Facebook Twitter
    Trending
    • Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai
    • Makanan yang kembalikan kesuburan rambut
    • Beli dulu baru menyesal kemudian
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Tarikh penting buat rakyat Malaysia
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    • Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca
    • 7 makanan mesra usus
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

      January 12, 2026

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026
    • Kewangan

      Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026
    • Pendidikan

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » “Kami berpuisi bukan kerana nama”

    “Kami berpuisi bukan kerana nama”

    By January 17, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    “Kami berpuisi bukan kerana nama”

    PUISI merupakan bentuk penulisan yang indah, tersusun dan selalunya mempunyai nilai estetika yang tinggi.

    Pada suatu masa dahulu, puisi mendapat tempat tinggi di kalangan masyarakat. Ia diagungkan sebagai seni yang menjadi identiti setiap masyarakat. Keindahan bahasa berjaya menusuk naluri pendengar. 

    Bagaimanapun, seni ini perlahan-lahan semakin lenyap daripada ingatan masyarakat. Budaya baru, kehidupan moden  dan tuntutan masyarakat yang berubah menghakis keagungan puisi. 

    Bagi mengelak kepupusan seni agung ini, segelintir individu terus memartabatkan seni ini supaya ia terus relevan dalam menyuarakan rasa hati, mencuit jiwa dan menjentik emosi pembaca. 

    Cuba menghidupkan seni puisi dalam kalangan anak muda, tiga jejaka berbeza latar belakang; Merahmalam, Pujangga Anakie dan Safwan Suhardy berusaha memecah norma yang sering dikaitkan dengan puisi dengan membawakan puisi yang bersifat eksperimental dengan gaya tersendiri. 

    Masing-masing mempunyai kisah yang berbeza. Namun, ketiga-tiga anak muda ini berpuisi untuk matlamat hampir sama – berkongsi cerita dan menjadi penglipur lara dalam menyampaikan apa yang terbuku dalam dada. 

    Bagi tiga anak muda ini, berpuisi bukanlah sebagai cara mereka mengekspresikan diri semata-mata, tetapi juga adalah cerminan perasaan, harapan dan perjuangan mereka selama ini. 

    Medan eksperimentasi 

    Bagi bekas pelajar Sarjana Muda Seni Persembahan Teater Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Muhammad Firdauss Redzduan, 24, dia lebih gemar berpuisi sambil berlakon agar mesejnya sampai ke telinga dan hati pendengar. 

    Muhammad Firdauss yang lebih dikenali sebagai Merahmalam berkata, dia mengambil jalan yang sedikit berbeza dan lebih banyak bereksperimentasi ketika mendeklamasikan sajak. 

    “Saya cuba gunakan kekuatan saya sebagai seorang pelakon teater. Jadi, cara saya baca puisi adalah sedikit berbeza iaitu dengan cara membawa watak dalam puisi itu sendiri. Secara tidak langsung, pendekatan yang sedikit berbeza ini berjaya menarik perhatian penonton. 

    “Tetapi cabaran utama saya adalah daripada segi ruang. Selalunya, acara puisi ini diadakan di tempat yang kecil supaya interaksi lebih intim. Saya suka acara intim, tetapi hendak menyesuaikan diri dan berlakon itu perlu lebih kreativiti,” katanya. 

    Menurut Muhammad Firdauss, dia gemar membawa puisi yang menekankan keperluan untuk bermasyarakat. 

    Katanya, dia ingin melihat rakyat Malaysia hidup bersatu dan harmoni, saling bantu-membantu antara satu sama lain. 

    “Kebanyakan puisi saya bertemakan keamanan. Saya rasa dalam masyarakat kita sendiri, semua orang ada pendapat berbeza. Jadi saya cuba sampaikan mesej yang menekankan kita boleh hidup dalam ruang yang sama walau punyai lain-lain pemikiran.

    “Saya mula menulis untuk menzahirkan apa yang berlegar-legar dalam kepala. Saya rasa berdosa sekiranya apa yang saya ingin sampaikan itu tidak dijadikan satu perkara yang nyata. Sebab itulah saya bertekad, saya perlu menulis,” katanya. 

    Cabar diri dengan berpuisi

    Bagi Farid Nurnadzmi Zaini, 24, berpuisi di hadapan audiens bukanlah satu perkara yang mudah untuk orang yang berdarah gemuruh sepertinya. 

    Farid, atau nama penanya Pujangga Anakie berkata, sehingga hari ini, dia masih berasa gugup setiap kali melangkah ke pentas. 

    “Pada awalnya, memang rasa takut. Malah, ada ketikanya saya rasa hendak muntah dan jatuh sakit disebabkan gemuruh. Inilah cabaran utama saya sebagai seorang pemuisi. Bukan mudah hendak berhadapan dengan audiens. 

    “Selain itu, saya anggap berpuisi ini sebagai satu cara untuk saya cuba sesuatu yang baharu, walaupun ia di luar zon selesa. Saya cabar diri sendiri untuk berdepan dengan rasa takut,” katanya.

    Dalam pada itu, Farid berkata, berpuisi juga membuka peluang untuknya mengenali diri dan menghayati hidup. 

    Katanya, pengalaman membuatkan dia lebih gemar menulis dan membaca puisi yang bersifat positif dan membangkitkan semangat. 

    “Hidup ini tidak seteruk disangka. Walaupun kita mungkin rasa hidup ini menyedihkan atau tidak adil, kita tidak boleh nafikan hidup juga indah. Saya ingin semua orang yang mendengar puisi saya faham bahawa ada banyak nikmat hidup yang sepatutnya kita raikan. 

    “Inilah yang saya cuba bawa dalam puisi saya. Sebagai seorang yang pernah bergelut dengan depresi, saya cuba untuk tinggalkan sebarang puisi atau penulisan yang meromantiskan negativiti. 

    “Saya mahu orang dengar teriakan saya tetapi pada masa yang sama, saya juga ingin puisi saya jadi umpama ubat dan pelukan hangat untuk mereka yang sama-sama alami masalah sama,” katanya. 

    Diri sendiri pengkritik paling hebat

    Selain menghadapi rasa gemuruh, Farid bergelut dengan ‘impostor syndrome’ yang membuatkannya terlalu kritikal terhadap karya sendiri. 

    Katanya, rasa diri tidak cukup itu membuatkannya jadi pengkritik paling hebat, bukan sahaja terhadap karya diri sendiri, tetapi juga terhadap setiap apa yang dilakukannya dalam hidup. 

    “Orang lain tidak pernah meremehkan hasil penulisan saya. Tetapi, saya sendiri yang memandang apa yang saya tulis itu sebagai remeh. 

    “Bagi saya, kritikan (dari orang lain) merupakan satu perkara yang kita perlu terima dengan hati yang terbuka. Ia merupakan satu peluang untuk kita perbaiki diri dan jadi lebih baik. 

    “Namun, bagaimana saya hendak lari sekiranya pengkritik paling itu adalah diri sendiri?” katanya. – RELEVAN

    Previous ArticleSudah simpan duit setiap bulan tetapi masih tak kaya? Ini apa yang perlu anda tahu
    Next Article Puisi sebagai cerminan diri sendiri

    Artikel berkaitan

    Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

    January 12, 2026

    Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

    January 12, 2026

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026
    Artikel Terkini

    Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

    January 12, 2026

    Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

    January 12, 2026

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.