

      June 3, 2025

      Realiti kesusahan mencari kerja

      May 26, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Yang diingati dalam pentas akhir ALI2023

    Yang diingati dalam pentas akhir ALI2023

    By March 11, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    BARISAN pemenang ALI2023. - GAMBAR MUHAMAD IQBAL ROSLI/RELEVAN

    SUDAH separuh minggu Anugerah Lagu Indie (ALI) 2023 melabuhkan tirai. Teka-teki lagu terbaik sudah terjawab tetapi bukan itu sahaja yang menarik dalam pentas akhir yang diadakan pada 7 Mac lalu.

    Pentas akhir ALI2023 diisi dengan kemeriahan, kejutan dan penerokaan. Itu mungkin kesimpulan paling ringkas yang boleh dibuat.  

    Dari segi ramalan pemenang, Relevan tergelincir banyak tapi ia tidaklah pelik kerana persaingan antara finalis boleh dikatakan sengit-sengit belaka. Berikut merupakan senarai pemenang ALI2023:

    Lagu Terbaik: Pembunuh Malam oleh Lunar
    Lagu Hip Hop Terbaik: LXF oleh LXF
    Lagu Pop Terbaik: Pembunuh Malam oleh Lunar
    Lagu Rock Terbaik: Souled Out oleh VOTA
    Persembahan Terbaik: stargazing oleh odelia tirza
    Yoodoo Presents Lagu Terpaling Platinum: Noisy Punk oleh Armpunk Sindicate

    Selain senarai pemenang, banyak juga perkara-perkara yang menarik, malah ikonik berlaku pada malam itu. Relevan senaraikannya untuk anda. Jika mahu tonton semula pentas akhir ALI2023, boleh tekan pautan di bawah:

    • Pesona Leaism

    Sudah menjadi tradisi untuk ALI, persembahan pembukaan akan diisi dengan penghargaan terhadap ikon muzik independen tempatan. Kali ini, Leaism dipilih untuk menyampaikan penghargaan kepada kugiran grunge legenda, Butterfingers.

    Leaism langsung tidak mengecewakan. Ditemani pemuzik handalan, penyanyi soul itu memukau dengan gubahan tersendiri koleksi lagu Butterfingers seperti Epitome, The Chemistry (Between Us), Ngilu, 1000 Tahun dan Mati Hidup Kembali.

    • Potensi Fatin Faizal dan Lily Jannah
    PERSEMBAHAN pura oleh Fatin Faizal. – GAMBAR MUHAMAD IQBAL ROSLI/RELEVAN

    Kedua-dua Fatin Faizal dan Lily Jannah pulang tanpa kemenangan tapi tangan mereka tidak kosong.

    ALI2023 boleh jadi platform yang melancarkan bakat mereka ke pentas yang lebih besar kerana kedua-duanya menyampaikan persembahan yang baik. Lebih penting, daripada nama yang asing untuk ramai orang, kelibat mereka mula diperasan.

    PERSEMBAHAN Luka oleh Lily Jannah. – GAMBAR MUHAMAD IQBAL ROSLI/RELEVAN

    Lapangan singer-songwriter juga semakin meriah. Ini mungkin peluang terbaik untuk kedua-duanya merealisasi potensi yang ada.

    • Keringkasan yang cukup
    PERSEMBAHAN Mimpi Untuk Semalam oleh JAYSTATION (kiri) dan Quai dari SLATAN. – GAMBAR MUHAMAD IQBAL ROSLI/RELEVAN

    Ada persembahan yang ‘mewah’, pelbagai prop dan instrumen digunakan. Itu juga baik tetapi saya tertarik dengan persembahan ringkas oleh beberapa peserta.

    Ini khusus untuk persembahan odelia tirza dan SLATAN. Kedua-dua lagu mereka memang sesuai disampaikan secara ringkas tetapi yang lebih penting, keringkasan kedua-duanya mencukupi. Ia tidak mengurangkan impak malah mungkin, mengoptimumkan impak yang diperlukan.

    odelia tirza juga tampil sebagai pemenang Persembahan Terbaik dengan keringkasan tersebut.

    • Yang toksik

    Mengakui kewujudan hal-hal toksik semakin dipandang penting sekarang dan ini dapat dilihat dalam persembahan Lily Jannah dan Zerophobia. Lily bercerita tentang hubungan yang toksik manakala Zerophobia mengangkat ketoksikan memori silam.

    Ia mungkin klise tetapi tidak ramai yang dapat menyampaikan kedalaman apabila bercerita tentang ketoksikan. Kebanyakannya hanya mampu menghurai secara cetek.

    PERSEMBAHAN Inti Sari oleh Zerophobia. – GAMBAR MUHAMAD IQBAL ROSLI/RELEVAN

    Tetapi tidak untuk Lily dan Zerophobia. Lily menggunakan paparan dialog di skrin untuk menunjukkan kerancuan hubungan toksik manakala Zerophobia lebih simbolik – memori toksik disimbolkan dengan kotoran hitam pada baju putih pelakon.

    • LXF yang ikonik
    PERSEMBAHAN LXF oleh LXF. – GAMBAR MUHAMAD IQBAL ROSLI/RELEVAN

    LXF gagal membawa pulang anugerah Persembahan Terbaik tetapi bagi saya, persembahan mereka adalah yang paling ikonik dalam sejarah ALI. Ya, seluruh sejarah kewujudan ALI.

    Pentas dibanjiri ahli kolektif dan rentak bertukar-tukar mengiringi melodi asal lagu LXF. Dari Nico, KRU, Too Phat, Joe Flizzow, Malique dan W.A.R.I.S, semuanya diadun sebagai latar.

    LXF memperkenalkan kepada semua orang tentang makna kolektiviti dan homaj dalam budaya hip hop.

    • Rezeki pertama
    PERSEMBAHAN Pembunuh Malam oleh Lunar. – GAMBAR MUHAMAD IQBAL ROSLI/RELEVAN

    Kedua-dua pemenang Anugerah Pop Terbaik dan Rock Terbaik berjaya dalam percubaan pertama mereka untuk ALI. Lebih manis, Lunar turut pulang dengan Anugerah Lagu Terbaik.

    Untuk VOTA pula, Souled Out merupakan lagu sulung mereka yang diterbitkan. Pastinya kemenangan ini akan menjadi platform untuk mereka lebih dikenali dan diikuti selepas ini.

    PERSEMBAHAN Souled Out oleh VOTA. – GAMBAR MUHAMAD IQBAL ROSLI/RELEVAN
    • Amir Jahari

    Kemunculan pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL), Amir Jahari hanya seketika, iaitu untuk menyampaikan Anugerah Lagu Terbaik tetapi sorakan penonton ketika melihat kelibatnya begitu mengguruh. 

    Melihat Amir yang berbaju batik dan berkot, kawan saya bergurau yang dia kini menjadi pemimpin untuk artis indie. Ketepi jenaka, Amir memang layak menjadi inspirasi kepada artis yang bergerak secara independen.

    Dia membuktikan yang jiwa independen kalau dibawa ke mana-mana pun boleh berjaya. Tak perlu dibuang jiwa itu, sebaliknya dimanfaatkan. – RELEVAN

    ALI2023 Anugerah Lagu Indie featured muzik pendidikan
    Artikel Terkini

    Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

    June 18, 2025

    Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

    June 17, 2025

    Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

    June 16, 2025

    150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

    June 16, 2025

    Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

    June 13, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.