Facebook Twitter
    Trending
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Maria Montessori, perintis pendidikan awal kanak-kanak

    Maria Montessori, perintis pendidikan awal kanak-kanak

    By Zahra Mohamad ZhahirOctober 25, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KAEDAH Montessori menggalakkan kebebasan untuk kanak-kanak meneroka. - GAMBAR HIASAN/BRITANNICA

    MARIA MONTESSORI merupakan seorang pakar perubatan dan pendidik yang berasal dari Ancona, Itali. Beliau dilahirkan pada 31 Ogos 1870.

    Ayahnya, Alessandro, ialah akauntan yang berkhidmat untuk kerajaan manakala ibunya, Renilde Stoppani, merupakan wanita berpendidikan yang rajin membaca. 

    Keluarga tersebut berpindah ke Rom pada 1875. Di kota tersebutlah, Montessori mendapat pendidikan awal. 

    Sejak kecil, Montessori merupakan seorang yang bijak dan bercita-cita tinggi. Pada usia 13 tahun, beliau belajar di sekolah teknikal – satu perkara yang jarang dilakukan oleh wanita ketika itu – bagi mempersiapkan diri menjadi jurutera. 

    Bagaimanapun, selepas tamat sekolah menengah, Montessori berasa dirinya mampu mengejar cita-cita yang lebih besar.

    Dengan sokongan Pope Leo XIII, Montessori berjaya memasuki Universiti Rom, sekali gus menjadi antara wanita terawal yang berjaya menyambung pelajaran dalam bidang kedoktoran di Itali. 

    Pada 1897, Montessori menyertai program sukarelawan yang melibatkan kanak-kanak dengan masalah pembelajaran. Beliau mengembara sekitar Rom untuk melawat hospital gila yang menempatkan kanak-kanak dengan penyakit mental.

    Dalam satu lawatannya, Montessori pernah bercakap dengan seorang penjaga yang mengakui berasa geli melihat seorang kanak-kanak makan serdak roti yang terjatuh ke atas lantai.

    Pada waktu itulah, Montessori tersedar bahawa kanak-kanak tersebut hidup dalam keadaan serba daif. Malah, kurangnya rangsangan sensori membuatkan keadaan kanak-kanak tersebut menjadi semakin teruk. 

    Montessori berpendapat, kekurangan sokongan bagi kanak-kanak yang mengalami masalah mental merupakan punca kanak-kanak tersebut dianggap ‘nakal’. 

    Pada waktu itu, pendapat Montessori dianggap sebagai satu perkara yang sangat kontroversi. 

    Tahun berikutnya, beliau meminta bantuan Kongres Pedagogi Kebangsaan di Turin bagi menyediakan latihan khas untuk guru-guru yang mengajar kanak-kanak berkeperluan khas. 

    Idea beliau inilah yang kemudiannya dikenali sebagai kaedah Montessori. 

    Artikel berkaitan: 7 aktiviti deria untuk kanak-kanak autisme, mudah dan seronok

    Kanak-kanak mampu belajar sendiri

    Pada 1907, Montessori membuka prasekolah dengan nama Casa dei Bambini untuk kanak-kanak biasa berusia tiga hingga enam tahun. 

    Montessori menggabungkan pelbagai aktiviti yang mampu menarik minat kanak-kanak dalam kurikulum pembelajarannya. Namun, beliau mengekalkan aktiviti yang memberi impak sahaja di sekolah tersebut. 

    Di Casa dei Bambini, beliau menyedari kanak-kanak yang ditempatkan dalam persekitaran yang diminati mampu belajar sendiri.  

    Murid prasekolahnya menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan. Kanak-kanak di sana sudah mula pandai menulis dan membaca sejak berusia lima tahun. 

    Pada 1908, sudah ada lima cawangan Casa dei Bambini di Itali – empat di Rom dan satu di Milan.

    Buku beliau, The Montessori Method yang diterbitkan pada 1912 laris dijual dan kemudiannya diterjemah ke dalam 20 bahasa. 

    Montessori berkata: “Saya tidak mencipta kaedah pembelajaran baharu, saya cuma memberi kanak-kanak ini peluang untuk hidup”. 

    Bagaimanapun, penaklukan Nazi pada 1933 telah menyebabkan semua sekolah Montessori di Itali ditutup. Beliau terpaksa melarikan diri ke England dan kemudiannya Belanda. 

    Kemudian, Montessori menjadi tahanan rumah selama tujuh tahun apabila dia dan suaminya ditahan di India di bawah pemerintahan kerajaan British. 

    Pada 1949, 1950 dan 1951, Montessori dicalonkan untuk Anugerah Nobel Keamanan. Beliau meninggal dunia pada 6 Mei 1952 pada usia 81 tahun. 

    Artikel berkaitan: Belanjawan 2025: PLKN, kanak-kanak autistik dan pembangunan AI

    Hormati kanak-kanak

    Salah satu prinsip yang ditekankan dalam kaedah Montessori ialah rasa hormat terhadap kanak-kanak. Menurut Montessori, rasa hormat tersebut memberi mereka kebebasan untuk meneroka. 

    Malah, guru yang mengamalkan kaedah Montessori digalakkan untuk lebih banyak memerhati dan mendengar. Kanak-kanak yang tidak diganggu ketika belajar berupaya membuat keputusan sendiri dan lebih fokus. 

    Kaedah Montessori adalah unik untuk setiap kanak-kanak. Ia mengikut tahap tumbesaran, minat dan keperluan mereka. Malah, perabot di sekolah Montessori juga bersaiz kecil – sesuai dengan kanak-kanak. 

    Menurut Montessori, kanak-kanak umpama span. Mereka boleh belajar bahasa asing seawal usia tiga tahun. Pada waktu itu, minda kanak-kanak sangat sensitif terhadap penggunaan bahasa baharu. 

    Dalam pada itu, kaedah Montessori juga tidak menggalakkan kanak-kanak belajar demi ganjaran. 

    Tidak ada pemberian bintang atau hadiah jika mereka berjaya melakukan sesuatu perkara. Dengan cara itu, mereka akan mendapat kepuasan ketika belajar sendiri. 

    Montessori berkata, enam tahun pertama sangat penting. Itulah waktu terbaik bagi kanak-kanak menguasai kemahiran motor dan belajar bahasa. Mereka juga mula faham mengenai diri sendiri dan dunia sekeliling. 

    Kaedah Montessori kini diiktiraf di seluruh dunia sebagai satu pendekatan yang menyeluruh dan berkesan dalam pendidikan awal kanak-kanak.

    Warisan Maria Montessori terus hidup dan terus memberi inspirasi kepada pendidik dan ibu bapa dalam usaha membentuk generasi masa depan yang lebih berdikari dan kreatif. – RELEVAN

    featured kaedah montessori maria montessori pendidikan Utusan Pelajar
    Artikel Terkini

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.